بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 3 Julai 2012

Selamat bertunang Acu

Assalamualaikum

Hari Sabtu 30 Jun 2012 baru ni adalah tarikh pertunangan sepupu saya acu (wati). Dia muda 3 tahun dari saya. Akhirnya sampai juga jodohnya. Perkenalan yang singkat, apabila tunangnya telah melihat dia sewaktu datang ke rumah kakaknya. Bertanya sudah berpunya ke belum? bila kata belum terus aturkan rombongan merisik dan bertunang. Sepupu saya ni anak kepada arwah pak itam saya iaitu abang kepada mak saya. Maknya orang Sarawak. Tunangnya pula asal Kedah dan menetap di Pahang.

25 November 2012 ni insyaAllah mereka akan diijabkabulkan. Singkat sahaja tempoh perkenalan dan pertunangan mereka. Inilah yang dikatakan jodoh.

antara barang hantaran kepada pihak lelaki

bergambar sebelum kami balik

Dari kiri mak itam, mak, acik, ain, acu, saya (kendung baby Muhammad) dan kawan saya ju. Budak kecil berbaju hitam tu kakak Muhammad anak kepada adik saya ain.

Acik adik perempuan saya yang bongsu hari ni melaram baju nikah mak saya. Ambil aura katanya.  Hai teringin dah adik saya yang satu-satunya bujang ni. Betapa kurusnya mak saya dulu ;) Kalau saya memang tak muatlah nak pakai.

Tahniah acu... semoga pertemuan dan pertunangan ini berpanjangan hingga tarikh diijabkabulkan.


p.s: Saya volunteer nak make upkan dia sebab dah rindu nak mencantikkan orang. Memang tiada entri dan gambar-gambar saya make upkan orang dalam blog sebelum ni. Malu nak tunjuk ;) tak lah sebenarnya saya bukan serius sangat dalam bidang ni. Tunaikan permintaan orang-orang yang saya kenal kebanyakkannya. Selepas kedai ditutup.


22 ulasan:

  1. selamat bertunang...!
    sekejap je kan tempoh bertunang..nur suka mcm ni, xperlu lama2...
    sebab byk dugaan time bertunang ni...

    BalasPadam
  2. salam, ada bakat melaramkan org...teruskan sbg kerjaya .mana tahukan berjaya !..tahniah kpd acu..slmt menjdi tunangan org .

    BalasPadam
  3. selamat bertunang utuk kazen akak :)
    akak buka kedai apa dulu..kedai pengantin ker

    BalasPadam
  4. selamat bertunang..lepas ne sibuk la buat persiapan kahwin tu kan...eca pun ingt mcm tu,nak tunang tpi xlama...tempoh tunang wat persiapan kahwin..klu boleh 3-5 bulan je tunang...tapi calon pun xde,camna ye kak?.hehehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah tak lama lg adalah calon yg dtg hehe..

      Padam
  5. As salam Ummi Rose,

    Iman sihat ke?? Mana Iman dlm gambar xde...hehhee ;))

    Tunjuklah hasil tangan tu lain kali, yg ni tak seberapa jelas... Oklah pandai make upkan org, sy make up diri sendiri pun ntah apa jadik...hehhee ;p :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam disambut Marya,

      Iman sihat. Ayah volunteer nk jaga kt rmh. Anaknya aktif tak sesuai nak tunggu lama-lama ;)

      Tak jelas ke? Cuba klik kat gambar utk tumbesaran.

      Padam
  6. alhamdulillah dah selamat bertunang, lepas ni persiapan majlis besar² pulak yer....

    alhamdulillah sy dah sihat.. (^___^)v

    tepung bistari tu ade kat 99 yer.. serius tak pernah jumpe.... selalu beli kat kedai borong jer... tu yg x memasal jadi tukang jual tpg tu hihihihihi.....;p

    BalasPadam
  7. alhamdulillah.... jodohkan...

    ooo ui pandai mekap upenye... bestlah camtu.. blh tlg sedara mara yg nak guna khidmat mekap. :-)

    BalasPadam
  8. cantiklah..tahniah pada sepupu dear ;-)

    BalasPadam
  9. pandai make up juga yek!> best2 selamat bertunang moga kekal hingga ke jinjang pelamin ye acu

    BalasPadam
  10. Wahhh boleh jadi mak andam ni.Tahniah utk sepupu UI.

    BalasPadam
  11. tetiba teringat zaman bertunang dulu2...hehehe...sweet memory..

    BalasPadam
  12. Rose... apa pulak nak malukan kalau memang pandai jadi mak andam.
    Tahniah buat Acu moga cepat disatukan..

    BalasPadam
  13. mabruk... wah.. hampir sangat dengan besday is... is 26november (^___^)

    BalasPadam
  14. Semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat..aminn

    BalasPadam
  15. saya pun sejak dah belajar make-up rasa rindu jer nak make-upkan muka org..:)

    semoga berkekalan hendaknya pasangan ini..:)

    BalasPadam
  16. selamat bertunang juga buat acu ! ...
    semoga selamat ke majlis nanti ;)

    BalasPadam
  17. semoga kekal ke jinjang pelamin..

    BalasPadam
  18. cantiknya...selamat bertunang dan kekal hingga naik pelamin..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...