بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 10 Julai 2012

Santai bersama keluarga di taman tema air Putrajaya

Assalamualaikum

Bersambung cerita selepas tengok bunga dan makan, saya ajak keluarga saya singgah pula ke taman tema air yang terletak di Presint 5, Putrajaya. Sudah beberapa kali juga saya dan ayah Iman singgah di sini jika sampai di Putrajaya. Seronok tengok keindahan tasik yang ada. Kali ni bawa keluarga saya yang belum pernah sampai sini. Kat sini ada bangunan yang menyediakan ruangan untuk solat, tandas dan kedai makanan ringan. Orang luar boleh je nak masuk sini. Kalau nak masuk swimming pool je kena bayar. Luas juga pool untuk orang dewasa.

Yang pasti setiap kali datang ramai pasangan pengantin tak kira bangsa berposing ambil gambar di sini. Kami pun sama juga turut berposing di sini... tak percaya lihatlah gambar yang sempat di ambil ;)

Ambil dari atas bangunan. Mak ngah dia suruh buatlah gaya macamana pun. Inilah gaya yang dibuat oleh Najihah. Mana mak ngah dia pergi di situlah dia nak ikut. Mak ngah dia ni tegas juga sebenarnya ;) tapi dia tetap nak manja-manja. Dengan orang lain tak mau pegang. Sama juga macam Iman suka bebas.

Nak ambil gambar mak dengan achik sebenarnya tapi sibuk je budak baju pink dan mak budak baju putih tu nak interframe haha.. nakal sunggul ;)

Ni achik. Adik bongsu perempuan yang masih single. Sesiapa berkenan boleh e-mail saya ;) gurau je.. habislah kalau achik baca.. mesti dia marah. Jangan marah ya achik ;) masih lagi cari peluang nak sambung belajar. Suka usik dia yang kuat merajuk tu.

Kenapalah dengan che nayli tu.. tak nampak mukanya..suka tengok gambar ni. Achik kalau ambil gambar tak sah kalau tak kembungkan pipi dia ;)

Bukan main lagi santai dua orang budak kecil ni.. diorang ni tinggal dengan nenek. Che nayli lembut orangnya jadi elok je berkawan dengan kakak najihah. Kalau Iman habislah.. kenapalah dia geram sangat dengan che nayli.. tak tahulah.. comel sangat agaknya.

Gambar ni gegar sikit tapi mak ngah dia dah cuba edit untuk mendapatkan hasil yang baik sikit. Yang baju purple Aqilah tu susah sangat nak dengar suara dia.

Masa ni dah nak balik. Saya ajak ayah iman bergambar berdua sebenarnya. Tapi peminat mak ngah ni nak menyelit juga ;) kacau je tau.. Sebenarnya ada gambar berdua.. tapi ambil yang ni, viewnya cantik sikit. Ada orang kata tak baik bergambar bertiga. Tapi ayah iman kata takde sebut pun dalam al-quran dan hadis kata tak boleh. Orang dulu-dululah cakap macam tu kan? Mesti tertanya-tanya di mana iman kan? iman dah tidur dalam iman masa ni ;) kepenatan yang amat sangat. Tak sedar apa dah. Angkat letak dalam stroller dari dalam kereta hingga masuk dalam kereta dan hingga ke rumah untie ani (sepupu ayah iman) pun dia masih tidur lagi. Punyalah lama kan?

Lepas tumpang solat maghrib di rumah ani dan ambil air panas untuk buat susu anak-anak kecil ni. Kami pergi makan di Taman Warisan Pertanian yang terletak di presint 16. Ani yang tunjuk jalan ke sini. Baru pertama kali sampai. Rupanya banyak stall-stall makanan di sini. Jadi pilih je nak makan apa. Semuanya ada. Ayah iman order satay haji samuri. Saya makan nasi ayam kampung. Ok jugalah tempatnya kalau sekadar nak makan ringan-ringan. Tempat pun cantik.

Inilah rupa bangunannya... credit to http://www.lovelyshafa.com

Tak sempatlah nak ambil gambar kat sini. Nak makan pun kena cepat-cepat. Iman dah jaga. Teruja tengok tempat baru. Habis dia round semua tempat. Ajak pak uda dia.. pak uda kata huh kuat betul staminanya :D. Kami dah biasa dah. Iman suruh ummi dan ayah dia exercise lebih. Kadang kesian.. kena marah juga. Dia cuma nak bebas. Bila dah besar takkanlah dia nak lari-lari lagikan? Kita ni risau kalau jadi apa-apa kat dia.



24 ulasan:

  1. meriahnya..!
    xnampak iman pun dalamm pic..
    ke nur yg xperasan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik nur tak baca ya.. Cuba baca bawah gambar kedua terakhir ;)

      Padam
  2. mule tgk terkejut..takkan iman pakai baju gugirl pinky..rupe2nye peminat ummi iman ;)

    BalasPadam
  3. meriah sungguh la akak...bestnyer nampak...eh mana iman kak hihihi

    BalasPadam
  4. Salam UI..
    Betul meriah ye bila ke Taman Tema Air Putrajaya tu?. Mummy tak pernah pergi,. Rasa macam nak bawa kids ke sana lah..

    Thanks for sharing ya.

    BalasPadam
  5. Budak2 paling seronok dapat jalan2 kan..
    Suka jalan tempat cantik macam ni.. hilang stress skjp..

    BalasPadam
  6. wah..happynya family nih...hehehe

    BalasPadam
  7. memang selalu ke sana ! hampir tiap2 bulan mesti ada di putrajaya hehe

    BalasPadam
  8. bestnya.. budak2 paling seronok bila berjalankan... hehehhe ingatkan iman dah bertukar wajah tapi rupanya peminat ummi iman :)

    BalasPadam
  9. aah memang seronok disini
    anak2 dpt mandi sakan kan ..
    akk baru tahu disini ada taman tema air nie ;)

    BalasPadam
  10. lamanyer xg pullman rinndu sgt

    BalasPadam
  11. assalamualaikum ummi...seronoknya dok melepak sekeluarga di situ...:)

    BalasPadam
  12. udah lama tak pi ke putra jaya...rindu pulak tengok pemandangan kat sana...mesti dah banyak perubahankan...

    BalasPadam
  13. seronok bersantai dgn family :-)

    BalasPadam
  14. seronok juga temoat sebegini untuk bersantai..
    betul tu, pelik juga bila cakap tak elok gambar bertiga..cuba tgk KRU...

    BalasPadam
  15. santainya...tak pernah sampai tmn tema tu...bagusnya..cantik lor tempat dio

    BalasPadam
  16. Amboih...kemain lagi depa ni izan no....tumpang seronok kita tengok...

    Oooo c'jai tau dah sape yang ckp blog c'jai berat....hehe... Ummi iman, try la klik blog c'jai bila2 ada kelapangan... C'jai dah kurangkan jumlah widget kat tepi tu...harap2 lbh ringan...tp c'jai timbang tadi berat di dalam lingkungan 102 kb.... Terima kasih tlg maklumkan ....c'jai sangat2 menghargainya... Mmuuuuah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok. Saya singgah nanti. Harap boleh dah nk masuk :)

      Padam
  17. mmg best tapi kite dtg lambat makanan pon byk dah habis..bakso dia sedap ooo

    BalasPadam
  18. syoknya...meriah sungguh family ni :)

    penat iman jln2, lena betul dia tidur.lokasi dah tukar pun tak bangun2... :p

    BalasPadam
  19. patutlah tak nampak iman tidur rupenya...

    ha'ah org dulu2 selalu kata tak baik amik gambar ber 3,5,7 senang cite kalau ganjil²lah..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...