بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 30 Julai 2012

Persoalan: Syaitan diikat tapi manusia masih buat dosa

Assalamualaikum

Saya sentiasa tertanya-tanya kenapa bila tiba bulan puasa masih terjadinya perkara yang tidak baik. Sedangkan syaitan sudah diikat. Apakah yang menyebabkan perkara ini terjadi?

Dalam pencarian saya tak banyak info yang saya dapat. Di bawah apa yang saya rasa sesuai untuk dikongsikan.


Ada sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba bulan puasa, maka terbuka pintu-pintu syurga dan tertutup pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dirantai.”

Daripada hadis berkenaan, dapatlah kita memahami pengertian majazi (kiasan) dan hakiki (kenyataan). Dalam pengertian majazi, hadis itu mengandungi makna Ramadan adalah bulan ibadat untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Ketika Ramadan, Allah SWT melimpahkan ganjaran pahala yang luar biasa serta membuka pintu keampunan seluas-luasnya. Dengan melakukan sedikit amal, kita memperoleh ganjaran pahala seterusnya membawa kita ke syurga.

Sehinggakan syurga pada Ramadan itu sentiasa terbuka kerana luasnya rahmat Allah SWT dan neraka, kerana banyaknya pengampunan Allah SWT untuk hambanya sentiasa tertutup dan syaitan bagaikan terbelenggu atau terikat berikutan kesedaran manusia yang terlalu tinggi sepanjang Ramadan.

Jika hadis terbabit difahami secara hakiki (kenyataan), maka kita dapat fahami dan berkata bahawa penderhakaan itu muncul akibat godaan syaitan dan rayuan hawa nafsu. Dalam Ramadan, iaitu bulan puasa, sememangnya syaitan diikat, tetapi bagi orang yang hawa nafsunya tidak dikawal, maka mereka itulah yang menderhaka kepada Allah SWT.

Kalangan ulama menjelaskan terdapat perbezaan antara godaan syaitan dan rayuan nafsu. Syaitan menggoda dengan tujuan menyesatkan dan merugikan manusia, atau sekurang-kurangnya menjadikan manusia tidak beruntung dalam memperoleh rahmat Allah.

Justeru, syaitan dapat mengubah rayuannya dari waktu ke waktu jika ia gagal dalam rayuan yang pertama. Ini berbeza dengan nafsu yang hanya ingin memuaskan dirinya, sehingga apabila ia menginginkan sesuatu, dia tidak akan mengubah dan terus mendesak sehingga keinginannya tercapai. Wallahua’lam.

Sumber: dari persoalan di dalam soal jawab agama http://www.bharian.com.my/


p.s: Alfatihah buat arwah Syaleza Jaffar. Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

16 ulasan:

  1. Bilaawal kita gagal mengawal nafsu, maka tidak bolehlah kita menyalahkan syaitan...

    BalasPadam
  2. al-fatihah buat arwah .. sayu kan kisah kematiannya.. lagi² dia ade anak yang masih kecil

    BalasPadam
  3. syaitan yg bersembunyi dlm bdn membuatkan manusia tewas dgn nafsu...al-fatihah buat arwah....

    BalasPadam
  4. Ada dengar Ustaz cakap yang diikat syaitan dan jin yang besaq2..
    Anak2 didik masih ada sebab tu ada juga kes Histeria walau di bulan posa ;)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...

    Alfatiahah.......

    Manusia ada sekeping hati....
    manusia ada nafsu dan iman....
    manusia itu lemah......

    BalasPadam
  6. syaitan kena ikat tapi nafsu kita la yang bermaharajalela. kena control nafsu juga.

    BalasPadam
  7. al-fatihah buat arwah.. kesian anak kecil dia

    BalasPadam
  8. saya pun terkedu tgk berita kematian dia...moga rohnya aman disana..

    BalasPadam
  9. Kakak baru jelaskan persoalan ini pada anak bongsu kakak hari Sabtu lepas. Utk terangkan pada budak lagi kena berhati-hati Rose..

    BalasPadam
  10. yelah... nafsu manusia ni susah nak dikekang wpun syaitan mmg dirantai masa bulan puasa...

    BalasPadam
  11. itu lah..takder syaitan pun manusia tetap gak buat ape yg setan suke..

    BalasPadam
  12. ada iza dengar syaitan diikat dimana dia duduk masa itu..kalau kt jalan..dijalan la dia terikat..jadi x mustahil ada juga yg terikat dalam hati kita..betul atau x entah la ni...:)

    BalasPadam
  13. SEBAB apa....sebab sebelas bulan sebelum kedatangan ramadhan syaitan dah rekrut hati dan anfsu kita supaya tetap terus melakukan dosa-dosa sepanjang dia 'direhatkan'.....

    BalasPadam
  14. al fatihah jugak utk arwah..

    diri dah terbiasa.. tu yg sentiasa buat kot..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...