بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 24 Julai 2012

Pamoga dan jawapan

Assalamualaikum

Alhamdulillah masuk hari keempat puasa. Pagi ni terlajak bangun. Sedar-sedar 5.46am :( Bila mimpi merapu maka alarm pun tak dengar. Malang sungguh. Nasib pukul 1 lebih dah minum Pamoga dan air suam.

Kebetulan Iman setiap 1 jam merengek pagi tadi. Buat susu, tukar diaper (nak kaitkan Iman pula ya). Kalau dah terlajak macam-macam alasan lah nak cari. Sedih sebenarnya...:(

Takpelah takde rezeki. Sambung apa dia Pamoga. Sebelum tu mari tengok gambarnya dulu. Mana tau lepas tengok gambar. Ramai pula yang kata ooohh ini rupanya ;)

Maaf, gambar sengaja disengetkan ;) Macamana? Pernah tengok tak?

Pamoga merupakan produk Vida Beauty yang terbaik iaitu mampu merawat 1001 segala penyakit dengan izin Allah s.w.t. Ianya merupakan ekstrak buah delima, gamat dan lain-lain.

Antara khasiatnya ialah :

• Membantu merawat pelbagai penyakit
• Angin ahmar/lumpuh
• Buasir
• Kulit melecur
• Kulit kaki pecah
• Lemah otot, radang dan gaut
• Mengawal dan merawat tekanan darah tinggi, kencing manis
• Masalah jantung dan ginjal
• Masalah kitaran haid dan dalaman wanita
• Mata lebam/kurang tidur
• Pedih ulu hati dan batu karang
• Pencernaan, keracunan dan sembelit
• Rambut gugur dan tidak lebat
• Selepas bersalin dan sistem peranakan
• Tumbesaran dan kecergasan kanak-kanak
• Ulser

Nak tahu lanjut pergi sini http://vidabeauty.com.my/

Tujuan asal beli ni sebab baru-baru ni resdung dah mula teruk kembali. Mata, telinga semua gatal. Tu lah langgar pantang lagi :(

Teringat kawan saya Siti beritahu, kawan dia minum Pamoga terus hilang resdung. Bagus je bila dengar macam tu kan? Kebetulan juga baru-baru ni pinggang sakit. Tak tahulah kenapa. Takut jugalah ada masalah buah pinggang.

Saya ni sama macam AI kalau ada sesuatu tak kena fikir macam-macam ;) baru je minum 2 hari macam tu. Alhamdulillah sakit kat pinggang dah takde. Cuma kadang ada masa terasa. Bukanlah sakit, cuma macam ada tak kena je.

Oklah tutup cerita Pamoga, kini jawapan kepada teka air semalam. Terima kasih pada yang sudi meneka. Senyum-senyum baca jawapan. Yang tak tahan ada pula yang kata "bukan air daun ketumkan?" mestilah bukan.

Jawapannya air tomato. Ha pernah minum tak? Mesti jarang atau tak pernah. Sebab tu tak tahukan? Saya suka minum air tomato. Bermula zaman belajar kat kolej (private je) dulu. Makcik kedai makan tu suruh try. Bila dah cuba, kena jugalah dengan tekak ni. Lagipun bagus untuk kesihatankan? Itu salah satu petua awet muda saya ;) tak lah saja gurau je.. Tua tetap tua ;)

Takde sorang pun teka betulkan? Apa pun terima kasih kerana berani mencuba ;)

p.s: Nak jogging pergi rumah kawan-kawan :)

47 ulasan:

  1. air tomato?..napa warna dia gitu?..hihihi..saya tak pernah minum...hihiih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat pekat2.. Asal warna merah tp bila dah lama sikit dia dah bertukar warna mcm tu :)

      Padam
  2. Hahaha... kakcik gurau2 je bila sebut air daun ketum tu. Jangan ambil hati ya? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun gurau2 je kak chik ;) suka hati lg ada :)

      Padam
  3. oo..air tomato ke.. :)
    pamoga ni mmg sentiasa ada kat dalam peti sejuk umah nur ni.
    mmg amalkan setiap pagi..rasanya pun sedapkan.nur selalu bantai minum 2sudu..hihihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sgt sedap..! hihihih.
      tapi nur minum lebih snyap2..

      Padam
  4. anak Su ada masalah rsdung.. bole makan tak???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuma kurangkan sukatan. Rasa sedap pasti anak su suka. Saya pun baru je cuba. Ada ahli keluarga yg lain cuba. Mrk kata elok. Insyallah. Lgpun kandungannya semua makanan sunnah. Tu yg berminat nk cuba.

      Padam
  5. kesihatan perlu di utamakan....kite prempuan kena jaga luaq & dlm....btol tak...? huhuhu...

    BalasPadam
  6. air tomato ker??? huhuhuhu .. mmg tak pernah minumm .. jauh sekali nak buat tau .. tp ramai kata sedapp.. teringin juga nak cuba ...

    BalasPadam
  7. tomato ke? nampak macam delima je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tomato tu jawapan teka air smlm. Pamoga ni mmg buah delima ;)

      Padam
  8. tak sempat nak teka semalam hehehe...

    nak try juga la.. mcm best je.. saya ni selang 2-3 hari asyik bersin je (tapi bukan selsema) sampai seharian esoknya mesti elok seperti sediakala. Kalau jadi camtu makan ubat pun tak jalan

    BalasPadam
  9. ok, kena terjah car info ttg ubat nilah.. KA suka makan tomato mentah dari buat air hehe

    BalasPadam
  10. kak ayah iman pon minum pamoga ciap dpt disc je...dulu ayah drh tinggi dy xley control n sellau skit kpla skunk nh dh ok

    BalasPadam
  11. Kakak pun consume ini Rose. Ada satu kakak tukang urut taman belakang rumah kakak dia jual. Selain ini dua juga jual macam-macam seperti kurma, kismis, badam, biji apukado dll. Anak kakak tapi tak suka. So kakak dgn abang je yg minum.

    BalasPadam
  12. assalamualaikum ummi...mcm baik ke jenama ni berapaharga sebotol tu...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harganya byk versi. Kalau ikut botol rm168. Skrg supplier jual rm135.

      Padam
  13. Myra ada beli gak PAMOGA ni, tapi bulan posa tak minum sebab kan kena minum air baynak, takut kering ;)
    Tapi takpe ke minum bulan posa ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh minum. Sebelum sahur dan sebelum tidur. Seperti apa yg diberitahu dalam website pengeluar.

      Padam
    2. so harga rm135 ke? nak order macam mana? hantar by post ke?

      Padam
    3. Saya tak jual. Cuma kongsi info harganya sahaja ;)

      Padam
  14. Tak pernah dengar pamoga ni..mcm best je. sy ni jarang makan supplement, takut beli tapi tak makan2.. :p
    Oo..air tomato..mcm mana buat air tomato ni?blend je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blend + air dan gula sikit. Minum sejuk2 sedap ( simpan dlm peti sejuk)

      Padam
  15. air tomato? mmg tak pernah minum pun..hehe

    BalasPadam
  16. memang sedih bila tak bangun sahur.. nak nak bila makanan dah siap masak ..

    BalasPadam
  17. ayu lak masalah rambut gugur..insyaAllah boleh try kalau ok ;-)..salam 4 ramadhan dear ;-)

    BalasPadam
  18. Hari kedua pun kami terlajak jugak, sib sempat jugak makan serba sikit, ngam2 jam jer. biasalah ada anak kecilkan.. huhu

    tak pernah dengar tapi pernah tengok kot

    BalasPadam
  19. Mak mertua CR minum pamoga nie...mahal..

    BalasPadam
  20. x pernah cuba produk ni..bagus tu elok untuk resdung..sy ni pun ada resdung tapi x sampai tahap keluar jerawat la..cuma xleh makan makanan yg gatal-gatal..mungkin elok juga untuk cuba kan..:)

    BalasPadam
  21. dh ok kak..lepas scan ai 2 kuaq virus gak pah 2 lme2 dh ok.tq akk..

    BalasPadam
  22. ooo bagus jugak ye pamoga ni.. adik sy pun ada resdung.. leh sudh dia try

    BalasPadam
  23. tetiba is tertarik dengan ayaq tomato.. xpenah minum la lagi.. ada no.. wah (^___^)

    BalasPadam
  24. sy ade jugak minum pati delima tapi jenama lain..gulsan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga minum brand tu ;) yg ni tak masam. Tu yg sedap minum. Tambah ada campur gamat, madu dll

      Padam
  25. larh air tomato ker.......xpenah minum lagi ni...mcm menarik jer

    BalasPadam
  26. camne rasa air tomato kak? mesti tak sedap kot. hihi.. hope resdung akak cepat sembuh.

    BalasPadam
  27. la air tomato ke?
    nape warna nya lain je.

    BalasPadam
  28. Pamoga ni de juga jus delima kan... Sesuai ke utk ibu mngndung...

    BalasPadam
  29. Tumpang tanya. Kenapa sy baca ada yg kata consume pamoga nie mata bengkak la,kencing berdarah la, sakit2 tulang. Dia ikut kesesuaian bdn tuk terima ke?

    BalasPadam
  30. Maaf lah saya tak berani nak kata apa2. Produk ni ada yang tiruan.

    BalasPadam
  31. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  32. bagi orang yg nak hamil.. bole ke minum pamoga ni?

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum.. saya nak bertanya. Adakah jus pamoga boleh ubati darah tinggi? Kalau betul boleh berapa lama bokeh sembuh. Terima kaseh wasalam

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum.. saya nak bertanya. Adakah jus pamoga boleh ubati darah tinggi? Kalau betul boleh berapa lama bokeh sembuh. Terima kaseh wasalam

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...