بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 4 Julai 2012

Merasa makan Burger Bakar Seksyen 2 Wangsa Maju

Assalamualaikum

Fenomena burger Bakar memang membuatkan orang teruja nak mencubanya termasuklah saya. Mungkin ada juga yang tak teruja ;) Disebabkan banyak kali juga keluar tv memang harus mencubanya walau sekali. Dah lama juga teringin sebenarnya. Tapi rezeki saya adalah pada hari Sabtu yang baru lepas.

Tak tahu sebenarnya kedainya di mana. Maka saya pun search melalui google. Terjumpalah dalam blog (dah lupa.. patut kena tak note sebab dah berjasa pada saya). Dalam blog tu siap tulis alamat lagi. Maka saya pun cari menggunakan map. Kedai burger bakar ni terletak di seksyen 2 Wangsa Maju jalan 4/27a. Ini adalah main branch.

Masa sampai jalan ni memang kiri kanan penuh kereta. Kira jalan ni memang penuh dengan kedai makan. Terlihat orang yang beratur panjang tu, rasa macam malas je tapi dah alang-alang sampai beratur jugalah. Disebabkan saya yang beria nak cuba maka sayalah yang kena order. AI dan Iman tunggu dalam kereta. Iman tidur masa tu. Rupanya kena order dan ambil nombor dulu. Kemudian tunggu sahaja nombor order dipanggil. Walaupun nampak ramai tapi servisnya boleh dipuji juga. Taklah lama sangat menunggu. Nombor saya tu kira bertuah jugalah.. sebab nombor sebelum saya tak dipanggil lagi. Sampaikan tak puashatilah orang tu sebab nombor saya dulu yang dipanggil. Nak tau nombornya?

inilah nombor saya.. cantikkan nombornya.. apalah benda hitam yang melekat di kuku saya tu.. ish.. malu je.

beratur untuk order dan dapatkan nombor

inilah stall burger Bakar Kaw Kaw. Ramai juga pekerjanya.. jadi walaupun ramai burger cepat siap.

3 gambar di atas tu diambil menggunakan kamera handphone. Malulah nak bawa kamerakan. Macam wartawan pula nanti ;) Lihat betapa ramainya customer dia.. Itu baru nombor belum lagi berapa burger yang di order dalam satu nombor. Mengikut apa yang saya dengar dalam tv, pendapatan tauke burger ni RM20k sebulan. Rezeki dia kan?

Pertama kali mencuba ambil yang special sikit ada cheese, mayo dan beacon. Harganya RM11.50. Boleh tahankan? tapi berbaloilah sebab kenyang sampai pagi esok. Roti dan dagingnya memang berbeza. Daging buat sendiri... dah tentulah rasa fresh berbanding daging burger biasa.

Disebabkan take a way, kami singgah di Titiwangsa dan makan dalam kereta :) maklumlah rumah jauh. Lagipun dah malam. Nak bawa Iman keluar pun rasa tak sesuai. Lepas je habis makan burger ni kami pun balik. Puashati dapat juga rasa burger Bakar.

Kalau nak tengok gambar-gambar burger Bakar yang lebih mengiurkan dan branch-branch yang lain bolehlah ke FBnya: Facebook Burger Bakar Kaw Kaw



22 ulasan:

  1. wahhhh!tak penah rasa pun lagik...nak jugakkk...huhu

    BalasPadam
  2. wah wah sedapnya tu rose habis ke sebijik tu?

    BalasPadam
  3. nyammmmm.....pasti di cuba nih....

    BalasPadam
  4. mesti sedap ni..teringin lah pulak..hehe

    BalasPadam
  5. sedapnyer nak juga...ramai sungguh org memang berbaloi sgt pun klu tunggu hihihi..teringin sungguh2 ni kak hahha

    BalasPadam
  6. terliurnyer nur tgk...!
    melimpah2 sos nya..!
    masti sedapkan, sebab tu org ramai...

    teringinlah pulakk..!

    BalasPadam
  7. mama pun teringin nk mkn burger bakar ni..perghhh beratur tak tahan tu..

    BalasPadam
  8. terliur juga sy dibuatnya..mesti betul-betul sedap ni..:)

    BalasPadam
  9. teringin jugak burger ni kak..selalu dok kelua tv n blog..harap2 dapat merasa one day..:)

    BalasPadam
  10. ramainya org!!!..sedap ker??..dh lama tak makan burger..

    BalasPadam
  11. Sedap.. ayah Iman yg mula kata semua burger sama je.. bila makan puji tak berhenti :)
    Sesiapa yg belum cuba kenalah cuba dan rasa... tak rugi. Harga paling murah rm7.50.

    BalasPadam
  12. tu la tgk msg2 dok post pasal beger bakar ni..fuhh....nmpk mmg sedap..

    BalasPadam
  13. perghhhh..bila la ika dapat merasa pulak.

    BalasPadam
  14. buger yg sedap2 ..mesti jauh dari tmpt saya..hurm

    BalasPadam
  15. Meriahnya! Nmpak sgt sedap! Tiba2 rasa nk gi mkn burger skg.. :p

    BalasPadam
  16. kalaulah dekat... sure nak pergi terjah juga. tapi tulah en hubby izan ni tak suka kalau nak tunggu lama2 ni...

    BalasPadam
  17. tak pernah makan.. kalau dekat kan best.. blh merasa.. kalau jauh ni.. maulah kami sesat nak mencari nya..

    BalasPadam
  18. Ramai orang cakap burger nie sedap...teringin jugak nak merasa tapi jauhlah pulak hihihi

    BalasPadam
  19. yg jauh teringin nak cuba,yg dekat ni tak teringin pulak.hehe...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...