بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 9 Julai 2012

Kenangan di Pesta Flora Putrajaya 2012

Assalamualaikum

Hari Sabtu 7hb Julai saya, mak dan adik beradik yang lain telah berpakat untuk melihat pesta flora di Putrajaya. Kami bertolak lepas zohor dari rumah saya. Ada 3 buah kereta semuanya. Kebetulan adik saya hafiz dari Johor datang rumah mak. Jadi sajalah berkumpul dan jalan-jalan bersama. Lama juga dah takde acara bersama keluarga bila masing-masing dah berkeluarga. Itupun bukan semua ada. Ada 3 lagi adik beradik lain yang tiada bersama.

Di bawah adalah sebahagian gambar yang diambil. Tak habis pusing tengok semua. Biasalah dengan orang yang ramai dan Iman yang aktif. Tak larat ayah dia nak main kejar-kejar.

Ni gambar masa mula-mula sampai

Bergambar dengan nyamuk pula..

Bergambar di sini sebab lapang ;) Penuh dedaunan dibelakang tu. Payung pun nak interframe juga ;) panas masa datang tu yang bawa payung.

Belah kiri gambar ni lah adik saya hafiz yang datang dari Johor tu. Bersama isteri dan anaknya aqilah. Yang belah kanan adik saya juga ain bersama anaknya muhammad dan najihah.

Bergambar bersama mak dan 2 orang anak saudara yang tak mau berenggang bila jumpa ;)

Ni kedai jualan yang ada kat situ. Saja ambil gambar kat sini.. Iman kan suka upin ipin.

Bergambar ramai-ramai. Tapi tak semua ada. Iman dan ayah dia dah keluar dulu. Belah kiri tu adik saya hisham, wife dia baju putih. Sorang lagi adik perempuan saya yang pakai tudung merah pink tu.

Masa on the way ke gerai makanan, ada 3 ekor kuda kat atas jalan. Iman ambil kesempatan beramah mesra dengan kuda. Tak takut pun siap pegang muka kuda dan gelak-gelak.

Tak banyak gambar bungakan yang diambil. Itupun dah puas tengok-tengok. Orang lain sibuk beli pokok saya pula sibuk beli kain sarung untuk solat. Dah habis cuci mata kami rehat makan dulu bawah khemah yang disediakan. Saya makan laksa, AI makan burger grill, yang lain makan char kuey teow. Gambar takde.. semua dah kepenatan. Lepas makan kami pergi tasik yang terletak belakang pullman untuk solat dan santai. Akan cerita dalam next entri.

p.s: klik pada gambar untuk tumbesaran ;)

19 ulasan:

  1. wah..sukenya iman...!
    nur hari tu lalu je, xsinggah pun..parking susah..

    BalasPadam
  2. Salam..nampak menarik, saya ni tak tau ler bila dapat kesana...

    BalasPadam
  3. Kakcik belum pernah pergi ke pesta bunga2an tu... :(

    BalasPadam
  4. tak dapat datang ....
    kene bertugas di singapore..
    kalau dapat dyg tentu seronok

    BalasPadam
  5. baguslah iman.. tak takut ngan kuda pun dia ye.

    BalasPadam
  6. wah....heppy..heppy sefamili......kali ni x dpt pergi...penuhi undangan majlis kahwin....huhuhu...

    BalasPadam
  7. ramai blogger buat entry ni kan.. tp sayangnya saya jugak yg xdpt g sbb jauh.. tp nasib ada blogger yg buat entry.. leh gak tgk gambo :-)

    BalasPadam
  8. wah iman ley jadik mat bunga nh..cm2 akk iman booking iman tok anak buah kak iman la

    BalasPadam
  9. tak sempat nak melawat munge2 tu.mesti cantik kan?

    BalasPadam
  10. bestkan p sni..sy p blah mlm..siang xp..

    BalasPadam
  11. assalamualaikum Ummi....seronoknya dpt jenjalan kan...:)

    BalasPadam
  12. pun ada pg tapi mlm ahad tu! hihi

    BalasPadam
  13. Suka kakak tengok gambar Iman yg pertama tu. Cantiklah Rose.

    Ohhh.. pergi ramai-ramai ye. Tak beli pokok bunga ke Rose?

    BalasPadam
  14. seronoknyaaaaaaaaaaa
    kenapalahhh flora nie x buat gilir2 di setiap negeri huhuhu

    BalasPadam
  15. ramai blogger yg buat entry pasal ni...wani nkg jauh dpt tgk gambar pun jadi lah hihi

    BalasPadam
  16. seronoklah iman yer.. macam² dia nampak...
    ingatkan bunga jer.. kuda pun ade.. wahhh... teruja lah pulak tgk..

    BalasPadam
  17. seronok berkonvoi ngan adik beradik kan..

    BalasPadam
  18. best je kan g pesta flora..ciksu xsempat pon nk g.:)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...