بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 27 Julai 2012

Kenangan Dubai 2003

Assalamualaikum

Entri dah lama simpan dan tiba-tiba nak keluar hari ni ;) Amaran entri ini panjang. Mengimbau kembali saat-saat kali kedua menjejakkan kaki ke luar negara. Negara pertama yang saya jejaki adalah Australia (Perth). Baca entrinya DI SINI.

Sebenarnya dah banyak kali ayah Iman pelawa pergi Dubai. Dubai adalah tempat transit ayah Iman untuk ambil flight balik ke Malaysia. Masa tu ayah Iman bertugas di Sudan. Jadi point MASnya (Enrich) mencukupi bagi saya claim tiket penerbangan pergi dan balik. Mahal juga kalau beli sendiri. Barapa tak ingat. Sebab dah lama. Masa tu bulan 6, tahun 2003.

Pertama kali naik flight yang mengambil masa 8 jam dan masa tu saya pergi bersama isteri dan anak kepada rakan ayah Iman yang bertugas di Sudan juga. Kebetulan kami satu office. Kami sama-sama ingin berjumpa suami masing-masing di Dubai untuk berjalan-jalan makan angin. Dan masa tu merupakan last trip ayah Iman untuk kembali bertugas di Kuala Lumpur. Memang waktu yang saya tunggu.. barulah seronokkan.

Tak ingat berapa hari saya duduk di sana. Penat jugalah ayah Iman bawa jalan. Ingat lagi ayah Iman cakap "meh jalan puas-puas". Sebenarnya dia nak tebus ketidakseronokkan saya pergi ke Perth. Memang betul-betul berjalan.. dahlah masa ni summer. Melekit-lekit peluh. Jalan sekejap mesti cari tempat yang ada aircond. Jangan tak tahu gerai yang kecil-kecil jual kekacang dan kurma pun ada aircond ;)

Pengalaman kali kedua mengajar saya agar tidak makan dalam kapal terbang. Masa pergi Perth walaupun hanya 3 jam lebih perjalanan. Saya mabuk lepas makan nasi atas flight. Habis makan tiba-tiba rasa nak pitam pulak. Jadi masa dalam flight ke Dubai yang panjang tu saya hanya minum air je.. sibuklah pramugari offer macam-macam. Saya geleng kepala je. Tak kisah sangat sebab perjalanan sebelah malam. Perut pun dah isi beberapa jam sebelum tu.

Setibanya di Dubai, kagumnya saya dengan airportnya yang besar. Perjalanan untuk keluar dari airport punyalah jauh. Turun naik escalator baru boleh keluar. Keluar-keluar je dari pintu ketibaan tu ayah Iman dah setia menunggu. Soalan pertama dia tanya.. macamana naik flight? tak takut ke? takut tak takut terpaksalahkan? Lepas tu saya dan kakak tu bawa haluan masing-masing. Dia ikut suami dia dan saya ikut ayah Iman. Ayah Iman tahan teksi terus bawa saya ke hotel untuk berehat. Teksi di Dubai mewah-mewah. Masa tu semua teksi kereta Toyota Camry. Jakunlah jugakan teksi kereta mewah ;)

mesti semua orang tahu bangunan apa di belakang saya ni kan? burj al-arab. Tourist guide (driver teksi) ada bawa kami masuk dalam hotel bersebelahan burj al-arab ni untuk kami ambil gambar sewaktu dalam lift.  Gambarnya gelap. Kamera tak betul setting ;) memang bagus sungguh driver teksi yang berasal dari India tu. Habis semua tempat menarik di bawanya.

 
teksi yang ayah Iman charted bawa kami ke sini. Teruja juga melihat patung di belakang tu. Warna dia betul-betul macam gold.

bergambar di pasar / market. Kalau tak silap ianya terletak di seberang laut. Tak beli apa pun kat sini. Saja naik bot dan tengok apa yang ada.

istana lama

kelakar muka.. tapi nak letak juga ;) belakang tu pantai yang terletak berhampiran burj al-arab. Lupa namanya ;) maklumlah dah lama.

bergambar dalam istana lama di atas tu..

ni pun berhampiran istana lama di atas. Merasa jugalah naik bot pergi seberang. Tambang 50 sen je rasanya.

Dalam muzium / istana

Ayah Iman ajak pergi padang pasir. Kami ambil pakej yang ada dalam brochure hotel. Jauh juga perjalanan dari hotel nak ke sini. Ingat lagi masa ni kawan saya Zana call dari KL ke handphone saya. Terkejut telefon bunyi. Maklumlah guna prepaid maxis je ;) dia tak tahu saya pergi Dubai. Dia pun terkejut. Terus cakap tak mau kacau.

Memang kagumlah masa ni.. bayangkan kereta FWD ni boleh meluncur atas pasir 90 darjah. Dah macam naik roller coaster. Masa tu seriau juga takut terbalik ke apa. Nasiblah saya tak termasuk dalam orang yang mabuk ;) kalau perut kenyang sangat mau mabuk juga.

Sampai je tempat yang di tuju.. kami diberi peluang beramah mesra dengan unta. Apalagi saya pun ambil peluang. Bila lagi nak merasa real naik unta di padang pasir kan?

Dah habis sesi bergambar dan naik unta. Last sekali kami di bawa ke khemah di belakang tu untuk makan malam. Sedap sungguh makanannya. Orang arab memang pandai bab-bab bakar ni. Lembut je daging. Sambil makan kami dihiburkan dengan tarian gelek arab. Terkejut juga saya.. tak sangka pula di hidangkan dengan tarian gelek dan pakaian yang seksi begitu. Malu saya nak tengok. Memang jeling sekejap-sekejap je. Ish.. tak sesuai langsung.

Banyak sebenarnya gambar. Tak bolehlah nak tunjuk semua ;) Seronok juga dapat lihat tempat orang. Sekejap-sekejap bolehlah... lama-lama terasa rindu dengan tanah air sendiri. Saat kapal terbang nak mendarat, hati melonjak gembira tak terkata ;)

Ini memori saya. Mana pun kita pergi tempat itu adalah memori indah buat kita. Ya kan? :)

22 ulasan:

  1. Salam Ummi Iman
    airport Dubai memang sangat luas,kan?
    tapi saya sangat respect kepada tukang tolak kerusi roda saya sepanajng saya di airport tersebut.mesra dan memang uatamakan oku walaupun kad oku saya mungkin tak laku di sana.

    BalasPadam
  2. waaaaaaa..akak naik unta.. bestnye ! hikhik

    BalasPadam
  3. hye ummi..bestnya pergi dubai :D
    jom singgah sini

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/07/lebih-ramai-lebih-meriah-dunia-blogging.html

    BalasPadam
  4. wahh beznya sis banyak pergi melancong..nti bwk ayu lak erk..hihi..slaam 7 ramadhan dear ;-)

    BalasPadam
  5. wah siap naik unta lagi tu hehe

    BalasPadam
  6. Seronoknya kenangan itu. :)

    BalasPadam
  7. pengalaman yg berharga...bestnyer

    BalasPadam
  8. seronoknya..nur xpernah naik kapal terbang..jadi kalau lepas ni ada rezeki merantau jauh2 kena hati2 gak ni..takut gak mabuk..hihihih.

    padang pasir tu, selalu tgk kat tv je..akak dah pernah pegi siap pijak dan sentuh lagi..seronoknya...!

    BalasPadam
  9. Salam,

    At least UI merasai nikmat berada di tempat orang walaupun untuk seketika,.Berharga tu!!

    Mungkin UI kena rancang untuk bawa Iman sekali, berjalan ke luar negara :)

    BalasPadam
  10. nampak muda ummi iman time dolu2 la

    BalasPadam
  11. wahh seronoknya dah pegi dubai & aussie..mama isha pun teringin nak pegi oversea tp ntah bile la sampai..:)

    BalasPadam
  12. bestnya dpt pergi dubai..nampak ummi sweet jer..:)

    BalasPadam
  13. Betul Rose teksi mereka Toyota Camry. Sama macam di Arab pun mereka jadikan Camry sebagai teksi. Tapi harga bila kakak tanya Rose tahu tak berapa? Lebihkurang SR37K tau. Tempat kita kena beratus ribu...

    Apa-apa pun bila berjalan yg kita timba adalah kenangan..

    BalasPadam
  14. assalamualaikum ummi...kenangan terindah tu pasti seronok kat sana ....best x dpt naik unta tu...:)

    BalasPadam
  15. Pasti memori indah yg tak dapt dilupakan. Maklumler dpt naik unta lagi...

    BalasPadam
  16. Bestnya dapat berjalan.ada jugak kenangan.

    p/s: bleh emailkan nama,alamat n no fon tak.ada hadiah misteri utk awak :)
    usyarni[at]gmail[dot]com

    BalasPadam
  17. Kenangan terindah....sweet je wajah Rose masa tu(mcm budak2 aje).

    BalasPadam
  18. seronoknya dapat jalan2 tengok negara orang :) saya ni dalam negara sendiri pun tak habis lawat semua tempat hehe

    BalasPadam
  19. bertuahnya akak dapat pergi keluar negara .....
    tp mmg betullah sejauh mana kt merantau atau pg berjalan ...
    negara sendiri jugak best hihihihihi

    BalasPadam
  20. bestnya...tak pernah pergi..cantik pantainya..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...