بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 22 Julai 2012

Jalan-jalan Setia City Mall

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari kedua berpuasa hari ni. Hari ni Iman join sahur sekali :) segar je mata dia. Tidur awal semalam. Lepas maghrib dah lelap.

Misi untuk mencari meja study Iman diteruskan semalam. Namun misi tak berjaya, tak jumpa yang berkenan.

Banyak juga tempat pergi. Ayah Iman cerewet sikit dari segi tahan lama dan tak bahaya untuk Iman. Ada jumpa semalam di Setia City Mall, harga boleh tahan RM99, tapi mejanya (plastik) ringan. Jadi hold dulu.

Kali kedua datang sini dan kali pertama buat kami bertiga. Banyak juga lah tempat kami singgah. Besar pasaraya ni.. lenguh jugalah kalau nak tengok semua. Pasaraya kawasan elit jadi barangannya pun boleh tahan. Untuk yang berduit, pasti puashati dari segi banyak pilihan barangan yang ada. Cantik-cantik pula tu.

Kami tak beli apa pun di sini. Cuci mata je.. fokus pada barang yang dicari ;) yang seronoknya tentulah Iman. Berlari sana sini. Sekarang dah kenal pasaraya. Kalau nampak je mesti cakap "dah ampai" :)

Lihat apa yang Iman buat di sini...


Kalau dah jumpa benda ni mesti nak naik. Tapi dia tak kisah pun bergerak ke tak ;) tapi yang ni kami bagi peluang masuk duit. Tak bising mesinnya. Takde lagu pun.


Sekarang ni suka sangat buat muncung macam tu. Nak rasa naik atas kerusi ni lepas main mainan kat atas tu. Nasib baik habis je main sekali dia turun. Kalau melekat tak mau turun jenuh lah nak pujuk.


Jumpa lagi.. naik lagi setiap floor ada 2 tempat yang ada mainan ni. Masa naik yang ni Iman marah patung tepi tu. Tergelak dibuatnya. Dia cakap "acho lah" (kacaulah).

Ada satu lagi Iman naik tapi ummi tak ambil pun gambarnya. Yang tu ada 2 stereng. Asyik lah ajak ummi dia ni naik sekali. Manalah muat :)

Pasaraya ni terletak di Setia Alam, berhampiran dengan Meru, Klang.

p.s: Satu-satunya pasaraya yang besar dan punya ruang solat yang besar. Ada pasaraya besar tapi ruang solat kecil. Kenalah beratur tunggu giliran.

22 ulasan:

  1. seronoknya Iman..anak2 mmg camtu pantang nampak mainan mesti merengek nak naik..hehe

    BalasPadam
  2. samalah ngan Alya, kalu jmpa benda ni, mesti merengek nak naik

    BalasPadam
  3. alhamdulillah la kan kalau ada ruang solat yang besar..patutnya pasaraya kena lebih prihatin..problemnya owner kebanyakan dari bangsa yg satu lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin yg ni kawasan ramai Melayu. Tu yg besar :)

      Padam
  4. Itulah kelebihannya kalau ada Iman adalah teman bersahur bagi lebih 'cergas' Rose. Tak adalah lesu sebab ada tukang kacau hihi... Kalau tak berdua baik bertiga..

    BalasPadam
  5. bestnye duk kl..mcm2 tmpt ade..kt sini jusco pun tkde T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai.. Takpelah boleh tahan nafsu hihi. Kat sini dah terlebih2. Marilah jln sini..

      Padam
  6. ika pon teringin gak naik benda tu. hahahah.. tp x muat ^^

    BalasPadam
  7. pemenang segmen kad raya dah diumumkan :)

    http://ikapukpuk.blogspot.com/2012/07/pemenang-segmen-kad-raya.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Baru je singgah. Dpt kad raya special tahun ni ;)

      Padam
  8. ekekek anak2 kann ..
    merekalah pengarang jantung kita dik
    ada lah juga teman kan ;)

    seronok dpt main2 haa .. kalau ke mall jumpe tmpt main macam nie sure budak2 suke ;)

    BalasPadam
  9. wah iman dok join sahur pose skali x??nnti mak cik iman bg duit raya lau pose ppenuh je heheh
    kak saya dh try gne link scan 2 dy oyak xd virus..cmne pulop ek

    BalasPadam
  10. seronoknya iman...!ajak ummi naik skali ye..hihihih...
    bab pasaraya tu..mmg pun..kebanyakannya semua tempat solat kcik2..

    BalasPadam
  11. seronok ye iman,nanti dh dpt meja studi tu lglah seronok kan..

    BalasPadam
  12. rajin dia bgn sahur, tgh cari meja study tuk dina jgak yg lama tu meja abc dah kecil. tk sesuai dah tuk dia.

    BalasPadam
  13. tak pernah sampai ctu,..setia alam.dekat meru ,klang..nnt kalau rajin..boleh ajak suami ronda2 nie...

    BalasPadam
  14. mmg seronok tgk budak2 naik benda ni. pantang nampak mesti nak naik.

    BalasPadam
  15. wah, suka iman naik kereta muzik yer

    BalasPadam
  16. tak sampai² lagi hihihihihi....

    betul tu setuju sgt psraya besar kdg2 ruang solat tu kecik jer kan... ni kalau besar oklah..

    BalasPadam
  17. eh kt mana city mall ni ..sy yg duduk dekat pun x pernah pergi nih..alahaii nampak sangat dh jarang keluar sy ni dh..:)

    BalasPadam
  18. iman sama dgn qalief klu nampak benda alah tu mau takmau kena main juga lah...qalief dah addicted benda alah tu...minggu ni keluar pun naik juga mainan tu hihihi

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...