بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 17 Julai 2012

Jalan-jalan Empire Shopping Gallery Mall

Assalamualaikum



Sabtu baru ni buat pertama kalinya kami mengunjungi Empire Shopping Mall Gallery yang terletak di SS16/1 Subang. Ramai juga orang datang sini. Parking dari level 1-3 penuh. Level 4 baru ada ruang.

Tujuan utama ayah iman nak beli kerusi dan meja untuk Iman di toys R us. Kat sini yang paling dekat. Malangnya meja dah habis jadi beli kerusi je dulu :(


Inilah dia kerusinya. Ada banyak warna. AI call tanya nak warna apa (iman tidur masa ni dalam kereta, kesian nak kejut). Tak nampakkan warna yang disebut, saya pilih warna biru.

Bila ayah masukkan kerusi dalam bonet iman dah jaga. Apa lagi kami pun jalan-jalan tengok dan cari barang yang nak dibeli. Akhirnya jumpa dan beli barang yang kami cari (iron board gedabak) dan bekas air warna biru (yang ada paip tu). Harganya murah berbanding yang kami survey sebelum ni.


Tahu tak apa ni? Ini adalah LeX Slide. World's Tallest Indoor Tube Slide. Terletak di aras 2. Siapa berani boleh cuba. Yang takut pun boleh cuba untuk hilangkan gayat bak kata AI. Lama juga berhenti di sini. Kebetulan ada 3 beradik nak cuba.


Harga tiket RM10 (1 slide), RM15 (2 slide). Lihat adik tu, lama juga ambil masa dia nak masuk. Akhirnya tak jadi sebab tak berani.


Di aras yang sama terdapat Kiz Sports & Gym. Luas dalamnya. Lupa nak ambil gambar ruang dalam ;) macam-macam aktiviti boleh dilakukan dalam ni. Mereka ada program yang telah disediakan.

Suka mall ni sebab mesra pengguna. Mungkin kebetulan apa yang dicari ada di sini.

Kami makan di Nyonya Colors. Banyak kedai makan lain di sini, jadi pilih je nak masuk kedai mana. Kat sini juga buat pertama kali kami makan marshmallow. Try yang bersalut coklat (lollipop marshmallow namanya) sedap. Iman pun suka. Gambar lepas ni baru nak upload. Suka tengok mulut dia yang comot tu ;)

p.s: AI nampak Ziana Zain duduk di kerusi sebelum nak masuk ke surau. AI cakap rugi lambat (masa tu saya kat surau) Saya memang suka dia sejak dia mula-mula nyanyi lagi. Kalau tak, ada gambar kak Ziana dalam ni ;)

17 ulasan:

  1. ala siannya dia tak dpt meja...xpe lain kali beli meja pulak...

    BalasPadam
  2. macam bez ja,,ayu tak pernah g lagi ;-)

    BalasPadam
  3. Dah setahun lebih saya tak ke mana2, bila ada rezeki nanti nak cuba slide tu ler...

    BalasPadam
  4. tak penah pi pun lagi Mall nieh...cantik gak...:)

    BalasPadam
  5. nampak mcm best mall tu...la sian iman dpt kerusi jer xper ada rezeki nanti dpt meja pulak hihi

    BalasPadam
  6. MQ pun tak pernah masuk empire lagi padahal dok subang je... Hahaha...

    BalasPadam
  7. ni mall yg pernah meletup tu kan?tak pernah pegi lg.juz lalu tepi hi-way je.slide tu menggerikan la.confirm takkan cuba.hehe...

    BalasPadam
  8. Iman dah khusyuk guna kerusi baru:)
    Suami pun tahu isteri dia suka Ziana Zain ye.

    BalasPadam
  9. besarnya mall ni.... mesti jenuh nak pusing kan.. ;-)

    BalasPadam
  10. Kerusi tu sama comey ngn tuan dia... :)

    BalasPadam
  11. banyak betul mall kat sana kan, besar2 plak tu dan yang pasti orang mesti ramai punya.

    BalasPadam
  12. mama isha pun tak pernah masuk mall ni..selalu gi subang parade je..:)
    ruginya tak snap pic ziana tu..mama pun minat dier jgk! hiks :p

    BalasPadam
  13. wah...mcm best je kak Lex Slide tu

    BalasPadam
  14. besar juga mall nya..tak pernag pergi lagi..kerusi dah kaler biru..meja pun kaler biru gak lah yer..

    BalasPadam
  15. wee..besrornyer mall dia... huhu... sape y btl berani leh naik lex slide tu..

    BalasPadam
  16. errr...lex slide tu..mnyeramkan.!

    BalasPadam
  17. takpe2. nxt time datang nak beli meja mesti ZZ ada jugak lagi tu. hehehe...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...