بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 12 Julai 2012

Gastrik

Assalamualaikum

Semalam hari yang kurang baik buat saya. Perut tiba-tiba rasa sebu. Saya minta tolong ayah Iman sapukan minyak angin. Lepas sapu tak lama lepas tu saya muntah. Keluar air sahaja. Rasanya cukup pahit.

Sebenarnya malam tu perut saya dah berbunyi-bunyi kelaparan. Memang ingat nak makan nasi walaupun sebelum tu dah makan. Tapi saya tertidur masa nak tidur kan Iman. Lewat sungguh dia tidur malam tu.

Rasa tak sedap hati sebab perut masih ada sisa-sisa rasa yang kurang selesa, maka pergi klinik dan doktor sahkan memang kena gastrik. Plan nak puasa pun tak menjadi.

Hari ni perut masih rasa tak selesa. Jadi google cari kenapa terjadinya gastrik dan cara mengubatinya sebagai panduan.

GASTRIK

Ulser peptic ditakrif sebagai luka kecil yang terjadi di bahagian usus, selalunya di bahagian duodenum (dipanggil duodenal ulser). Ulser ini selalunya banign (tidak menyebabkan berlakunya kanser). Bagaimanapun peratusan kecil ulser ini boleh menjadi malignant (akhirnya menyebabkan kanser).

Ulser didapati sering berulang-ulang terutama sekiranya bakteria H.pylari tidak dibunuh. Dalam erti kata lain, pengambilan ubat-ubatan selain daripada yang boleh membunuh bakteria H.pylori adalah sebagai langkah berterusan. Pesakit yang mengambil ubat untuk membunuh bakteria H.pylori selalunya (90%) tidak lagi mengalami masalah ulser selepas itu.

Bakteria H.pylori boleh berjangkit melalui air minuman dan pemakanan. Ia juga boleh berjangkit melalui air liur (seperti bercumbuan)

LANGKAH MELEGAKAN

Langkah-langkah untuk melegakan penyakit ulser perut ini termasuklah :

• Makan yang kerap.

• Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong.

• Minum susu.

• Rehat yang lebih.

• Jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser.

• Pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli harus ditambah. Sulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut.

• Ambil vitamin C 100gm untuk nemgurangkan kandungan nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser perut.

• Tambahkan zink dalam pemakanan untuk proses penyembuhan.

• Pengambilan probiotik (bakteria baik) hendaklah diamalkan.

sumber: www.kppk.com.my

Doakan saya sembuh sepenuhnya. Tak lama lagi nak puasa. Nak makan probiotiklah. Baru tau ianya boleh membantu. Masih banyak lagi stok probiotik di rumah yang hanya di buat hiasan :(

22 ulasan:

  1. Husband Myra ada gastrik, Gaviscon sentiasa dibawa kemana-mana, bila perut rasa tak selesa dia terus minum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum pernah cuba gaviscon. Nak beli sblm ni tp tak jd ;)

      Padam
  2. mg cpt sembuh..nnt nak puasa dah nie...

    BalasPadam
  3. Kakak kena gastrik teruk masa usia kakak 14 tahun. Sampai tak boleh makan nasi Rose. Kakak makan bubur dan quaker oat je masa tu.

    Gastrik memang susu tak boleh tinggal. Sebab itulah kakak sehingga kini sentiasa minum susu. Dulu kakak minum Nespray (masa sekolah), bila Anlene keluar terus tukar ini. Bila Omega keluar tukar dan kekal sampai sekarang..

    Dah nak puasa kena jaga Rose. Moga segera sembuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya baru2 ni je kena. Mkn tak teratur :( minum juga susu tp tak selalu. Ni dah sakit baru nk minum ;)
      Terima kasih kak.

      Padam
  4. probiotik tu mcm mana eh?brand ape?
    lg 1 gastrik juga boleh menyerang kalau kita stress.jd jgn stress2 ok!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kapsul. Cari di farmasi. Ada byk brand.

      Padam
  5. ada gastrik ye,take care, jangan lupa makan ubat

    BalasPadam
  6. dulu sy pun ada gastrik.. sampai muntah2lah tp skrg dah xda... sian UI.. dah la dh makin hmpir dgn bulan puasa kan...

    take care tau

    BalasPadam
  7. dah nak pusa ni.. jaga ye.. moga penyakit ni tak menyerang di bulan puasa nanti

    BalasPadam
  8. moga cepat2 sembuh tau~~~ dan jgn lewat mkn, nanti gastrik serang lg! take care

    BalasPadam
  9. klu gastrik tak boleh biar perut kosong kan..macam mama ayu tak makan ja msti gastrik ;-)

    BalasPadam
  10. uishh kalau betul gastrik , makan kena tepat masa .. x leh lengah2 .. dan kalau boleh kena tgk apa yg dimakan , x leh main makan aje kan ;)

    BalasPadam
  11. tq sgt berguna pada yg ada gastrik cam KA.. take care ye

    BalasPadam
  12. moga cepat sembuh UI. Kesian UI..sy paham perasaan seksa gastrik.
    pernah ada gastrik sampai muntah2. Tp skg dah hilang, sebab lapar je walau sikit, sy sebat je apa mknn yg ada.

    Jgn skip mkn ye..insyaAllah, harap time bulan puasa UI tiada lagi gastrik.

    BalasPadam
  13. semoga cepat sembuh.. :)
    jgn selalu mkn lmbat...
    sian iman, mesti dia sedih bila ummi dia xsihat...

    BalasPadam
  14. assalamualaikum ummi...menarik info ni...:)

    BalasPadam
  15. gastrik sgt menyeksakan.hukhuk

    BalasPadam
  16. siannya kat kak...semoga cepat sembuh yer dah la nk dekat bulan puasa dh ni....take care yer kak :)

    BalasPadam
  17. Lambat pulak sampai sini,siannya adik akak.Moga sentiasa sihat dan jgn lewat2kan waktu makan.Time puasa nanti masa sahur makan kenyang2 tau.

    BalasPadam
  18. akak ade gastrik ker??? boleh minum susu yer.. masa gastrik.. sy kalau sakit perut x blh minum susu nanti muntah .. selalu minum barli tak pun sirap suam..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...