بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 24 Julai 2012

Bangkit setelah jatuh

Assalamualaikum

Alhamdulillah tamat sudah puasa untuk hari keempat. Tiba-tiba rasa seronok pula update hari berpuasa ni. Kejap je masa. Tadi buka lauk sepatutnya untuk bersahur. Alhamdulillah masih elok. Berselera makan. Mana taknya terlajak kan. Bulan puasa ni sedih kalau membazir :(

Saja nak mengomel... bila kita jatuh mesti kita bangunkan? Ada ke yang dah jatuh tak nak bangun-bangun ;) duduk je lah kat situ. Apa pun tak dapat. Apa yang saya merapu ni.. saja nak bagi semangat untuk diri sendiri dan orang lain juga. Itupun kalau sudi. Sebenarnya ini sambungan dari entri sebelum ni. Pasal glitterati ditarik. Jangan susah hati. Tengok macam saya siap touch up apa yang patut lagi dalam blog ni. Dengan harapan, cepatlah status bertukar. Merajuk pula lah dia bila dimadukan. Sikit-sikit nak merajuk. Tak gentleman langsung ;)

Kalaulah en Nuff baca.. Lagi merajuk lah agaknya hihi.

Saja nak sentuh kisah yang ditunjukkan di televisyen dan berita baru-baru ni. Kerana cinta manusia hilang pertimbangan. Bunga bukan sekuntum, kumbang pun bukan seekor betul tak? Itu dari falsafah (betul ke guna perkataan ni)

Sebenarnya tepuk dada tanya iman (bukan iman saya ya) Sia-sianyalah perbuatan membunuh diri dan berdendam dengan orang semata-mata cinta di tolak. Kenapalah singkat sangat pemikiran. Tak tahulah nak kata apa dengan orang macam ni. Mungkin tak tahu apa itu redha agaknya.

Saya dulu zaman remaja, pernahlah juga kecewa (bukan cintan cintun sangat pun) biasa-biasa je. Tapi makin kecewa makin tinggi semangat untuk berjaya. Nak tunjuk lah kat kawan tu. Tanpa kau aku masih boleh berjaya. Malah makin berjaya :) (ada sedikit ego di situ)

Pilihlah nak yang mana ya... jatuh terduduk atau jatuh terus bangkit ;)


p.s: baca betul-betul baru ulas ok. Nanti tak faham apa yang saya cerita ;)

18 ulasan:

  1. xnaklah jatuh pastu kena berhempap2..! tntulah nak bangun.. :)

    dannnn..mmg xfaham manusia zaman skarang yg cepat sgt putus asa sebab kecewa...

    betul kata akak, kita dulu kalau kcewa itulah pbakar smgat untuk terus bangun dan berlari..

    sekarang...kecewa je nak bunuh diri..huhu...

    BalasPadam
  2. salam ummi iman...jadikn zaman kejatuhan itu sebagai pemabgkin semangat utk kita terus ke hadapan tuk berjaya...

    Jgn bila kita jatuh....tidak sekali2 kita terus jatuh trsungkur.Azam & semangat kena kuat...utk membuktikn jati diri.

    Klu ummi iman berminat dgn pemanggang tu..PM k.atie ya.

    BalasPadam
  3. biar jatuh tertiarap sekalipun..kita sebagai mahluk yang ada akal patut sedar untuk bangkit merangkak berjalan dan berlari semua menggapai impian..insyaallah..jika ia milik kita..pasti kita dapat..yg penting usaha kena ada..jgn dah jatuh,..terus tidur lena disitu...kan..

    BalasPadam
  4. kalau kecewa dan bgun semula utk mulakan yg baru takpe..ni kecewa yg negatif takmolah..

    BalasPadam
  5. jatuh bangun asam garam dalam kehidupan.apa yg ayu dapat blia jatuh dan bangun semula buatkan kita lebih matang.daapt pengalaman..bukan seang tu ;-)..salam 5 ramadhan dear

    BalasPadam
  6. assalamualaikum ummi...kecewa tu biasa tapi kena bangun semula menghadapi perasaan itu...:)

    BalasPadam
  7. macam mana sekali pun kita jatuh wajib bangun semula jgn terlalu lemah semangat

    pengalaman mematangkan kita dan membuat kita lebih berhati2

    BalasPadam
  8. bila jatuh akan mengajar kita erti untuk bersemangat kembali...sekali jatuh tak akan berkali-kali jatuh..

    BalasPadam
  9. walau mcm mana pun kita patut bangkit semula dr kejatuhan sebab kita perlu ingat masih ada lagi yg perlukan kita

    BalasPadam
  10. sudah jatuh ditimpa tangga haihh mintak jauhkan... tp kalau jatuh selalunya mestilah bangun blk...

    iyerlah sebenarnya ape yg berlaku pttnya mematangkan diri .. jgn sampai mkn diri kan...

    BalasPadam
  11. walaupun kite jatuh kite harus bgn smla bina keyakinan utk trus maju...

    BalasPadam
  12. Kalau dah jatuh duduk je tu memang otak atas lututlah Rose. Iman pun kakak rasa lagi pandai. Hari ini jatuh kat longkang dia pasti tak mahu lalu longkang itu lagi..

    Bangkit cari jalan utk lebih tegak berdiri...

    BalasPadam
  13. Sabar ye ummi iman.. jgn kecewa sgt tau!

    BalasPadam
  14. Jatuh bangun adalah asam garam dalam kehidupan. Setiap orang akan melaluinya. Setiap kali jatuh & bangun, pasti ada pengalaman & pengetahuan baru yg kita peroleh. Semua itu akan mematangkan kita utk terus menyelusuri kehidupan yg penuh onak & duri..

    BalasPadam
  15. pernah lalui zaman sgt kecewa. tapi bangkit atas kehendak diri sendiri. bkn sbb cinta jugak. hehehe...

    BalasPadam
  16. Salam,

    Mummy dulu kecewa sbb 'digantung tak bertali' lepas spm..heheehehe, cerita lama. Tapi kuatkan semangat dan jadikan ia sebagai semangat dan dorongan untuk masuk universiti, dan alhamdulillah,. berjaya

    BalasPadam
  17. org yg tiada iman jer sanggup hingga bunuh diri ni..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...