بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 13 Julai 2012

70 ribu malaikat mohon keampunan untuk kita bila baca surah ad-Dukhan

Assalamualaikum

Berkongsi ilmu dan sebagai rujukan dan panduan buat diri sendiri.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:-

"Sesiapa yg membaca surah ad-Dukhan setiap malam, tujuh puluh ribu malaikat mendoakan keampunan untuknya".
(riwayat imam at-Tirmizi)


Sumber: https://www.facebook.com/pages/Ustazah-Siti-Nor-Bahyah-Mahamood/


Rumusan:

Surah Ad-Dukhan (bahasa Arab:الدخان) adalah surah ke 44 dalam al-Qur'an. Surah ini tergolong surat makkiyah yang terdiri atas 59 ayat.

Dinamakan Ad-Dukhan yang bererti Kabut diambil dari kata Ad-Dukhan yang terdapat pada ayat 10 surah ini.

Menurut riwayat Bukhari secara ringkas dapat diterangkan sebagai berikut: Orang-orang kafir Mekah menghalang agama Islam dan menyakiti serta mendurhakai Nabi Muhammad s.a.w. sudah melampaui batas, kerana itu Nabi berdoa kepada Allah agar diturunkan azab sebagaimana yang telah diturunkan kepada orang-orang yang durhaka kepada Nabi Yusuf iaitu musim kemarau yang panjang.

Doa Nabi itu dikabulkan Allah sampai orang-orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana kelaparan. Mereka selalu mengadah ke langit mengharap pertolongan Allah. Tetapi tidak satupun yang mereka lihat kecuali kabut yang menutupi pandangan mereka.

Akhirnya mereka datang kepada Nabi agar Nabi memohon kepada Allah supaya hujan diturunkan. Setelah Allah mengabulkan doa Nabi dan hujan di turunkan, mereka kembali kafir seperti semula. Karena itu Allah menyatakan bahawa nanti mereka akan diazab dengan azab yang pedih.

Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Surah_Ad-Dukhan

8 ulasan:

  1. Insyaallah boleh diamalkan...thanks sharing yer kak :)

    BalasPadam
  2. TQ sharing dikkk
    insyaallahhh boleh jadikan amalan walau akk jarang dgr surah nie dibaca

    BalasPadam
  3. Perkongsian yg sgt baik. thanks

    btwn salam kenal...

    BalasPadam
  4. Perkongsian yg sgt baik. thanks

    btwn salam kenal...

    BalasPadam
  5. perkongsian sangat bermanfaat..tq dear ;-)

    BalasPadam
  6. perkongsian yang baik kak..
    terima kaseh ye sudi berkongsi.. :)

    BalasPadam
  7. Good info... Salam kenal... Follow u..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...