بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 10 Jun 2012

Wet World Pedas

Assalamualaikum

Dalam entri sebelum ni saya ada ceritakan yang saya dalam perjalanan ke Wet World Pedas, Negeri Sembilan. Ini kali kedua saya ke sini.

Pertama dulu sempena hari keluarga department saya masa bekerja dulu. Kira dah lama. Masa tu ayah Iman takde kat Malaysia. Jadi saya ajak famili saya. Masa tu seronok juga. Saya berendam di kolam air panas je dengan arwah abah dan adik saya.

Kali ni saya hanya menjadi photographer dan sekuriti jaga barang-barang berharga di bawah pokok sambil on iPad. Nasib baik ada mainan ni. Tak lah boring sangat. Lama juga menunggu diorang mandi dan tukar pakaian lagi. Adalah 2 jam lebih. Terasa bahangnya walaupun cuaca tak panas terik.

Ini antara gambar yang saya ambil. Yang jauh-jauh tu tak dapatlah nak shoot. Siapa nak jaga beg kan?


Dua orang budak kecil ni baru je tukar baju renang. Sama pulak baju diorang kan? Beza dari segi warna je.


Iman macam biasa seronok jumpa air. Mulanya tak nak naik pelampung tu tapi lepas tengok Nayli seronok duduk dalam pelampung tu dia pun nak juga.


Lihatlah Nayli yang pertama kali sebenarnya masuk kolam. Seronok dia sampai tak mahu keluar.


Iman cakap "hujan" bila duduk bawah cendawan ni ;) baju biru tu adik lelaki saya dan baju putih tu wife dia.


Gambar berakhir bila diorang dah masuk dalam sungai ni ;)

Sebenarnya yang seronok budak-budak kan. Saja nak bagi diorang rasa main air di kolam yang cantik ;)

13 ulasan:

  1. wahhhh iman sukanyerrr main air hihi

    BalasPadam
  2. ok tak kt Pedas? tak pernah sampai lagi

    BalasPadam
  3. memang anak-anak seronok. tp kalau join sekali pun seronok jugak kan? hehehe...

    BalasPadam
  4. suke main la klu budak2 cm ni..hihi

    BalasPadam
  5. seronoknya iman main air :-)

    BalasPadam
  6. bestnya tengok iman main air..

    tak pernah sampai sni lg

    BalasPadam
  7. besh nya main air..suka2

    BalasPadam
  8. wahhh....syoknya iman..!
    comel pelampung iman.. :)

    BalasPadam
  9. budak2 dapat main air apa lagi kan..hihi..

    BalasPadam
  10. syoknya iman main air...
    dah lama tak bawak dua beradik tu mandi kolam... pasni bertambahlah sorang lagi...buat teman mani air

    BalasPadam
  11. besnyer men ayaq (^___^)
    aloloo.... lama is xmai sini, mai angin xbopa nak rajin... keh3 (^___^)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...