بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 4 Jun 2012

Takziah Yasmin Hunwick

Assalamualaikum

Hari ni buka Twitter dan terlihat banyak Twitter mengenai Yasmin Hunwick yang dikatakan meninggal dunia malam tadi kerana kemalangan jalanraya. Dua orang kawan yang sama-sama membonceng motosikal juga turut terkorban iaitu Arwah Nur Hazwani dan Arwah Nur Ainaa Apiqah. Kejadian berlaku dalam perjalanan pulang dari rumah kawan setelah mengulangkaji pelajaran.

Saya tertarik untuk mengenali beliau berdasarkan apa yang mereka tulis di Twitter. Ramai yang twit mengenai berita tersebut.

Saya ucapkan takziah ke atas keluarga arwah. Semoga tabah menghadapi ujian dari Allah. Allah lebih menyayanginya. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insyaallah. Amin.


Gambar ni diambil dari blog arwah Yasmin

Saya terjumpa blog beliau selepas klik nama beliau di Twitter. Ini alamatnya http://misschronicz.blogspot.com/. Dalam blognya terdapat biodata mengenai diri arwah. Update terbaru pada hari Sabtu. 2 Jun 2012 dan twitternya pula masih berupdate semalam.

Teringat melihat arwah adik yang pergi sekelip mata depan mata. Ajal maut ditangan Allah. Dah tiba masa Dia menjemput kita. Hargai setiap masa yang kita ada. Semoga kita sentiasa bersedia menghadapinya. Renungan untuk diri sendiri.

Update: kini blognya di update oleh ibubapa arwah.

16 ulasan:

  1. AL-FATIHAH MOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT...

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah untuk arwah..

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah buat adik Yasmin semoga roh nya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman. Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Nya.

    BalasPadam
  4. Takziah buat keluarga mereka. Al-fatihah. Moga rohnya tenang di sana.

    BalasPadam
  5. Al-fatehah....!

    yang hidup pasti akan merasai mati..

    cuma tggu masa je..bila..? Hanya ALLAH maha mengetahui...

    BalasPadam
  6. baca terbaca pasal arwah di twitter..

    takziah..


    http://kalampatah.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. ooo yasmin ni blogger..

    al fatihah utk arwah...

    BalasPadam
  8. Takziah buat keluarga Arwah Yasmin.
    Al-Fatihah..

    BalasPadam
  9. al fatihah..muda2 sudah dijemput Ilahi..msg2 menunggu gilirannya cuma kita tak tau bila masa kita..

    BalasPadam
  10. Yasmin eksiden bersama - sama kawan - kawannya. Tiga orang. Perempuan. Ketiga - tiga meninggal di tempat kejadian.

    BalasPadam
  11. Al-Fatihah buat blogger misschronicz

    BalasPadam
  12. Al fatihah buat arwah..

    ps: klik tajuk ni dari sidebar UI sbb tak kenal siapa Yasmin. Rupanya blogger juga ya..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...