بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 23 Jun 2012

Sokong apa pasangan lakukan

Assalamualaikum



Bila hidup berpasangan segala apa yang dilalui pasti akan cuba dikongsikan bersama. Saat suka duka, pendapat, kerjaya, tenaga dan soal mendidik anak-anak. Mungkin banyak lagi tapi saya ambil yang penting je.

Keutamaan dalam rumah tangga adalah sikap bertolak ansur dan bertimbang rasa, bertanggungjawab dan saling membantu.

Jika kita tak sokong apa yang pasangan kita buat siapa lagi. Sokong yang baiklah kan. Selagi ianya tidak menyusahkan pasangan masing-masing. Jika ada sokongan moral dari pasangan mungkin terasa ringan beban yang dipikul dan pasangan juga turut bersemangat melakukan apa yang mereka suka.

Kalau tak diberi peluang mana tahu boleh berjaya atau tak. Jangan terlalu memandang rendah terhadap pasangan masing-masing. Beri peluang. Bukannya sekali cuba boleh terus berjaya. Perlahan-lahan kayuh dari bawah. Yang penting keikhlasan dan redha apa yang mereka buat. Mungkin di situ akan timbul keberkatannya. Selagi tidak bercanggah dari ajaran agama.

Jangan bila dah berjaya baru nak nampak ;)

10 ulasan:

  1. Tapi kalau dah pasangan tu buat benda tak baik,kita janganlah sokong.^^

    BalasPadam
  2. itulh adat berpasangan,saling tolong menolong apa jua mslah n selalu sokong apa yg terbaek..:)insyaallah akn sllu bahagia..amin:)

    BalasPadam
  3. betul tu wani setuju...hidup berpasangan ni kena saling soko menyokong :)...tp sokong benda yang baik jer lah hihihi

    BalasPadam
  4. itu semestinya..!
    bygkan hidup berpasangan tapi bergerak sendiri..!

    tak ke pelik namanya tu..

    BalasPadam
  5. saling berganding bahu mgo sepanjang masa begitu

    BalasPadam
  6. Setuju tu UI.
    Sentiasa bertolak ansur dan memberi sokongan kepada pasangan kita.

    BalasPadam
  7. a'aa kita patut sokong psgan kita... xcuba xtau.. :-)

    BalasPadam
  8. betul tu,kena sokong..kalau kita tak sokong,siapa lagi nak sokong.betul tak?

    BalasPadam
  9. betul tu.... setuju sangat.... (^______^)v

    BalasPadam
  10. btol.. sokong asalkan x melanggar syarak. hehe

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...