بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 21 Jun 2012

Selamat ulangtahun ke-2 Iman

Assalamualaikum

Semalam merupakan ulangtahun kelahiran yang kedua buat buah hati saya dan ayahnya IMAN. Harapan setiap ibubapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Harapan kami agar Iman sentiasa sihat walafiat, dan cepat belajar serta faham apa yang boleh dan tak boleh dia lakukan.

Maklumlah sekarang ni Iman suka tarik rambut sepupu-sepupu dia. Mana dia belajar pun tak pasti. Iman jenis yang cepat meniru. Sekali tengok dia terus buat. Sebab tu memang kena jaga sangat pergaulan dan mata dia dari tengok perkara-perkara yang tak elok. Kecil lagikan dia tak dapat nak beza. Apa pun saya sentiasa nasihatkan dia.

Semalam tiada yang special sangat untuk Iman. Sebab ayah Iman memang tak bagi buat majlis jemput orang untuk sambut birthday. Setakat beli kek bersama famili oklah. Masa dia umur setahun kami tak buat apa-apa pun. Lagi pun masa tu dia masih tak tahu apa-apa.

Berbalik hal semalam. Kami bawa Iman pergi Parkson. Cari kasut dia, sambil tu saya sempat ambil t-shirt warna purple (teringin tengok dia pakai warna ni) dan ayah dia ambil kapal terbang mainan. Iman suka sangat kapal terbang. Ummi pun sempat juga beli kasut ;) jangan tak tahu ada sandal je ummi dia ni. Itu pun kasut bukan tutup penuh. Tak pandai nak pakai yang jenis full ni. Tak selesa :)

Lepas balik dari Parkson di Klang Parade, terus ke kedai gambar. Kami ambil gambar studio. Baru pertama kali. Seronok tengok Iman yang mesra kamera. Kami ambil gambar Iman sorang pula lepas tu. Terkejut tengok dia beraksi. Dah macam model cilik pula ;) rugi tak ambil gambar dia masa dia bergaya macam-macam tu. Dah last baru nak ambil. Pandai sungguh. Ruginya tak ambil video. Tunggu je lah hasil gambar kami bertiga dan Iman. Lambat siap. Frame yang kami pilih takde stok.

Selesai bergambar kami pergi hospital sungai buloh. Alhamdulillah tok ayah dah mula sedar. Ayah Iman pergi sorang. Iman tidur masa ni. Lepas tu terus ke langat jumpa mama Iman pula.

Lepas je makan malam kami pun bergerak balik. Semalam perut Iman tak berapa selesa. 3 kali muntah. Tak tahulah kenapa. Dia tak demam cuma selsema. Lambat nak baik. Baru ni macam nak kering. Tiba-tiba semalam heavy balik. Cuba bagi ubat homeopati pula. Sebab dia macam ada alahan.

Ini antara gambar yang dirakamkan semalam.


Bersama kapal terbang dan kasut baru ;)


Iman in purple :) mula ayah macam tak suka. Bila dah pakai ayah Iman kata "ok juga pakai warna ni"


Ini bila dah habis gambar Iman diambil. Bila ummi nak ambil gambar dengan mainan ummi ni susah pula. Ya lah ummi guna mainan je. Uncle tu guna kamera besar ;)


p.s: hari ni nak pergi beli kek dan ambil adik serta anak-anak dia pergi rumah mak. Nak bagi Iman happy sikit dan simpan memori bersama kek di usia Iman 2 tahun ;) tak plan awal-awal jadi susah nak tempah kek khas untuk dia. Call kawan. Dia kata kena ambil masa 3 hari. Tak sempat nak buat. Berangan lah nak kek ada bola. Sebab Imankan suka bola. Tunggu tahun depan lah. Insyaallah.

22 ulasan:

  1. hepi besday iman..semoga menjadi seorang anak yang soleh..amin :)

    BalasPadam
  2. slmt ulangtahun iman... mg mmbesar sbgai ank yg soleh.. ;-)

    BalasPadam
  3. iman yang commel!!acik ayu ucapkan selamat hari lahir..moga terus menjadi sinar ayah dan ibu iman..hehe

    BalasPadam
  4. Happy birthday Iman.. terus jadi buah hati ayah dan ibu ye! luv muah3

    BalasPadam
  5. selamat hari lahir iman moga dipanjangkan umur dan murah rezeki ayah dan ummi... kek yg ade bola tu banyak dah terjual cuma kene rajin cari jer.. yg siap ade pdg gol pun kami pernah jumpe.. tp x pernah belikan pun kat amir.. sebab takut x termakan.... iyerlah hiasan cantikkan syg nak potong.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah..happy 2th birthday iman! semuge membesar sebagai anak hebat yang diredoi Allah dan Rasul! saham buat ummi n abah ;)

    BalasPadam
  7. Selamat ulang tahun ke2 buat iman. Semoga membesar sebagai anak yg soleh, diberi kesihatan yg baik, cemerlang didunia dan akhirat. Amin

    BalasPadam
  8. selamat hari jadi iman n papa dier sekali..=)

    BalasPadam
  9. selamat ulangtahun ke-2 ima..moga sentiasa diberi kesihatan yg baik..wah..iman pakai purple la..acik fieda suka tau..maira tu habis saya belikan baju dia kaler purple..padahal dia minat pink..ikut selera mak plk..hihi..

    BalasPadam
  10. happy birthday iman! moga terus membesar menjadi anak yg soleh dan cerdik ye...

    BalasPadam
  11. alhamdulillah happy 2nd besday iman... moga membesar menjadi anak yang soleh buat ummi dan ayah

    BalasPadam
  12. Syukur alhamdulillah Rose... Iman anak yg cerdik dan comel. Kalau keluarga kakak biasa anak bila meningkat usia kadang kena sedikit demam atau seperti batuk/selsema/cirit dsb. Itu hormon membesar kata org tua-tua. Jgn risau sangat...

    Selamat ualangtahun ke 2 Iman sayang. Auntie suka lihat gelagat Iman.:)

    BalasPadam
  13. selamat ulantahun kelahiran Iman..!
    moga membesar dengan sihat dan cergas..!
    nanti besar belajar pandai2 dan jaga ummi dan ayah ye.. :)

    BalasPadam
  14. selamat ulang tahun iman.. mkn comel dia...
    semoga iman mnjdi ank yg solleh

    BalasPadam
  15. Selamat hari lahir iman..semoga menjadi anak yang soleh yang dpt membahagiakan ibu dan bapa :)

    BalasPadam
  16. happy birthday Iman. Moga menjadi anak yang soleh..

    BalasPadam
  17. HAPPY BIRTHDAY IMAN....semoga sihat selalu & jjgn notty2 ya.imanmmg budajk yg sgt comel..tambah2 pakai t'shirt purple tu!

    BalasPadam
  18. saya takdelah pandai buat kek sangat pun ikut mood dan kerajinan.. tapi tepung kek coklat sy ade jual, klu kak rose berminat nak beli blhlah hihihihi.....

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...