بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 14 Jun 2012

Ole-Ole dari Kelate

Assalamualaikum

Cuti sekolah baru ni sepupu ayah Iman balik Kelantan. Jadi ayah Iman minta tolong beli beras Thailand kat dia. Kebiasaannya sepupu ayah Iman pasti beli beras Thai/Siam tu.

Sebelum ni ayah Iman siap perli-perlilah abang dan mak dia yang suka makan beras Thai tu. Dia kata semua beras sama je. At last dia pula yang teringin. Tu la..;)


Macam-macam sebenarnya ada. Yang dah biasa dengan beras Thai je tau cap apa yang sedap.

Mak mertua saya memang beli beras Thai je. Dulu pun dia berniaga beras. Memang mahir lah kot bab-bab beras ni.

Bila ayah Iman ambil beras tu di rumah sepupu dia ianya percuma.. tak perlu bayar. Harga beras tu RM30. Rezeki :)

Semalam dapat pula ole-ole dari To'ki Iman. Anak angkat to'ki balik Kelantan juga baru ni maka to'ki Iman kirim telur masin dan sambal lada. Terharu sungguh orang ingat kat kita. Sejak puji sambal lada tu sedap. Ini kali kedua kami dapat :) memang sedap. Buat sendiri tak jadi-jadi ;) malu je...


Mesti isteri anak angkat to'ki Iman yang buat ni... banyak pula tu bagi ;)


yang ni pun sama.. mesti kak Mah yang buat. Kak Mah ni pandai masak.

Terima kasih lah pada mereka yang memberi ole-ole ni. Susah-susah je ;)

17 ulasan:

  1. UI mak kite pun ceewaet beras ;)

    BalasPadam
  2. biasanya beras siam kt sini RM40/10kg, kalu kt kg dpt le RM 36.. kalu dah biasa, beras biasa rasanya tak ngam dengan anak tekak ini..

    BalasPadam
  3. telur masin dan sambal lada tu klu mkn dgn nasi kerabu pun sedap kot :)...wani beli pemanggang ajaib tu kat mak sedara dia beli kat syarikat menang glassware :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ya ke.. nak bodek2 ayah Imanlah suruh beli ;)

      Padam
  4. dulu ayu pun makan beras siam..sedap..hehe

    BalasPadam
  5. telo masin yg sedap tu.. hihii

    BalasPadam
  6. wah..rezeki jgn di tolak..!
    sambal tu, kalau kena air tgn org yg mahir, mmg sedapp..!

    BalasPadam
  7. kalau ema balik kelantan..konpem beras dan beras pulut akan bawa balik KL..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..rezeki...
    sedapnye tgk sambal tu...

    BalasPadam
  9. Telur masin buat sendiri tu sedap,tak berapa masin sgt.

    BalasPadam
  10. wah...semua barangan terbaik... pasal beras thai tu memang sedap pon.. nasi jd gembur je..dan beras panjang2...buat nasi kerabu memang sedap!

    BalasPadam
  11. apa beza beras siam?

    sy dah follow akak =) jom follow saya =) tq ek
    http://nlylyn.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam yg blogger Khamsi beritahu... Itu lah bezanya ;)

      Padam
  12. ole2 yg best... dah lama tak makan telur masin...

    BalasPadam
  13. telur masin ke tu?? mak saya pun selalu buat sendiri.. anak bertuah ni amik jer... nak buat malas hihihihi

    BalasPadam
  14. hehe banyaknya ole2 dr klantan..^^

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...