بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 8 Jun 2012

Nikmat sakit

Assalamualaikum


gambar sampingan. Seronok selagi boleh melihat keindahan alam ciptaan Allah.

Entri ni dah lama masa saya demam hari tu. Baru nak publish. Kebetulan badan dalam proses pemulihan lagi. Bila diri dilanda sakit, tiba-tiba terfikir tentang nikmat sakit. Seronok ke bila dapat sakit?

Bila sakit itu tanda Allah sayang. Tapi ada juga sakit disebabkan diri sendiri tak jaga kesihatan ;)

Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadits kudsi Allah berfirman. "Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerna Aku ingin mendengar rintihannya."
(HR Thabrani dari Abu Umamah)

Bila jumpa hadis ni, rasa legakan.. Allah bagi hadiah ;) Secara jujur bila tak sihat yang sentiasa dalam ingatan adalah Allah. Insaf dan berdoa agar Allah beri kekuatan dan peluang untuk perbaiki apa yang kurang.

Bila sakit dah tentu pasangan kita lebih prihatin kepada kita. Masa ni minta apa pun mereka sanggup tunaikan ;) di sinilah wujud ujian kasih sayang. Kadang perkara yang kita tak suruh pun mereka buat. Betul tak? Kalau dapat pasangan yang buat tak tahu bertambah sakit pula jadinya ;)

Sebenarnya kita belum tahu tahap keikhlasan dalam perhubungan jika tidak ditimpa sebarang ujian. Adakah kita mampu menghadapinya walau sesukar mana pun keadaan bersama pasangan kita.

Kagum bila melihat suami atau isteri yang menjaga pasangan mereka yang terlantar. Bukan sementara tapi selama hayat mereka masih ada.

Malam semalam pergi klinik lagi cari penyelesaian masalah pada selsema yang tak lepas sebab pekat dan sudah bertukar warna. Jangan bayangkan. Tak lah teruk mana tapi badan jadi lemah, selera makan pun takde. Jadi kena makan antibiotik lagi untuk 5 hari. Tak suka ubat :( tapi dah tak baik kena makan juga. Ayah Iman ada belikan vitamin. Sayang juga kat isteri dia ni ;)

Semoga kalian sihat-sihat sahaja hendaknya. Jaga diri ya!

p.s: dalam kurang tenaga ni pun esok nak join adik ipar saya yang beriya ajak untuk beramai-ramai ke Wet World Pedas. Balik tu saya plan nak ke rumah Wan Induk (mak saudara mak saya) di Melaka untuk berurut. Bila dah biasa urut macam ni lah, badan asyik minta je. Siapa yang tak biasa tu jangan amalkan. Nanti badan ketagih ;) saya ni banyak sejarah yang memang kena urut. Setakat ni biarlah rahsia ;)

11 ulasan:

  1. bercuti juga boleh mengubati sakit...

    BalasPadam
  2. Sambil bercuti boleh manjakan badan. Urut badan kalau dah selalu memang ketagih Rose. Tapi tak apalah ketagih urut bukan dadah hihi...

    BalasPadam
  3. betul tu bileh dah berurut.. mestilah nak berurut selalu kalau demam, anak sy pun kalau demam mcm tu.. dah urut barulah ok....

    BalasPadam
  4. get well soon kak...:)

    n thanks for the wish.. Mintak2 My dipermudahkan... :)

    BalasPadam
  5. ujian Allah..
    ada rahmat disebalik kesakitan..

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. semoga UI sembuh sepenuhnya...sy if ad husband di sisi akan jd amat manja time sakit..klo dia tak de, boleh jer gagahkan diri buat sume bende sendiri..huhu

    BalasPadam
  8. raain yg ckp klu biasa urut mmg ketagih.sy tak pernah urut sbb sy penggeli.urut pun time lepas bersalin jer.hehe..

    slmt bercuti n cpt sembuh ye ummi iman..:)

    BalasPadam
  9. tapi ada jugak time sakit marahkan Allah. mmg lemah semangat sikti kalau demam kan? banyak benda tak boleh nak buat.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...