بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 21 Jun 2012

Nak tukar akaun tabung haji pula

Assalamualaikum

Terima kasih kepada semua yang meninggalkan ucapan buat Iman sempena ulangtahun kelahirannya semalam. Harap Iman tersenyum bila dia boleh membaca kelak dan terharu membacanya :)

Semalam semasa singgah masjid solat maghrib terdengarlah ustaz yang beri ceramah tu beritahu bahawa negeri Selangor dah keluarkan fatwa bahawa ASB tu haram. Saya baru 3 tahun rasanya buka akaun ASB ni. Sebelum tu nak buka was-was sebab dengar haram. Bila ada yang kata harus. Beranilah buka. Tapi setakat ni duit dividen tu saya tak makan tapi beli barang.

Lepas dengar ceramah semalam tu rasa tak sedap pula. Ingat nak tutup akaun saya tu dan akaun ASN Iman sekali. Buka akaun tabung haji pula. Akaun Iman tu tak sampai setahun pun lagi. Plan nak buka ASD tapi dah penuh, tu yang buka ASN. Rasanya buka akaun tabung haji lagi selamat dan senang hati. Mana tau ada rezeki esok-esok boleh jejakkan kaki ke Mekah. Saya paling takut termakan rezeki yang tak halal.

Boleh rujuk info di sini
http://www.muftiselangor.gov.my/PortalFatwaSelangor/html/Download/Keputusan/KeputusanFatwa2011/KEPUTUSAN%20ASNB%20BARU.pdf

Susah juga nak bermain teka-teki ni. Lebih baik cari yang betul-betul dan tiada unsur ragu-ragu atau was-was. Hati senang jiwa tenang tak gitu?

11 ulasan:

  1. yeke ASB haram..?
    ermm..musykil sekejap...

    nanti nak cuba tnya UAI.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tanya ke cik nur? Akak ada jumps di YouTube ustaz Azhar Idrus beritahu bila tak pasti di mana duit tu dilaburkan. Ada unsur ragu-ragu di situ baik tak payah buka.

      Padam
  2. xtau pulak ASB haram...
    wani buka akaun tabung haji kat qalief :)

    BalasPadam
  3. sy pernah terbaca juga fatwa ni... kalau tak salah sy yg haram tu.. yg asb join dgn bank.. mcm kt pinjam dekat bank tp ats nama asb.. disitu mmg ade unsur riba.. yg kt simpan terus ke akuaun asb insyaallah xde ape2.. sbb tu mmg simpan kt bukan melalui bank.. ;p

    BalasPadam
  4. aah tukar lah dikk
    kalau dah tahu haram kan
    akk memang x pernah buka ASN @ ASB nie .. sbb dah lama tahu
    elok sgt buka acc t.haji tuu ;)

    BalasPadam
  5. yeke..ayu pun ada akakun asb ni.huhu...tkut plak bla bca..huuhuh7

    BalasPadam
  6. Pasal ASB banyak sgt pendapat tentangnya. Dan ramai tak tahu tentang fatwa tu. Jalan selamat, marilah kita tukar. Setuju dgn UI, Tbg Haji tu lagi 'selamat'. Ibu Yusuf pun dah 'buat dek' dgn akaun ASB dia..

    BalasPadam
  7. lah ingatkan komen kite keluar..bagus tu UI..macm kite muhammad 3 bulan lahir, sumabngan orang dah 1300 lebih.bukak akaun n terus daftarkan haji utk die..insyaAllah pnjg umo ikut umo muhammad layak pegi haji mase umo die 26..cepat dftarkan iman! hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Murah sungguh rezeki Muhammad. Insyaallah. Dalam proses ;)

      Padam
  8. tu la dari dulu dgr pasal ni..sng cite baik kita ambik jer yg mmg betul2 tak diragui kan rose..

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...