بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 19 Jun 2012

Mood Iman kurang baik

Assalamualaikum

Iman baru tidur beberapa minit yang lalu. Tak tahulah kenapa hari ni mood dia tak baik. Asyik merengek je. Semua tak kena. Sampaikan extension plug tu pun dia tolak-tolak marah. Tak pernah buat macam tu. Esok birthday dia. Terlintas fikiran nakal dalam kepala agaknya masa ni perut mama dia dah mula sakit-sakit. Dia pun dah mula tak selesa duduk dalam perut agaknya ;)

Mata dia mengantuk dari sebelum zohor lagi tapi ditahannya. Biasa memang dia akan tidur lepas azan. Tapi masih juga tak tidur lepas azan zohor. Akhirnya saya tinggalkan sahaja dia naik atas. Terdengar dia merengek-rengek dan akhirnya tertidur sendiri. Kalau tidak susahlah ummi dia nak mandi dan solat.

Tadi minta nak akim.. tangan tu dah boleh capai peti ais bahagian beku. Nak dipanjatnya ambil aiskrim. Saya pun suaplah kat dia dan suap mulut sendiri. Dah lama lepas tu baru saya perasan yang saya puasa. Kelakar betul. Tapi saya nekad teruskan juga puasa. Sebab saya memang betul-betul terlupa.

Nak masuk dua tahun ni banyak dah perkataan yang dia pandai sebut. Kadangkala kedengaran macam orang tua. Suka dengar ayat "adoi sakitla" :) kena apa-apa, jatuh ke masa dia main mesti sebut. Kadang tu sebut "aduuuh". Beriya je bunyinya.

Suka bab ringan tangan dia tu. Kalau kita buat apa semua dia nak buat juga. Kalau dah main, bersepah-sepah, saya selalu suruh kemas balik. Kalau dia lambat-lambat tu saya akan cakap terima kasih. Laju lah dia buat. Perkataan terima kasih tu lah penyelamat dan buat dia kalah dengan saya ;)

Kadang dia sendiri cakap "kemas". Bila nak keluar rumah dia pastikan semua suis dah tutup. Biasanya dia akan tolong tutup suis tv. Bab ambil tudung ummi dia usah cakaplah. Tiap kali nampak ummi dia dah mandi, kadang belum mandi pun dia akan ambil tudung suruh pakai. Nak berjalanlah tu. Ayah dia yang rajin bawa keluar. Ummi memang malas lah kalau tiada hal ;)

Dia paling tak suka tengok saya tanpa cermin mata. Teringat ayah dia masa berkahwin dulu. Masa tu saya tak pakai cermin mata. Dia bisik kat telinga. Pakailah cermin mata ;) masa tu tak terfikir pun nak pakai contact lens. Teraba-raba jugalah. Bila AI suruh pakai. Saya pun terus pakai ;)



Saja letak gambar ni... gambar diambil beberapa hari yang lepas. Dia ambil kertas ni dalam laci dan dengan semangatnya berlari baring atas kerusi ni baca. Kelakar terbalik lah Iman kertas tu. Pertama kali dia buat macam ni. Iman memang suka membaca, walaupun dia tak pandai lagi membaca. Harap minatnya tu berterusan. Insyaallah. Ummi dan ayah tumpang gembira.

21 ulasan:

  1. selamat ulangtahun kelahiran Iman..!
    dah dua tahun dah... :)

    dia rengek2 nak besar dah la tu, sebab esok besday dia...

    apa hadiah ummi iman bagi ye.. :)

    puasa tu, boleh di teruskan, sebab akak terlupa..hihihihi...lepas ni kena lebih hati2..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. T.kasih cik nur. Belum fikir hadiah apa ;) tulah kenalah beringat.

      Padam
  2. budak2 mcm tu lah.. but kita kena sentiasa supportlah1

    BalasPadam
  3. budak2..biasa la tu kak :))
    cam dh kawen je ika nie.ahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) tak kahwin lg pun mesti tgk ragam adik atau anak org lain kan?

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. esok besday iman sbb tu dia banyak ragam hr ni..hihi..hepy besday iman...ummi kasi hadiah apa yer

    p/s:-komen pertama terpaksa delete sebab taip tak dan habis terpublish pulak hihihi...maaf yer ummi iman :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe ;) kdg saya pun mcm tu. Belum fikir nk bg hadiah apa

      Padam
  6. byk ragam sbb nak sambut bsdaylah tu.. hihii

    BalasPadam
  7. iman...heehhe..anak2 mmg ragam nya tak dapat dijangka...sabar jelah..

    BalasPadam
  8. Ada daapt tak komen sebelum ni? Sbb tadi tetiba dia hilang..huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hheeee, maaf ye kak, komen awai tadi nak cakap akak tergoda dengan akim ye sampai terlupa kata posa :)

      Padam
    2. Tulah.. Tergoda dgn aiskrim vanila coklat ;)

      Padam
  9. Ooo..meragam nak tukar tahun ye..
    Happy birthday iman.. jd anak yg soleh ye..~ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. T.kasih mummy greeny? Insyaallah

      Padam
  10. As salam Ummi Iman,

    Esok birthday Iman ye! Happy Birthday! Semoga menjadi anak yg soleh :))

    Comel je baca ttg Iman ni, mmg gitulah agaknye budak yg nama Iman ni... Tak reti dok diam... Tanda dia sihat tu kan :))

    Tahun ni abg Iman nak masuk 3 thn pd bulan 8 nnt... Insya'ALLAH... Ummi doa both Iman will be good good & fine young man dah besar nnt... Amin :))

    BalasPadam
  11. meragam ye iman. biasa la budak2. ada masa banyak karenah tu la yang buat ala2 rasa geram tuh. hehehe...

    BalasPadam
  12. besday iman ye..aii..dekat2 jer dgn acik fieda ni...

    BalasPadam
  13. dia merenggek ni sebab selsema tu kot.... selalu budak² meragam ni mesti sebab tak selesa dgn badan dia org...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...