بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 18 Jun 2012

Melaka lagi..

Assalamualaikum

Hari Sabtu baru ni kami pergi Melaka, mak dan kakak mak yang sulung ikut sekali. Kami pergi rumah wan induk. Tujuan utama nak mengurut. Kali ni saya sorang je yang urut.

Urut kali pertama sakit-sakit badan. Sakit tu sebab bongkah urat. Tahu ke apa tu bongkah urat? Bongkah urat maksudnya kedudukan urat yang tak betul dan bermasalah sudah dibetulkan. Wan induk ni memang pakar betulkan urat. Sebab tu jauh pun sanggup pergi. Ramai juga orang jauh-jauh ambil dia mengurut.

Kali kedua ni dah ok. Tak sakit. Badan pun rasa dah mula bertenaga ;)

Kami pergi malam Sabtu. Lewat juga sampai dalam pukul 12 malam. Kesian wan mengantuk tunggu kitorang ;)

Pagi ahad lepas sarapan saya pun mula urut. Lepas urut pergi pula ke kebun limau kasturi wan. Seronok kan duduk kampung macam-macam pokok buah ada. Tapi buah mata kucing dan rambutan wan masih belum masak :(


Pergi kebun pun bawa iPad ;) dari kiri mak long (kakak mak), wan induk (mak saudara mak) dan last sekali mak saya ;) banyak kemuncup dan pokok semalu tu yang tinggi angkat baju. Cover sikit nampak kain dalam ;)


Lihat pokok limau kasturi yang banyak ni..


Acara memetik limau kasturi. Bukan petiklah sebab guna gunting dan pisau ;). Banyak yang dah masak dan ada yang besar-besar. Geram tengok. Habis kitorang kerjakan ;)


Inilah hasilnya. Satu plastik pasaraya yang besar. Nampaknya asyik buat air limau jelah mak saya. Bagi-bagi juga pada jiran dan anak-anak dia.


Iman pula sibuk petik bunga ;) dia dan ayah tak ikut pergi kebun. Awal-awal lagi dah keluar pusing-pusing dan beli lauk. Masa ni dia cakap pusing-pusing. Tu yang panjang muncung ;) Pandai pula petik bunga tu dan pusing-pusingkan guna jari dia.


Lepas makan tengahari dan solat zohor kami pun gerak balik. Sebelum tu singgah Tanjung Bidara tengok apa yang ada. Pertama kali sampai ;) kecil je kawasannya.


Banyak monyet kat sini. Ralit tengok. Siap curi makanan orang lagi. Iman tidur masa ni kalau tak mesti dia pun ralit tengok.


Balik dari tanjung bidara singgah beli coconut shake dan kuih muih. Sedap juga. Ini kali ketiga minum. Kali pertama di pantai klebang, Melaka. Kedua dekat dengan econsave Pendamaran. Rasa semua lebih kurang je tapi yang paling best di pantai klebang. Sebab halus je. Harga rm2.50 (special) tapi dekat rumah ni harga rm3.50. Kalau yang biasa kurang 50 sen.

Sampai rumah mak maghrib. Berhenti solat dan mandikan iman lepas tu terus balik rumah.

p.s: jagalah kata-kata agar tidak menyakiti perasaan orang lain lebih-lebih lagi ketika sedang marah. Marah adalah sifat mazmumah (sifat yang di keji dan di tegah dalam agama).(kata-kata sampingan sekadar untuk peringatan)

Belum sempat BW. Nanti saya singgah ya. Terima kasih pada yang singgah di sini.

21 ulasan:

  1. Assalam UI.
    Sedapkan dapat berurut satu badan,masa urut tu mmg rasa sakit sikit,lepas tu ringan aje badan,segar dan bertenaga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Tang urat yg tak betul je rasa sakit. Bila dah dibetulkan hilanglah masalahnya

      Padam
  2. banyaknya limau kasturi hihihi...

    BalasPadam
  3. mmg best dpt berurut kan..lega je rase badan..

    BalasPadam
  4. wah..seronoknya jalan2...!
    umah nur ade byk limau, mak belikan.. mmg sedap buat air limau kasturi ni.. nyaman je... :)

    BalasPadam
  5. kecur liur tengok limau kasturi kak..hehe

    BalasPadam
  6. Tengok limau kasturi tu terbayang air sirap limau... bestnya..

    Sini takde limau tu, lemon banyaklah.. tapi bila buat sambal tak sesedap andai guna limau kasturi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lama lg nk balik malaysiakan? Bolehlah jumpa limau kasturi ni ;) saya banyak guna limau nipis.

      Padam
  7. mula2 urut mmg sakit tp lepas tu ringanje badankan

    BalasPadam
  8. blogger tegar, ipad harus dibawa kemana-mana UI.. :p
    Bestnye dpt tukang urut yg best.. sy takut nak urut. urut lepas bersalin yg lepas, makcik tu urut sakit.takut nak urut2 lagi..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. :D harus kan. Takut juga org kata mcm menunjuk-nunjuk kdg tu. Ikut heran apa org nk kata payah juga ;) selagi niat betul tak salahkan?

      Saya pun tak suka yg main jenis nak tekan je. Bila kita kata sakit lg nak tekan. Kalau org pandai cari urat tak sakit sgt.

      Padam
  9. Iman tak tahu dulu auntie sedut madu dari bunga itu tau.

    Limau kasturi kakak suka buat air minum lepas makan Rose. Makan beehon goreng/mee goreng/ikan masin goreng/ pun kakak suka perahkan. Huii.. sedap dan aroma dia best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia hisap juga batang bunga tu. Mana dia belajar pun tak tahulah ;)
      Dulu saya suka sgt makan kulit limau ni dgn sambal belacan. Skrg dah tak boleh. Hempedu dah tak kuat. Dan mula ada gastrik. Air limau pun jarang2 je. Tak berani. Tu lah bila dah terlebih sgt jdlah mcm ni

      Padam
  10. salam ,

    singgah jap..and followwww

    BalasPadam
  11. coconut shake pantai klebang... terliur saya dibuatnya...

    BalasPadam
  12. kecur liur drg air limau kasturi. letak ais dan asam boi, pergh... sedap tu.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...