بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 4 Jun 2012

MasyaAllah pageviews saya tak berhenti bergerak

Assalamualaikum

Saya tak tahu nak cakap apa. Cuma apa yang boleh saya katakan setelah post entri mengenai arwah Yasmin Hunwick pagi tadi pageviews blog saya tak berhenti bergerak. MasyaAllah tak sangka sungguh disebabkan entri tu pageviews blog saya yang dari 54k tu dah bergerak ke angka sekarang. Saya harap siapa yang singgah tu jangan lupa sedekahkan al-fatihah untuk arwah. Bayangkan jumlah al-fatihah yang dapat disedekahkan dan diterima oleh arwah. Begitu hebat sekali anjakannya. Dulu pernah juga hairan tengok satu blog ni.. pageviews nya tak berhenti bergerak. Kalau ada yang sangka itu perkara yang dibuat-buat, kalian silap. Lihat apa yang berlaku di blog saya.

Oklah tutup cerita tadi. Apa yang tertera di bawah ni saya dah taip awal-awal sebagai draft. Jadi hari ni nak publish kebetulan kena jugalah dengan cerita di atas ;)

Pertama sekali saya nak ucap syukur alhamdulillah dan terima kasih tak terhingga kepada kawan-kawan seperjuangan (boleh ke guna ayat ni.. hehe) atau dengan lebih tepat rakan-rakan blogger yang sudi meletakkan url blog saya dalam bloglist kalian.

Kalian memang awesome, handsome, cantik, lawa (bodek-bodek) eh tak lah sebenarnya ikhlas dari sudut hati ni. Sebut bodek-bodek teringatlah anak buah saya yang bernama Najihah. Dia suka sangat guna ayat bodek-bodek ni. Pandai je ambil angin mak-mak saudara dan atuk nenek dia. Kalau bercakap memang cerdik dah macam orang tua. Umur dia baru 3 tahun. Tapi bila bercakap masyaAllah. Terdiam kadang-kadang bila mendengarnya.

Berbalik pada tujuan utama entri, sekali lagi TERIMA KASIH kepada rakan-rakan yang meletakkan url blog saya dalam blog kalian ya.... SAYANG kalian (yang lelaki sila anggap ianya sayang sebagai seorang kawan ya ;)) Kalaulah saya mampu kesemuanya saya nak bagi hadiah. Sebagai tanda terima kasih juga saya letakkan url blog kalian dalam blog saya. Cepat check.. siapa yang takde dalam list sila beritahu. Nanti saya masukkan ok. Sebenarnya yang ada dalam senarai saya tu yang rajin tinggalkan ulasan di sini dan saya pun rajin ke blog diorang. Kira ada komunikasi dua hala macam tu...

Terbaru saya tengok url blog saya ada dalam blog ni... cepat teka blog siapa. Walaupun dia kata dia budak baru belajar tapi cara dia berblogging dah matang dah dibandingkan dengan usia blog saya yang setahun setengah ni.


bila letak ayat inspirasi tu rasa macam nak pengsan pula saya. Adoi malu betullah. Nampaknya kena majukan diri agar benar-benar memberi inspirasi ;). (update: URL blog saya sudah diunlisted dalam blog ni)


yang ni pula keluarga syurga... rasa malu sangat di gelar begitu sebenarnya. eh! kenapa nak malu taknak masuk syurga ke? bukan begitu tiba-tiba nak nyanyi nasyid ni...
Tuhanku aku tidak layak untuk syurgamu
Tetapi aku tak sanggup ke nerakamu
begitulah yang saya maksudkan. Tapi ini memberikan lebih motivasi dalam diri agar sentiasa perbaiki apa yang kurang. Terima kasih Ummu Muhammad

Maaflah kepada blog lain yang saya tak masukkan dalam entri ni. DiGi internet saya dah tamat tempoh. Guna 'mainan' saya ni susah sikit nak letak link dan print screen. Siapa tahu boleh ke PS iPad?


p.s: walaupun UV melambung-lambung tapi BE Polo Sedan tu tiba-tiba dah dikreditkan. Sajalah tu tak nak bagi duit banyak-banyak kat saya. Sedih.. Konon je lah... Itu namanya tiada rezeki. Allah tahu rezeki yang mana baik untuk saya. Takkan saya dapat duit dari kesedihan orang lain kan? Terima kasih semua :)

9 ulasan:

  1. wah....naik je page views ye..
    alfatihah tuk arwah,eca tahu dri nelly the strange...

    oke la kak,ada BE,dari eca...lgsg xde.

    BalasPadam
  2. ramai org nk tau psl arwah kan..

    BalasPadam
  3. Mudhn rohnya tenang disana

    BalasPadam
  4. Alfatehah buat arwah... :)

    psstt..BE nur pun dah di kreaditkan..huhuhuh

    BalasPadam
  5. seronok bila ada org menghargai kita :) saya pun suka singgah sini...

    BalasPadam
  6. iyerlah blognya masih aktif 2 jun, bygkan tibe² dikejutkan dgn ketiadaannya... al-fatihah buat arwah.. seorg yg cantik dan ceria kan.. diblognya...

    BalasPadam
  7. al fatihah buat arwah.. moga ditempatkan di kalangan yg beriman..

    alhamdulillah rezeki tu :)

    BalasPadam
  8. Al Fatihah untuk arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat.

    BalasPadam
  9. Begitulah indahnya bila berblog nie Rose. kadang buat hati berbunga-bunga walau org lain tak nampak pun... sendiri yg rasa kan.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...