بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 7 Jun 2012

Lunch di Thai Salam

Assalamualaikum

Ingat tak dalam entri sebelum ke Zoo minggu lepas saya ada sebut makan di Thai Salam yang terletak di Harbour Place, Klang. Pertama kali makan di sini. Tapi ayah Iman dah tau kewujudan kedai ni. Dia dah survey awal-awal tanpa saya ;)


Inilah kedainya. Terletak di tingkat satu.


Ni menu yang sampai dulu. Sagu Gula Melaka. Terkejut ayah Iman. Dia ingatkan sikit je... Tapi habis jugalah. Memang sedap. Sebab ada iceblended. Macam ABC pun ada. Harganya RM4


Ni menu saya... Nasi ayam goreng asam pedas. Saja nak cuba. Nampak macam sedap. Bila makan rasanya... lebih ok kalau kurang masin ;)


Agak bersepah sikit. Masa ni Iman dah tak senang duduk. Nak makan pun kelam kabut. Bagi apa semua dia tak mau. Apa pun nak tunjuk juga menu ayah Iman. Tomyam ayam dan daging goreng halia. Rasa macam tak matching je combination ni ;)

Saya yang tolong habiskan daging tu.. sayang membazirkan? Dagingnya sedap lembut je. Tomyam tu sedap juga. Kuahnya rasa lain dari yang biasa saya makan.

Rasanya lebih seronok jika makan ramai-ramai ditempat macam ni.


Sempat lagi Iman naik atas gajah ni. Dari mula datang sebenarnya nak naik. Kesian bagilah naik ;) hai.. macam-macam kan.

p.s: pernah sekali makan di kedai cina muslim Hj Sharin Low di Harbour Place ni. Masa tu kami order nasi itik panggang. Tapi rasanya kurang sedap berbanding di kedai cina muslim Mohd Chan Abdullah.

Pertama berbeza dari segi nasi. Hj Sharin Low nasi putih biasa tapi Mohd Chan Abdullah nasi yang dimasak bersama sup (macam nasi ayam). Rasa daging itiknya dan sosnya pun berbeza. Lebih sedap di Mohd Chan Abdullah. Maaflah ya... ini komen yang membina. Ayah Iman siap komen masa bayar di kaunter. Tak puashati bila tak sama apa yang dibayangkan. Makan pun tak habis.

14 ulasan:

  1. sedapnya sagu gula melaka tu...

    BalasPadam
  2. Kalau kakak tak habis makan bungkus bawa balik Rose.. tapi sagu tu colorful memberangsangkan sungguh..

    BalasPadam
  3. sagu tu nampak sedap sgt2...

    salam perkenalan dr wani follower ke 303 :)

    BalasPadam
  4. sagu tu buat saya terliur dlm cuaca panas ni.. bleh cuba ni kalau di layankan hubby menyinggah kesini...

    BalasPadam
  5. Baru 2x ke HP ni.. Mula pegi sbb makan kat hj sharin tu, kali kedua saja jln2 kedai DIY kat bawah tu..

    BalasPadam
  6. salam kenal...

    wah mcm menarik la tpt mkn tuh...nak kene cubo nih...:)

    BalasPadam
  7. sagu tu nmpk menarik n sedap :-)

    BalasPadam
  8. @Kakzakie mulanya nak bungkus tp AI kata tak payah.. Tu saya habiskan ;)

    BalasPadam
  9. sedap sagu gula melaka tu....warna pun menarik

    BalasPadam
  10. mulatu ingatkan ABC..nampak menyelerakan..baguslah kita bagi pendapat kita kat staff restorankan...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...