بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 16 Jun 2012

Kipas ajaib

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu :) sedang berdua dengan Iman di rumah. Ayah iman pergi hospital Sungai Buloh ziarah anak murid arwah toknya yang dalam keadaan kritikal sekarang ni. Apa pun kesudahannya terserah kepada ketentuan Allah. Kami doakan yang terbaik untuk dia.

Berbalik pada tajuk entri tertarik nak share penemuan kipas ajaib yang saya jumpa di Mahkota Parade masa pergi Melaka hari tu.

Kenapa saya kaya ajaib? Mari lihat ;)


Kipas angin tanpa bilah. Simple je hanya berbentuk bulat dan kosong di tengah-tengah. Tapi anginnya sejuk.. masa lihat tu siap pegang-pegang lagi dalam lubang tu. Kagum sangat dari manalah datangnya angin tu ;)


Lihat cara ianya berfungsi


Patutlah sejuk lihat perbezaan angin yang keluar dari kipas berbilah dan tanpa bilah.


Senang je nak pasang dan bersihkan kan? Senang juga nak angkut ke mana-mana ;)

Dah macam buat iklan kipas pula. Rasanya hanya brand Dyson je yang ada kipas macam ni. Harganya boleh tahan. Nasib rumah dah cukup kipas ;)

p.s: semua gambar di atas di ambil melalui google.

3 ulasan:

  1. Pernah tengok kipas nie...kat umah abang ipar memang ajaib...

    BalasPadam
  2. menarikkan.. pernah tgk jugak.. tp x ingatkan mane...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...