بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 1 Jun 2012

Kelam kabut berniaga

Assalamualaikum

Hari ni ayah Iman cuti maka tengahari tadi kami lunch di luar. Kedai yang nak dituju kebanyakannya tutup. Jadi pergi je lah ada satu kedai baru dekat situ. Nama kedai dirahsiakan. Tak baik ;)

Disebabkan ada 2 kedai dibarisan kedainya tutup maka ramailah serbu kedai tersebut. Orang baru berniaga jadi skill berniaga pun kurang.

Nampak mudah berniaga kedai makan ni.. tapi kalau tak cekap memang jenuh lah customer menunggu. Nak suruh kira pun lambat. Terpacak je orang menunggu di kaunter nak bayar. Saya duduk je lah tak sanggup nak berdiri. Yang dah berdiri lama tu tak panggil saya yang panggil maka orang kedai kira yang kami makan dulu lah ;)

Macam-macam. Nasib baik customer mood baik je hari ni. Kalau ada mood yang tak baik, pasti dah tengok ramai yang angkat kaki.

Pernah terjebak dengan dunia perniagaan sebelum ni. Memang mencabar. Tak semudah apa yang disangka. Penatnya Allah sahaja yang tahu. Sampai sekarang tangan terasa sakit lagi. Banyak guna sebelum ni ;)








Kenangan. Gambar kedai saya dahulu. Semuanya sudah dijual. Nasib baiklah ada yang beli.

Sebelum memulakan perniagaan digalakkan timba pengalaman dengan orang lain dahulu supaya kita tahu selok belok berniaga. Lokasi juga penting.

Saya tutup perniagaan sebab badan dah tak larat nak buat. Pekerja pula bukan senang nak cari yang mahir dan sering bertukar. Lokasi kedai pun tidak bagus. Jadi pendapatan bulanan memang sikit nak tolak kos sewa, bil dan gaji pekerja.

Sebelum menanggung beban lebih baik saya jual. Saya iklankan dalam mudah.my. Tak sampai sebulan dah ada orang call dan beli semua termasuk signboard kedai diorang ambil. Lega hati saya. Kalau tidak susah juga. Nak letak manalah barang-barang yang banyak tu.

Alhamdulillah. Sebulan/2 bulan tutup kedai saya pun dapat Iman. Cantik sungguh planning dari Allah. Kebetulan masa tu pun kami baru tinggal di rumah sekarang ni. Sebelum tu kami menyewa.

8 ulasan:

  1. wahh msti maju dlu kan..tp yela klu xda org tlg xmng tgn..xplan nk buka blk ke sis ;-)

    BalasPadam
  2. berniaga mmg sgt mencabar.. memerlukan komitmen yg sgt tinggi kan.
    tgk la..ummi iman pun masih terasa sakit tgn tu..mmg betul2 kuat bekerja masa buat biznes tu kan..
    dan..Allah lebih tahu yg terbaik utk kita...semua sudah diaturkan.. :)

    BalasPadam
  3. is tringin nak berniaga.. tapi betui kata ummi iman, mang kena ada planning bebetui kan.. hmmm~

    BalasPadam
  4. ika pon x suka berniaga.
    penah keje dgn peniaga dan mmg tersangat la penat.hukhuk

    BalasPadam
  5. As salam UI.
    Dulu sis pernah tolong abang berniaga kedai makan...mmg penat sgt2.

    BalasPadam
  6. As salam Ummi Iman,

    Wah, pernah ada kedai sblm ni ye! Sgt kagum :))

    Rezeki ada dimana2kan, setuju dgn awak bila kata timba pengalaman utk memulakan perniagaan, yg penting perlu ada ilmu serta kemahiran, nampak mudah on paper tp tidak secara realitinya...

    Take care :)

    BalasPadam
  7. apa yg Allah rancang utk kita mmg terbaik kan rose..

    BalasPadam
  8. salam ummi iman...

    maaf ye sbb izan baru sempat singgah sini n komen2. almaklumlah semenjak 2 menjak ni badan rasa lemau aje. dtg pun jadi silent reader kat blog kawan2.

    syukurlah... planning Allah tu sangat cantikkan.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...