بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 27 Jun 2012

Kami dah ada buku Tabung Haji

Assalamualaikum



Hari ni sibuk sikit dengan pelbagai urusan. Urusan biasa-biasa sahaja ;) mula-mula pergi RHB draw duit ASB saya dan ASN Iman. Tak boleh nak tutup terus sebab kalau nak tutup kena pergi Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang terletak di Jalan Tun Razak bersebelahan bangunan Tabung Haji.

Elok sangatlah kalau pergi sana dan terus buka akaun TH sebab sebelah-sebelah. Tapi memikirkan jauh juga nak pergi dengan bawa anak lagi, bercinta juga rasanya. Tadi pun letak Iman atas kaunter untuk isi borang keluar duit. Masa urusan di TH senang sikit, sebab masa tu mak ada, tinggalkan je dalam kereta ;)

Pelan-pelan kayuh, sampai hari yang betul-betul sesuai baru pergi KL untuk tutup akaun ASNB tu.



Lepas keluar duit pergi pejabat Pos Laju pula ambil barang. Tak dengarlah diorang tu datang rumah. Dah 2 kali macam tu. Jadi kena ambil sendiri. Nasib baik dekat. Rupanya hadiah dari Suffah Beauty. Nak tengok? Nanti update dalam blog CGL.

Dah ambil barang ambil mak pula di klinik kesihatan Pendamaran baru ke Tabung Haji. Selesai urusan tabung haji pergi Banting pula rumah makcik taukeh kek dan biskut raya. Bukan nak beli tapi tengok anak dia sebab baru ni masuk hospital tak sempat nak tengok.

Yang bestnya balik tangan penuh ;) saya dapat kek coklat, mak dapat 2 bekas biskut raya :) alhamdulillah rezeki. Siap tapau lauk dan nasi lagi untuk saya berbuka. Sayang mak anjang (panggilan untuk makcik saya tu) Sempat juga singgah Kerepek House beli kudapan ;)



Masa buat entri ni baru relax sikit. Lepas layan Iman yang baru bangun tidur dari petang tadi masa dalam kereta lagi. Sempatlah masak untuk ayah Iman. Tadi makcik bagi lauk ikan keli masak tempoyak. Ayah Iman tak makan.

Panjang sungguh catatan... ;)

16 ulasan:

  1. panjang sungguh hari ini..hehehe...yeahh,da ada tabung haji tu..eca dah lama ada sejak kecil.

    BalasPadam
  2. As salam Ummi Iman,

    Mesti hectic kan! Ke sana ke mati dgn anak... Tp sekurang2nye urusan selesai jg! Nak buat akaun tabung haji utk Iman tp ms tu xcukup bulan lg... Lgpun ofis dkat KL, jauh pulak nak kena kuar... Tu yg xterbuat lg buku utk dia... Skrg ni masukkan duit dlm ASD, itupun bila nak masukkan duit, dorang ckp dah full limit... So, masukkan dlm akaun sy jelah... hik3.. Duit raya die tu...kikikiki...

    Eh, ade pendapat yg bercanggahkan ttg hukum menyimpan dlm ASB & seangkatan dgnnye tu kan... Kalau kes mcm sy ni mcmne ek... Igt nak masukkan semua duit dlm Tabung Haji gaklah... ermmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg penuh akaun ASD tu. Ramai yg simpan utk anak. Sebab tu hr tu buka akaun ASN utk Iman.

      Akaun Iman pun masukkan duit yg org bg. Ayah dia tambah2. Dah besar nanti senang buat belanja dia belajar.

      Eloklah macam tu. Insyaallah sama2 hrp ianya akan lebih berkat. Insyaallah

      Padam
  3. sedapnyeeeee keli tempoyak..takde pics pun dah bole meleleh heehe

    BalasPadam
  4. alhamdulillah.. urusan dah selesai.. :-

    BalasPadam
  5. Kenapa tutp akaun ASB ASNB tu ye?
    Myra pun ada gak akaun TH, tapi nak penuh sampai boleh menunaikan haji belum berjaya lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tutup sebab ada fatwa haram. Dicampur dengan perasaan ragu-ragu ;) ada dalam entri sebelum ni..

      Padam
  6. Terlanjur dah buka a/c tu Rose register utk menunaikan Haji sekalilah. Sebab kalau register sekarang dapatnya entah bila. Kakak dulu register masa bertunang, dapatnya bila anak no. 3 dah umur 5 tahun bayangkanlah lama bukan main...

    Balik dari menunaikan haji daftar lagi ikut list dapatnya tahun 2024 tak ke haru nak tunggu tu Rose..

    BalasPadam
  7. Ada juga fikir mcm tu.. agaknya entah bila tahun lah baru dapat. Kalau byk duit. Tak kisahkan bila2 masa boleh pergi ;) nak tunggu AI buka akaun dia dulu. Harap ada juga rezeki ke sana suatu hari nanti. Insyaallah

    BalasPadam
  8. banyak aktiviti kak...alhamdulillah urusan sumer dh selesai :))

    BalasPadam
  9. ayu tak buka lagi..sini pulak tak tau kat mana ada bank tabung haji,nanti boleh bka ;-)

    BalasPadam
  10. Tabung aji terbaik.. Emm betul jgk ckp kakzaki... Kena daftar ni rose entah bila nak dapat pi pun tak thu...

    BalasPadam
  11. dh selesai urusan..mmg seeloknya tabung aji la kan utk simpanan..saya takder lagi..

    BalasPadam
  12. Cik rose dah ada tabung haji cuma tak masukkan duit jer huhuhu

    BalasPadam
  13. Sis pun buka akaun TH utk anak2 sejak mereka kecil lagi.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...