بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 25 Jun 2012

Kalah ayam KFC

Assalamualaikum

Saya ada ceritakan Jumaat lepas pergi rumah mak lepas ambil borang tabung haji. Alkisahnya saya puasa hari tu. Adik-adik comel yang ada kat rumah tu memang suka berdiet. Jadi untuk berbuka saya masak lah nasi goreng dan goreng ayam versi KFC.


Ada macam ayam KFC tak? Tepung yang saya guna ni cap Adabi. Maaf ya mak sebab resmi dulu. Mak takde masa ni pergi Melaka. Kat kotak tu tertulis tepung serbaguna. Harga RM2 lebih je rasanya. Lupa nak ambil gambar kotaknya.


Jadi ambil dari website Adabi ;) kotak yang belakang tu.


Selit juga nasi goreng ni.. dia pun nak interframe juga ;) nampak pucat tapi sedap. Masuk bakul angkat sendiri ;)

Kalau ramai-ramai memang suka masak, kalau berdua tu kurang sikit. Beli je, kadang muak. Masak sendiri simple-simple pun selera bila makan :)

Yang menjadi makin malas bila beli bahan nak masak lagi mahal dari beli di kedai ;) bukan alasan tapi kenyataan. Tapi untuk kepuasan rasa baik masak sendiri. Melainkan makan di kedai yang memang betul-betul sedap ;) duit pun sedap jugalah...

Iman suka makan nasi goreng kicap.

Bila dah goreng ayam kat atas ni rasa rugi pula masa birthday Iman beli KFC. Sebab yang goreng sendiri ni lagi sedap dan dah tentu jimat lagi kosnya. Yang penting air tangan sendiri walaupun guna tepung segera :)

p.s: semalam lepas pergi hospital Sg Buloh. Pergi KL rumah Zana kawan saya. Lepas solat maghrib ajak kawan dan suami dia pergi Sogo. Ada sales. Beli baju Iman. Lepas tu kami makan di kedai Kak Mah. Ada entri mengenainya sebelum ni. Taip je di ruang carian di blog ni ;) dah makin besar kedainya. Nasi airnya memang sedap. Nasiblah jauh. Kalau dekat mau hari-hari pergi ;)


28 ulasan:

  1. pernah guna tepung ni.. mmg kalah le ayam KFC tu!

    BalasPadam
  2. yang penting maak dgn penu kasih syg kan? blk huben blh msk ayam guna teoung ni je la. hehehe...

    BalasPadam
  3. Nak buat majlis besar2 guna ini lagi jimatkan? hehehe
    yang penting licin menjilat jari tul tak

    BalasPadam
  4. tqak pernah cuba.. haruslah try nanti :)

    BalasPadam
  5. Sebenaranya gigih dan rajin kalau ada pun tapi tak rajin tak jadi juga Rose.

    psst: Kakak nak ucap Happy belatd anniversary buat Rose. Moga bertambah kuat/cekal/kasih/sayang dan segalanya yg baik utk dunia & akhirat:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi betullah tu. Tp kalau ramai smgt sikit nk masak ;) laju je ke dapur :D
      Terima kasih kak atas doa tu. Terharu saya. Sama juga buat akak. Amin

      Padam
  6. betul gak kan jimat sikit kalau grg sendiri aym kfc...air tangan sendiri pulak kan...kak sama dgn wani suka sangat2 makan nasi goreng kicap...ingat lg time preggy dulu hr2 nk mkn nasi grg kicap nasib kluar qalief tak gelap mcm kicap hikhikhik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi nasib baikkan. Kalau tak mesti salahkan kicap ;) putih pula dia.

      Padam
  7. dapnyer ayam..saya kaki gila ayam

    BalasPadam
  8. sedapnya dah lama tak makan ayam goreng..terus rasa teringin bla posa ari ni..hehe

    BalasPadam
  9. wah...nampak sedap :) nak beli lah tepung tu juga....

    BalasPadam
  10. Kalau nak goreng ayam ala2 kfc mmg sis selalu guna tepung ni.Mmg sedap dan ranggup.

    BalasPadam
  11. nasi air tu camana rupa dia...

    ayam goreng tepung mmg selera...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi air tu bubur nasi ;) org Kelantan panggil nasi air. Pelik ya bunyinya. Yg best ada byk pilihan lauk untuk bubur tu. Mmg tersgt sedap bila makan. Buburnya sedap. Rasa nak tanya guna beras apa ;)

      Padam
  12. Yela camner ek nasi air tu.. Lepas ni masak KFC sendiri la...

    BalasPadam
  13. Guna tepung cap bestari pun sodap jugak.. selalu beli tepung tu (^___^) kalau nak goreng ayam

    BalasPadam
  14. ayam goreng kat rumah biasanya goreng pakai kunyit je..sekali sekala buat ayam kfc ni, lagi sedap dari kfc! :)
    nampak sedap ayam goreng tu, nak gi try tepung serbaguna adabi la nnt.. :p

    BalasPadam
  15. Nampak sedap ayam tuhh...sy jarang goreng ayam macam nehh..selalunyer sy goreng ayam berempahh jerkk..eh bukan jarang tak pernah kott...hahaha nampak kena cuba pasni....:)

    BalasPadam
  16. akak ni dah dua minggu dapur tak berasap..huhuhuhu

    BalasPadam
  17. buat sendiri memang sedap tapi tahap kerajinan agak kurang, hihihi

    BalasPadam
  18. ummi, add blog ummi keyh...t jengah2 lah d blog sy y xseberpa tu...heee

    BalasPadam
  19. oooo sedap ek rempah adabi tu.. lenkali nak try yg ni la plak.. :-)

    BalasPadam
  20. akak pun selalu guna tepung ni..lebih mnjimatkan....

    BalasPadam
  21. izan pun selalu je guna tpg serbaguna adabi ni. mmg best!

    BalasPadam
  22. mmg serbaguna kan tpg adabi ni... tapi sy lagi suke yang jenama bistari.. sbb tak gaul jer.. tanpa telur.. sedapp hingg menjilat jari... kalau nak sy ade jual juga hihihihi... ;p

    BalasPadam
  23. ye la rose..nmpk mcm ayam kfc versi ori tu...ermm..kalau gitu baik goreng sdiri kan...

    BalasPadam
  24. sedap la kak..aduii,tak makan lagi hari ini...bukan diet,tpi malas.hahaha

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...