بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 16 Jun 2012

Jerebu teruk di Pelabuhan Klang

Assalamualaikum


gambar dari Utusan Malaysia

Bermula semalam bila pandang ke luar rumah boleh lihat keadaan jerebu yang agak tebal di luar sana. Apatah lagi bila keluar rumah semalam menuju ke rumah mak. Malam bila nak balik rumah pun masih boleh dilihat jerebu yang ada. Sehinggalah hari ini.

Memang tak boleh nak buat aktiviti di luar, melainkan duduk dalam bangunan. Jerebu ni dikatakan berpunca dari pembakaran hutan di wilayah Riau, Sumatera. Memang Pelabuhan Klang lah yang menjadi mangsa utama. Sebab tu bacaan lebih tinggi di sini.

Tambah pula udara kering sebab dah lama tak hujan makin bertambah lamalah jerebu ni nak hilang. Takde cara lain ke selain dari bakar hutan?

Mengikut bacaan IPU catatan sekarang berada di tahap tidak sihat. Jadi kenalah beringat. Berikut adalah bacaan dan tahap kesihatan pada IPU pada hari ini.

Tujuh kawasan yang mencatat IPU tertinggi ialah Pelabuhan Klang (144), Shah Alam (129), Petaling Jaya (127), Banting (117), Kuala Selangor (101) di Selangor serta Cheras (129) dan Batu Muda, di sini (127).

IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, www.doe.gov.my, tiada kawasan di negara ini yang mencatat bacaan sangat tidak baik dan berbahaya.

p.s: sumber dari Utusan Malaysia

11 ulasan:

  1. betul...klang memang kelam sekarang walau masih pukul 5 ptg...

    BalasPadam
  2. Emm baik duk rumah.... tapi tergendalalh aktiviti kita..

    BalasPadam
  3. memang betul...bangun pagi tadi banyak betul asap...

    BalasPadam
  4. tak bernafas dibuatnya.... harap sangat cepatlah hujan turun.. dapatlah reda sikit jerebu ni...

    BalasPadam
  5. sini..dah lama tak hujan...mmg jerubu teruk ni...

    BalasPadam
  6. Bila jerebu camni, kesihatan kena utamakan..
    Kurangkan xtiviti luar, moga cuaca kembali sihat :)

    BalasPadam
  7. akak lalu sana smlmpun mmg nmpk jerebu tu

    BalasPadam
  8. rasa lemas sikit bila berjerebu ni kan? moga kita dilindungi daripada sebarang musibah.

    BalasPadam
  9. aritu kat umah ayut pon tebal sgt jerebunya...tp kuar jgk..huhuhu.skrg dh kurang ckit :)

    BalasPadam
  10. tu la.. skrg dah start berjerebu semula...

    BalasPadam
  11. Hari Sabtu lepas (tarikh entryni) ibu Yusuf naik bukit Hijau di Jeram. Sampai atas tak nampak pun view. Kelam jeeee..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...