بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 20 Jun 2012

Iman buat ummi berdebar

Assalamualaikum

Masih tak tidur lagi ;) Iman pun belum tidur. Petang dah tidur. Lewat sikit lah nak ambil mood tidur dia tu. Tak elokkan budak-budak tidur lewat.

Berbalik pada tajuk entri. Tadi keluar sekejap pergi rumah adik. Iman ni pantang lah masuk kereta awal-awal. Mesti dia kunci pintu kereta. Saya suruh tekan. Sekarang ni button tu keras sikit. Dia cuba banyak kali tak boleh. Siap buat penumbuk nak tekan. Saya pun masuk dalam cari kunci spare. Dia pula tekan hon. Dahlah hon tu bunyinya bukan main kuat. Saya pun kelam kabut keluar cakap jangan tekan. Terus dia tekan lock pintu dan terbuka. Hah lega!

Dah lama sebenarnya dia buat kerja macam ni ;) masa tu ayah dia tinggalkan sekejap nak draw duit kat ATM. Dekat je jaraknya. Dalam 3 kaki macam tu.

Lama diorang keluar tak balik-balik. Saya pun call. Ayah Iman takutlah tu nak bagi tau. Bila tanya baru cakap dah lebih setengah jam suruh Iman tekan button central lock. Tapi dia boleh suka-suka dalam kereta. Ramai yang kerumun lagilah teruja dia dalam kereta tu. Padahal ayah dan ummi dia yang mendengar ni tak keruan dibuatnya. Kenalah beringatnya kawan-kawan ;)

Akhirnya berjaya juga pintu di buka. Tak pasti sama ada Iman yang tekan atau orang yang menolong tu yang berjaya buka. Sebab berlaku serentak. Lepas je insiden tu saya pun ajar Iman cara-cara nak buka pintu. Ajar terus dia boleh buat. Saya ajar juga dia tarik bonet kereta. Susah sikit lah dia nak buat sebab berat sikit nak tarik ;) tapi ada sekali tu dia berjaya juga tarik. Ummi dia yang kecil ni lah terpaksa masuk ikut bonet. Hai macam-macam lah. Bukan kami tak beringat tapi memang susah juga nak kawal. Lagi-lagi berdua. Sebab nak tutup pagar lagi. Buka pintu nanti dia keluar pula. Rasanya kena matikan enjin sekejap, buka tingkap. Kadang tu nak cepat tak terfikir. Haih macam-macam ;)

Kalian ambil lah iktibar dan sebagai peringatan ya.

p.s: esok ayah Iman cuti. Tak rancang lagi apa nak buat ;)

19 ulasan:

  1. bahaya jugakan mcm ni...kalau dalam ekon, xpelah sejuk, kalau panas, tentu iman pun panik..

    lepas ni kena lebih hati2lah kan...

    BalasPadam
  2. mmg kena ajar kak...sbb skrg ne xkira kt mana2 pun ada2 je yg terjadi...takut2 anak2 kita jadi mangsa,ye tak?!.....

    BalasPadam
  3. nasib baik blh bukak... kalu camni, saya pun berdebar2...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah selamat, main dengan lock kereta ni bahaya kalau ada budak2...

    anak2 zie belum nak tekan2 lagi risau gak kalau terlebih pandai..coz depa kalau abah keluar kereta ja mesti berebut nak duk depan.. takut depa jumpa butang lock tu... jenuh..

    BalasPadam
  5. Ya Allah...saya pun berdebar baca ni.. Alhamdulillah xde pape..risaunya..
    bagus la iman pandai bila dah ajar cara buka lock tu..

    BalasPadam
  6. saya pun ajar amir lock kereta juga.. tktkan macam² blh jadi.. kalau ayah dia yg keluar jer pun saya soh lock walaupun kt org berdua dalam kete.. beringat sebelum terkenakan...

    BalasPadam
  7. fuh... nasib baik selamat.... kami pun pernah rasa macam tu... penik la jugak kejap....

    BalasPadam
  8. UI kite penah kene mase dgn adik..muhammad tak reti lagi main lock kete..yg adik tu siap orang datang bukak cermin sebab die tido mati..besa lagi dari iman..dalam 4,5 taun agaknye..sabo jelah..

    p/s: UI requestlah pagar auto kat AI heeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budget takde UM hehe ;) sedap adik tu tidur. Pernah tgk kejadian mcm ni. Tidur tak sedar2 :D

      Padam
  9. bahaya ni..nasib iman dh pandai buka balik kan...klu x jenuh panick kejap la....fuhhh...

    BalasPadam
  10. saya dulu pernah jugak, si abang kunci pintu sebaik sahaja sy keluar kereta dan kunci kat dalam! masa tu umur dia 1 thn 10 bulan dan dia tak reti nak bukak. NAsib baik husband dah on the way balik 20-30 minit jugakla dia meraung dlm tu merah2 muka. Esok nye terus saya admitted sebab ada contraction (36wks, 5 days preggy), tp 3 hari jugak kat ward sbb kejap contraction kuat kejap slow..sakit betul. stress pasal semalam tu la kot.. mmg jd pengajaran sampai skrg berhati2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila anak menangis tu yg buat lg risau. Nasiblah Iman ok. Kalau tak saya pun turut menangis. Kesian sampai mcm tu kesannya. Alhamdulillah kan takde apa-apa.

      Padam
  11. bahaya ni sis..tp benda nak jadi kan sapa pun tak duga..huhu

    BalasPadam
  12. alahai iman. saya kalau drive pun takut nak tinggalkan anak2 dalam kereta. nak keluar sekejap pun kena berkira sbb kita tak tahu budak2 ni kan. tiba2 je dia orang buat benda lain lagi la pening kita dibuatnya.

    BalasPadam
  13. Kalau sis kena mcm ni mesti panik sekejap.Kadang2 kita tak sangka benda mcm ni boleh berlaku...Alahai Iman.

    BalasPadam
  14. aduuu boleh pulak iman siap main2 lagi dalam kete tu ya..umi abah dah gelabah kemain da kan..hehehe comel..

    BalasPadam
  15. Sape yg ade anak kecik memang ler kena beringat selalu. Nampak cam remeh, tp memang boleh buat ibu ayah berdebar

    BalasPadam
  16. saya pernah tgk kejadian gini kat tempat parking kete kt umah ni..tinggal kejap jer dh terkurung budak tu..kecik dri iman kot..puas maknya duk terjerit suh anak nya bukak pintu tp anaknya duk main hon jer..ambik masa lama jgk sampai kena panggil mekanik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat bayangkan situasi masa tu. Sebab dah lalu ;) saya dan suami bg arahan slow2 je kat dia takut dia panik.

      Padam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...