بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 28 Jun 2012

Cara Iman pakai mask

Assalamualaikum

2 hari lepas masa Iman mengemas@memunggah laci console table. Dia jumpa mask ayah dia. Musim jerebu harus pakai. Walau sebenarnya memang harus pakai walaupun tiada jerebu. Udara sekarang bukannya bersih sangat. Lihat je habuk dalam rumah. Hari ni bersih esok dah tebal balik.


Haha.. ada-ada je. Dah macam purdah pula rasanya ;)


Masuk juga gambar kelabu ni ;) biasalah guna kamera mainan kalau gerak gambar jadilah macam ni.


Saja selit gambar Iman yang ni. Bila dah ambil baru perasan tangan dia buat nombor 4. Penat ajar dia.. kalau orang tanya umur Iman berapa jawab dua. Tunjuk lah 2 jari kat dia. Tapi dia nak juga sebut umur dia 4 tahun ;). Tapi dia tak tahulah lagi empat jari tu bermaksud 4.

Dalam gambar ni dia saja-saja buat nombor empat tu. Kalau give me five tu dia taulah 'pap' kat tangan siapa yang cakap macam tu. Asyik-asyik mi (panggilan manja untuk ummi dia)... five. Kalau ummi dia lambat sahut atau tak pandang baru sebut ummi ;) Jenuh lah main tepuk-tepuk dengan dia. Siapa lagi yang ajar kalau bukan achik comel dia tu (adik perempuan saya yang bongsu)


Budak manja... yang semakin aktif dan ceria. Suka sangat gelak hahaha. Adalah orang yang diikutnya. Yang pasti bukan ummi dan ayah. Sebab kami memang lebih banyak senyum ;) Dari kecil sampai sekarang melekat gelak macam tu. Kita yang dengar pun nak tergelak dibuatnya.

18 ulasan:

  1. comel la iman....nampak mcm pakai purdah jer hikhikhik

    BalasPadam
  2. Kakak kalau bw ada jumpa blogger yg buat N3 gambar budak mesti kakak singgah. Tak kiralah pagi tadi dah singgah tetiba kali ini ada Iman lagilah kakak suka...

    Comel dan keletah anak boleh buat release tension walau bukan anak sendiri. Suka:)

    BalasPadam
  3. alah2 comelnyaaaaaaaaa iman
    sure keletah nie ;)

    BalasPadam
  4. pkai purdah...iman rajin tolong ummi mngemas yer,nnti blh dtg kemas rmh ibu ummi pl..:)

    BalasPadam
  5. Kiutnya dia...... Itulah dia macam2 ragam...

    BalasPadam
  6. comeinya iman...!
    apapun pandai juga dia nk memakai mask tu.. :)

    ce kalau dia suruh ummi dia pakai cara mcm tu.. haa..pening ummi dia..hihihi

    BalasPadam
  7. hehe comelnya iman...pandai dah nak pakai bagai erk..;-)

    BalasPadam
  8. Comel betul Iman ni...sejuk bila pandang wajah dia.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...