بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 12 Jun 2012

Bila rapat susah juga

Assalamualaikum



Bila tak sihat lama dan tak baik-baik cari mak ;) Semalam pergi rumah mak, dan masih lagi dirumah mak. Tinggal lah ayah Iman tidur sorang-sorang malam tadi. Sekali sekala lagipun AI balik lewat. Biasanya pukul 10 malam ke atas baru sampai rumah. AI pun dah bagi green light.

Oleh kerana duduk rumah mak, dah ada ramai kawan tak sempat nak on line ;) Ada juga sebenarnya on tapi sekejap-sekejap :)

Kebetulan semalam saya mula batuk. Kerongkong gatal. Iman pula dah berjangkit selsema. Risau pula dia batuk. Dia pula memang rapat dengan saya. Tidur pun dengan saya. Kalau saya bangun dia bangun. Macam ada sensor pula ;)

Walaupun pada zahirnya Iman lebih rapat dengan ayah dia tapi itu bila saya ada sekali. Tapi kalau ayah dia bawa keluar berdua, lama sikit dia akan sebut "umi" berkali-kali. Mula lah ayah dia dah tak senang. Siap telefon suruh cakap dengan Iman. Saya pun layanlah dia dalam telefon. Suka dengar suara dia yang manja dalam telefon. Berbeza bila dengar di luar ;)

Ayah Iman siap cakap baru ni.. kalau pisah lama-lama dengan saya mau demam Iman ni. Saya pun risau juga. Jarang berpisah lama-lama macam ni lah jadinya.

Duduk rumah nenek dia pun ummi dia kena buat semua, dengan orang lain dia tak mahu. Walhal ramai makcik-makcik ada. Jadi kalau tak sihat pun tak boleh nak rest juga. Macam tu lah bila bergelar ibu ni.. tiada istilah rehat. Betul tak?

Cuma perut ummi dia lebih kenyang duduk rumah nenek dia ;) ummi pun nak manja-manja dengan mak juga :D

17 ulasan:

  1. macam tulah bila dah jd mak.. anak2 wlau rapt dgn bapa mesti cari umi nyer jugakan

    BalasPadam
  2. heheh ni betul mak borek anak rintik..same2 kerinduan 3 generasi ..nenek, ummi n iman ;)

    BalasPadam
  3. betul tu 3 generasi saling merindu..hihi...sekali sekala balik kg kita nk la bermanja dgn mak kan..

    BalasPadam
  4. betul tu taim balik kg ni la nak manja2 ngan mak kita :)

    BalasPadam
  5. jadi ibu memang sibuk selalu kan...

    BalasPadam
  6. Emm tul tu tiada istilh rehat.. tgk ni pntg kli ni semua jaga sendiri... hukhuk

    BalasPadam
  7. samelah macam anak sy.... bile nak keluar naik motor barulah nak cr ayah.. kalau nak susu, mandi, makan semua pun cari ibu ni huhuhuhuhu

    BalasPadam
  8. ramai kawan yang ckp, kalau dah jadi ibu mmg xde istilah rehat..
    nur cuba memahami situasi tu, almaklumlah nur belum kawin..

    BalasPadam
  9. sejak jdi ibu ni baru wani tau mcm mn kesibukan seorang ibu :)

    BalasPadam
  10. walaupun dah jadi mama..saya tetap lagi bermanja dgn mama..hehehe...dan kalau anak tak sihat...dengan mamalah semakin rapat

    BalasPadam
  11. Biasanya memang time jalan2 cari ayah, time buat susu, mandi, makan cari ibu. :)

    BalasPadam
  12. Sian UI...moga cepat sembuh.biasanya anak2 lebih rapat dgn ibunya...tambah2 ibu yg jd surirumah sepenuh masa.

    BalasPadam
  13. Anak Kak Nida pun sama... rapat dengan ayahnya.. tapi bila susah semua cari ibu..hehe

    BalasPadam
  14. salam kenal. anak rapat dengan ibu bapa mungkin itu perkara biasa kot. tak salah rasanya kita rapat dengan anak2 kita, janji kita bahagia. i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

    BalasPadam
  15. alahai.. siMerah tecik lagi.. tapi mang nampak kerenyeh dia lagi lebaq kalau duk/nampak babah dia.. hehe (^___^)

    BalasPadam
  16. anak2 mmg akan carik mak jugak. sm la macam anak2 saya. bila keluar dgn husben, lama sikit mesti cari mak jugak. kecuali kak long sebab dia dah besar. abah dia pun dah pernah bawak dia jalan2 tanpa saya. siap bermalam lagi.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...