بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 30 Mei 2012

Tetamu dari Kedah

Assalamualaikum

Alhamdulillah demam dah ok tapi suara rock kalah Ramli Sarip hihi. Semalam masa rasa dah ok ingat nak ambil sepupu-sepupu saya yang datang dari Kedah tu jalan-jalan. Tiba-tiba panas pula badan. Tak jadi... apa lagi tidur bersama Imanlah petang semalam.

Telefon abang diorang kata kalau nak datang rumah datanglah. Semangat nak sambut diorang sempatlah goreng mee dan telur je. AI kata tak payah. Kesian lah wife dia tak sihat. Saya kata dah ok. Bagus juga berpeluh-peluh jadinya. Sementara masak AI dan Iman keluar cari kelapa muda.


Inilah dia sepupu-sepupu saya tu. Anak kepada arwah adik mak saya yang bongsu. Dari kiri Aiman, Yazid, Haikal dan Ya (demam juga masa ni)

Saya rapat dengan arwah mak diorang ni, maklumlah rumah sebelah-sebelah je masa di kampung dulu (Telok Gong). Sekarang ni masing-masing dah pindah. Mak pindah Klang, depa pindah Penang (rumah sewa) dan sekarang duk Kedah pula (rumah sendiri)

Kagum dengan diorang 6 beradik ni. Masa arwah mak diorang meninggal kemalangan (14 Julai 2004) yang bongsu Aiman tu baru setahun. Yang sulung pula sekolah menengah. Tapi diorang mampu berdikari. Ayah diorang pun bapa yang pandai urus anak-anak. Risau tengok anak yang masih kecil, ayah diorang cari sesiapa yang sudi jadi mak pada anak-anaknya. Alhamdulillah bertemu jodoh dengan orang satu negeri (Perak).

Abang dan kakak diorang dah kahwin. Masing-masing ada seorang anak. Ya buat matrik. Yazid tingkatan 4 (sains), Haikal tingkatan 2 dan Aiman darjah 3.

p.s: pengalaman hidup manusia boleh buat kita belajar menghargai apa yang kita ada dan menjadi tauladan dan pengajaran. Bersyukur walau apa pun ujian yang Allah bagi. Tapi jangan pula saja-saja buat ujian untuk diri sendiri. Faham ke maksud saya?

8 ulasan:

  1. tetamu senegeri dengan saya tu

    Kesian Aiman masa tukan... baru 1 tahun dah kehilangan kasih sayang seorang ibu.

    alhamdulillah dapat mak baru yg menggantikan arwah dan menjaga mereka dgn baik.

    BalasPadam
  2. mereka hebat... (^___^)
    mereka punya jiwa yang sangat kuatkan... ibu pergi mengadap Ilahi dalam usia yang masih kecil... alFatihah untuk arwah ibu mereka...

    BalasPadam
  3. Kakak maklum betapa Rose jenis amat menghormati tetamu. Apa lagi yg dtg sepupu sendiri. Mereka mesti menghargai juga sebab dlm keadaan tak sihat masih terhidang makanan sedap tuk mereka...

    Alhamdulillah walau tanpa ibu sendiri mereka masih dpt menumpang kasih ibu baru..

    BalasPadam
  4. alhamdulillah walaupun tanpa ibu.. mereka hidup berjaya.. mesti lebih berdikari kan.. jauhnya tetamu datang...

    BalasPadam
  5. alhamdulillah.. tetap berjaya :-)

    BalasPadam
  6. jauhnya dtg dari utara nu...

    BalasPadam
  7. alhamdulillah mereka pandai berdikari wlpn tanpa mak..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...