بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 11 Mei 2012

Takut air dan rambut baru

Assalamualaikum

Erm sedapnya makan aiskrim King's perasa vanila campur dengan buah dragon fruit dengan Iman petang tadi. "Sedap" Iman cakap. Makan apa pun semuanya sedap ;) kalau tak sedap dia diam je ;)

Berbalik pada takut air.. Iman memang susah nak di ajak pergi ke bilik air, baik untuk mandi atau ber"suci". Puas lah pujuk. Tapi untuk mandi ada cara untuk buat dia suka. Nak tahu caranya, tengok dalam gambar di bawah :)


Seronok main buih. Dia panggil buih tu belon :)

Bila cakap mandi dalam tub baru dia nak. Tapi ada masalah lagi. Dah seronok duduk dalam ni, nak keluar susah pula ;) tub mandi ni adik saya punya. Dia bagi pinjam masa saya dapat Iman. Oklah dari tak guna. Boleh buat pusingan. Baju pun macam tu, tak muat bagi pada yang ada anak kecil :) anak dia perempuan sebab tu warna pink ;) semua baju pun pink. Samalah macam anak ibu Alisha :)


Dua-dua ni gambar baru ;) saja nak tunjuk rambut baru Iman. Leka main kereta. Suruh tengok kamera tak mau.

Semalam bawa dia gunting rambut di kedai biasa. Tengok kedai je dia dah tahu ;) punya lah kuat peluk ummi dia siap nangis lagi. Kali ni pergi berdua je, selalu ajak adik teman. Rumah dia dekat dengan kedai gunting ni. Rugi pula kalau dia ada boleh suruh ambil kan gambar.

Bukan apa ummi dia punya lah tahan gelak tengok muka dia yang mencebik tu. Kali ni saya duduk sekali atas kerusi dan pegang dia. Bagus juga idea tukang gunting ni. Kalau duduk atas kerusi budak tu melorot ke bawah. Macam sebelum ni. Itupun ayah dia ada. Sampai 2 orang pegang.

Kebetulan semalam ada budak Cina gunting rambut sebelah dia, budak tu lagi besar, dah 6 tahun rasanya. Tengok dia pakai uniform taska. Melalak-lalak, sampai ada uncle yang gunting kat situ juga jerit ooooiiii ooooooiiii. Bukanlah marah, saja usik dia. Iman apa lagi kecut perut agaknya.. Tak jadi nangis.. tapi muka usah cakaplah.. Cantik betul dengan bibir terbalik, sampai jadi bentuk C sambil jeling-jeling budak tu. "ummmmiii" dia sebut dengan bunyi sedih. Ummi dia nak gelak je..

Disebabkan baik lagi cepatlah siap. Suka kedai Cina ni sebab cepat. Sesuai lah untuk budak yang takut gunting rambut. Biasanya 3 minit dah siap. Cepatkan?

Lepas gunting belanja Iman epal. Sebelum tu keluar je pintu kedai nangis pula. Lepaskan yang terpendam masa dalam kedai agaknya. Tapi sekejap jelah. Kebetulan nampak burung, diamlah dia. Saya cakap kat dia "kan elok diam macam tu, cepat siap, bukan sakit pun" hehe cara cakap tu macamlah Iman tu budak besar.

Dia suka sangat buah epal. Kalau dapat makan atas kereta, diam je tak bergerak. Cuba bagi buah lain.. dia tak minat. Sekarang kalau jalan mesti bagi epal sebiji. Aman je ;)

7 ulasan:

  1. ammboi...iman berwajah baru dgn rambut yang baru dipotong :)

    BalasPadam
  2. seronok iman main buih2 ye.. :)

    BalasPadam
  3. Suka tgk Iman main buih2 sabun.Psstt...masa anak sis kecil2 dulu pun sama mcm Iman...bukan main susah lg nak gunting rambut.Comel la anak awak ni UI.

    BalasPadam
  4. As salam Ummi Iman,

    Iman good boy makan epal! My Iman pun takut gak gunting rambut tp nasib baik kat sini ade kedai gunting rambut utk budak2 :))

    Sama lah juga, suka berendam dlm air... suruh mandi & cuci takmo tp kalau da masuk dlm bathtub xmo kuar lak...huhuu

    BalasPadam
  5. comelnye Iman..tp takot dgn air ye..nasib baik ada buih2/belon tu kan..:))

    BalasPadam
  6. alahaiii sy tgk buih tu, sy plak yg rs nk join sekali...hahahaaa

    ensem iman potong rambut :-)

    p/s : wah, malu sy ui sanggup g godek2 cr pic hubby... hahahaaaa...

    kiranya kita samalah ek.. bercinta pas kawen.. hihii

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...