بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 29 Mei 2012

Sup ketam 100 plus

Assalamualaikum

Risau dengan demam yang datang balik petang semalam lepas balik dari Tesco. Saya suruh ayah Iman beli sup ketam. Kenapa nak makan sup ketam? Sup ketam ni bagus untuk tingkatkan platlet darah. Biasanya orang yang kena denggi bacaan platlet darahnya akan menurun. Saya cuba je mana tau berkesan untuk demam saya ni.

Sebenarnya doktor ada beritahu kalau pagi ni demam tak baik dia suruh buat blood test. Bukan takut ambil darah. Tapi biarlah cuba dulu harap membantu. Alhamdulillah lepas habis makan sup ketam bersama nasi semalam kemudian minum pula air 100 plus yang dah dibuang gasnya. Berpeluh-peluh satu badan tanpa henti. Lega sikit. Dengan harapan sembuh sepenuhnya. Insyaallah.

Nak kata nyamuk gigit memang takde kesan langsung, yang pasti semuanya berpunca dari tekak. Walaupun tak bengkak atau sakit tapi terasa panas dibahagian tu dan kesat. Memang demam saya selalu berpunca dari tekak. Kalau kena lama. Kena pergi rumah mak baru baik ;)


sup ketam tak pedas yang dibeli di Chandayu. Tak jauh dari rumah. Boleh search di box belah kanan atas sekali dalam blog ni ;) maaf ya.. Gadget saya kalau letak link keluar panjang-panjang. Tak boleh nak ubah :(

Apa dia platlet?
Platelet adalah potongan kecil dari sebuah sel yang ditemukan dalam darah yang terlepas dari sel besar yang ditemukan di sumsum tulang. Platelet membantu menyembuhkan luka dan mencegah perdarahan dengan membentuk gumpalan darah. Juga disebut trombosit.

Ambil definisi platlet ni dari kamus kesihatan. Mungkin ramai yang nak tau apa dia platlet tu.

Kalau ada sesiapa yang kena denggi cepat-cepat bagi sup ketam. Memang cepat kesannya. Bacaan platlet darah akan terus naik. Saya dah cuba pada adik, anak buah dan suruh kawan saya cuba untuk anak dia juga masa diorang di suspek kena denggi. Alhamdullilah membantu.

p.s: bila makan ketam ni masa pun jadi panjang ;) jenuh nak gigit dahlah keras. Kalau saya masak saya ketuk dulu kaki dia tu dengan anak lesung. Senang sikit nak makan. Iman pun teringin nak gigit juga... ;)

suara dah start rock hari ni hihi. Masih belum pulih sepenuhnya tapi oklah dari sebelum ni. Sedang menaip Iman suruh tutup mainan ummi dia ni ;)

11 ulasan:

  1. Allah... betul-betul kena uji Ummi Iman ye. Kakak doakan moga tabah dan insya-allah akan sembuh sebab dah puas berubat dan berusaha.

    Kakak pun ada terbaca memang sup ketam boleh melegakan denggi. Moga ia membantu hendaknya...

    BalasPadam
  2. As salam UI.
    Baru tahu khasiat sup ketam.Moga cepat sembuh ye.

    BalasPadam
  3. Btul3x.. CiM adik bradikpun, klau dmm mak kami akn buat sup ketam. Sblm tu minum 100 plus. Kdgkala, bila tkda ketam, mak msk sup kulit kentang

    BalasPadam
  4. dmm pon sempat hapdet yekkk...get well soon....sodap sup ketam....nak skit

    BalasPadam
  5. alhamdulillah berpeluh2 yer.. moga akn mkin sihat sepenuhnya..

    sy br tau psl khasiat ketam ni..

    BalasPadam
  6. M pun ada terbaca pasai sup ketam ni. katanya baguih utk demam denggi. semoga cepat sembuh na

    BalasPadam
  7. Mmg sup ketam sangatlah digalakkan untuk pesakit Denggi..
    Adik Myra pun kena denggi kami buat sup ketam.

    BalasPadam
  8. As salam Ummi Iman,

    Hahahaa..comel Iman terbayang2 cara dia suruh tutup 'mainan' Ummi tu... :))

    Syafakallah...

    Sup tu betul-betul membantu... Alhamdullillah... Take care Ummi Iman :))

    BalasPadam
  9. alhamdulillah semakin sihat.. oklah tu... kalau sakit lagi tekak makan gula8 difflam atau strepsil merah...

    BalasPadam
  10. oooo...ada khasiat ye sup ketam ni..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...