بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 17 Mei 2012

SOGO sales... beli pakaian Iman


Pergi mana-mana mesti dapat kawan. Peramah ;) ada juga yang takut nak dekat sebab terlebih peramah ;)

Baru-baru ni saya dan ayah Iman ada sebut tentang SOGO. Kebetulan AI lalu dan dia kata ada sales. Suka beli baju budak kat sini sebab banyak pilihan jika dibanding pasaraya lain. Walaupun sebenarnya berat nak ke sini sebab terletak di tengah-tengah bandar dan jalan yang sesak. Tapi disebabkan untuk kepuasan hati tu pergi jugalah.

Teringat arwah makcik saya yang suka beli baju anak-anak dia di sini bila ada sales walaupun tinggal di Port Klang.

Lewat juga gerak semalam, tunggu adik balik dari klinik bawa baby dia untuk pemeriksaan susulan. Pukul 4 lebih gerak, jalan jem sikit dari PJ ke Damansara. Kami sampai pukul 6 petang. Lama sebab berhenti solat dan jem. Mulanya pelik juga. Sebab tak ramai orang, nampak lengang je. Tak macam biasa, ramai. Macam tak percaya pula ada sales ;) bila check balik rupanya baru je lepas warehouse sales 13 May. Tapi masih ada sales lagi... tak tahulah sampai bila.

Bila dah banyak-banyak tu pening juga nak tengok semua. Saya ambil keputusan buat pilihan di brand Kiko sahaja. Suka brand ni sebab pakaiannya lambat nampak buruk dan selesa. Material pun lembut je. Harga pun tak mahal sangat. Kalau sales memang tak pernah lebih dari 10% :(

Masa di sini Iman dah meragam sebab tak tidur. Satu floor boleh dengar suara dia yang nyaring tu. Jadi ambil keputusan bawa dia ke nursing room. Barulah diam. Seronok ada mainan ;) suruh nenek dia tolong jagakan sementara ummi dia nak bayar di kaunter.


Mood tak baik, memang susah nak ambil gambar.


Iman tak bersungguh nak naik tapi ummi dia yang suruh ;)


Ini Najihah anak adik. Kawan bermain kat sini.


Ambil mainan ni untuk bagi dia diam ;)

Saya ni memang tak reti nak buat entri pendek-pendek. Semua nak cerita.... untuk Iman sebenarnya. Dia pun macam dah tahu ummi dia suka cerita tentang dia. Bila dia tengok entri tentang dia susah mandi tu... dia kata "alu" ;)


11 ulasan:

  1. SOGO yer.. zie yg jauh ni pun kalau ke KL mesti singgah, haritu gi APC ptg tu terus gi kejap rembat apa yg patut... hehehe...

    BalasPadam
  2. hehhe.. comel je iman ni..

    jauh sgt lah sogo ni.. xdpt nak g jugak..

    BalasPadam
  3. Nampak sebaya my son Khalish.. Mmg best kan shopping bj budak ni. Mcm fesyen Ada skang ni

    BalasPadam
  4. wahh beznya iman jln2..aunty nk itot leh..hehe

    BalasPadam
  5. Kakak seronok baca N3 yg ada anak-anak comel - mungkin sebab anak-anak kakak dah besar.

    Banyak beli baju Iman ye..

    BalasPadam
  6. sekarang ni turn mak shoping baju ank..dulu mak ayah dah puas shoping..

    nr pun kalau ke mall..suka tgk baju budak2, padahal belum kawin lagi.. apatah lagi ada anak, tapi entah, suka tgk..comel2..! hehehehe

    BalasPadam
  7. syoknyer cuci2 poket...sogo mmg syurga membeli belah kan...=)

    BalasPadam
  8. ema hari isnin baru ni pergi SOGO cari beg untuk mom tu..

    BalasPadam
  9. dah berzaman tak ke sogo. dulu masa zaman2 belajar mmg sogolah tempat yg selalu di tuju...

    BalasPadam
  10. Hheeee, alu ye Iman..
    Pandai dia ;)

    BalasPadam
  11. Bestnya g shopping. Samalah kita ada anak nama Iman.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...