بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 22 Mei 2012

Selamat tiba di destinasi

Assalamualaikum

Sementara tunggu ayah Iman check in sempat lagi buat entri. Untuk mereka yang teka gambar dalam entri sebelum ni, terima kasih ya! Kalian memang pandai. Saya suruh orang teka tapi saya sendiri tak boleh nak teka. Nampak sangat orang banyak masalah :D

Sebenarnya saya takde lah masalah apa. Cuma semalam je ada orang nak marah saya. Tapi orang tu dah minta maaf. Kejap je pun ;)

Sebenarnya dah lama ajak AI datang sini. Tengok dalam internet nampak menarik je kan? Sebelum ni pergi Melaka penat berjalan tak sempat AI nak berehat. Kebetulan minggu ni doktor bagi cuti sebab stress sangat. Seminggu doktor bagi... jadi tempat macam ni lah sesuai untuk merehatkan minda.

Tempatnya memang sunyi dan penuh dengan kehijauan. Sejuk mata memandang ;)


nampak sangat malasnya.. ambil dalam kereta je.


ni pun ambil sambil duduk dalam kereta. Lama pula AI nak check in.

Iman masih lagi tidur. Dah 2 jam tidur. Penat sangatlah agaknya tadi ikut ayah dia keluar beli barang.

6 ulasan:

  1. seronoknya pergi bercuti :) nak pergi juga....

    BalasPadam
  2. g mana yer.. xjelas lah tulisan dkt gambo tu :-)

    BalasPadam
  3. @IntaNBerliaN sungai klah hot springs kat Sungkai Ina...

    BalasPadam
  4. penat st si iman.tido tak ingat.hehe

    BalasPadam
  5. alhamdulillah dah sampai... mesti seronokkan anak² jalan... tk keletah dia..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...