بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 11 Mei 2012

Rezeki yang berkat

Assalamualaikum.

Rasa terharu bila terima kucupan suami di dahi beserta dahi anak setiap kali dia keluar mencari rezeki. Adakala timbul rasa simpati kerana berpenat lelah memenuhi tanggungjawab sebagai seorang suami. Maklumlah hanya dia yang bekerja. Kalau sama-sama bekerja mungkin tak terasa sangat perasaan terharu tu.

Bersyukur pada Allah atas setiap kurniaan yang diberikan kepada kami. Walaupun pendidikan tidak setinggi mana tapi rezeki tu sentiasa ada. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa memberkatinya.



Saya kongsikan di sini artikel dari http://www.mukmin.com.my yang saya rasa ringkas tapi dalam maksudnya.

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

MANUSIA berusaha siang malam mencari rezeki termasuk ada yang menggadai nyawa, tetapi mengapa ia tidak memberikan jaminan kebahagiaan?

Mengapa rumah besar dan megah, tetapi masih tidak gembira? Isteri cantik, suami tampan, tetapi rumah tangga masih bertaburan!

Begitu juga, ilmu yang luas melaut mengapa tidak mampu mengangkat darjat, malah menghina diri?

Bahkan mereka bermati-matian mencari kebahagiaan dan ketenteraman, sedangkan apa yang diperoleh ialah masalah dan masalah. Apa sebabnya?

Antara sebabnya ialah apa yang mereka memiliki itu tidak berkat. Rasulullah s.a.w mendoakan sahabatnya di majlis perkahwinan semoga rumah tangga berkat.

Malah, supaya dapat kaya, kekayaan yang berkat, sahabat yang ada ilmu berdoa ilmu berkat.

Berkat ialah pelbagai guna, bermanfaat di dunia dan akhirat. Kita tidak hanya boleh berbangga dengan apa yang kita miliki, tetapi yang patut dibanggakan ialah keberkatan menerima nikmat.

Jadi, bukannya kita patut takut tidak memiliki sesuatu, tetapi harus takut sesuatu yang dimiliki tidak berkat.

Berkat maknanya ialah subur, dengan kebaikan, permohonannya diterima dan kebahagiaan. Jadi, keberkatan membawa ke syurga sebaliknya, tanpa berkat kita dibawa ke neraka.

Doa yang kita pinta ketika makan berbunyi: �Wahai Tuhanku berkatilah apa yang Engkau berikan pada kami ini dan selamatkanlah daripada api neraka.�

Maknanya makanan yang tidak berkat walaupun sesuap boleh bawa ke neraka. Apa lagi kalau harta bertimbun, apa lagi ilmu melaut. Begitu juga dengan deretan gelaran.

Menurut sejarah, Umar Abdul Aziz ketika menjalankan tugas pada malam hari di Baitulmal tiba-tiba anaknya mengetuk pintu.

Apabila dilihat anaknya yang ingin bertanya mengenai urusan rumah tangga, beliau terus memadamkan lampu.

Si anak bertanya: �Kenapa ayah padamkan lampu.�

Jawab Umar: �Kerana minyak lampu ini milik negara. Ia tidak layak untuk urusan peribadi.�

Inilah contoh keberkatan dalam erti kata yang sebenar. Keberkatan meliputi soal wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Wajib, mesti buat dan jika buat dapat pahala besar tetapi jika tidak buat dosa besar. Perkara yang harus diberikan pilihan, yang makruh patut dijauhi manakala yang haram mesti dijauhi.

Kunci kebahagiaan ialah sederhana di samping pengurusan yang pintar dan segala aktiviti mesti sesuai dengan syariat Allah s.w.t.

Contoh kecil yang dianggap remeh manusia hari ini ialah waktu solat. Mencari harta jangan sampai melupakan solat, mencari harta jangan sampai lupa kepada halal haram.

Mencari untung patut dikerjakan sebanyak mungkin, tetapi apalah ertinya keuntungan jika membabitkan soal haram yang dimurkai Allah.

Pelajar sebagai contoh, apalah ertinya berjaga malam, bersengkang mata, belajar dan mengulangkaji, tetapi esoknya tidak mengerjakan solat Subuh.

Ilmu yang tidak berkat ialah ilmu yang ada di akal, ilmu dalam bentuk maklumat dan pengetahuan, tidak menjadi nur dan petunjuk.

Apabila ilmu tidak berkat, ia hanya boleh berhujah, tetapi tidak boleh merubah mereka.

Semoga Allah memberkati dan merahmati kehidupan kita semua :) Insyaallah.

13 ulasan:

  1. sweet je kalau husben keluar kerja cium dahi isteri.

    BalasPadam
  2. semoga Allah memberkati rezeki kita semua..aminn!!

    BalasPadam
  3. Moga2 rezeji yg kita perolehi bertambah2 berkat. Bersesuainya dgn hasil usaha kita.

    BalasPadam
  4. betul tu dear..xprlulah kita nk kaya raya sederhana pn dh ckp..kbhgiaan yg pling indah bla hati rsa tnang..klu kya tp srbut fkr byk utang xok jgk..hehe..moga diberkati ;-)

    BalasPadam
  5. alhamdulillah mmg itulah yg kami amalkan.. rasa tak lengkap kalau x cium tgn dan dahi...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah moga rezeki yang diperolehi diberkati olehNYA.

    Sentiasa mengamalkan tu setiap pg sebelum keluar dari rumah.

    BalasPadam
  7. Moga ALLAH sentiasa memberkati kita.. Amin..!

    BalasPadam
  8. Yer...keberkatan yg penting dlm ape jua urusan hidup ini....muhasabah diri.....

    BalasPadam
  9. moga2 kehidupan kita diberkati olehNYA..

    BalasPadam
  10. Nice sharing,untuk panduan semua..

    BalasPadam
  11. ooo akak xkeje ek?.. suri rumah sepenuh ms la ek.. samalah kita...hihii

    akak nape xkeje?.. sy sbb hubby xbg keje.. suh duk umah, jg umah tangga n anak.. lgpun hubby sy jenis yg xpcaya sgt org jg anak dia ni.. lain lah kalu family... tp kami kat sg petani, xda family pun.. semua duk perak :-)

    samalah kak.. saya pun setiap kali hubby g keje, mesti salam + cium tgn n kedua2 belah pipi.. dgn harapan apa yg dilakukan hari tu dpt keberkatan :-)

    BalasPadam
  12. @IntaNBerliaN samalah kita jaga anak. Tapi sendiri yg tak mau. Takut juga nak bagi orang jaga. Sekarang ni macam2 kan? Sendiri jaga pun kadang cuai, lagikan orang lain. Dahlah lama menanti nak dapat.

    Kita doa jelah suami murah rezeki ;) boleh ke macam tu.. Kalau dah betul2 terdesak barulah bantu ;)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...