بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 5 Mei 2012

Penang Nyonya Restoran

Semalam minum petang di restoran Penang Nyonya dalam bangunan Jaya Jusco, Bukit Tinggi, Klang. Ayah Iman lapar ;) ini kali kedua kami makan kat sini.


Gambar kedai ihsan google. Malu nak ambil ;)


Ayah Iman makan char kuey teow goreng dan bubur cha-cha


Saya pula makan rojak buah je :) tak tahu nak makan apa. Air barli tu air saya. Sekarang kat luar memang order barli je. Musim panas ni kena minum air yang boleh sejukkan badan ;) no ais ya. Tak tau pula ayah Iman minum air apa ;) spesies kopi rasanya.

Iman... tengok Upin Ipin kat YouTube ;)

Rasanya oklah.. Harga standard harga restoran ;)

Lepas makan kami pergi KL rumah kak Azie ada urusan. Saya pernah sewa bilik rumah dia masa kerja di KL dulu. Masa tu bujang lagi. Saya dah anggap macam kakak sendiri. Kebetulan nama ayah pun sama :)

Jalan sana sini jam. 2 jam baru sampai. Sempat rehat sekejap di PJ.

Lepas sembang-sembang suami kak Azie ajak makan di Ali Tom Yam, Thai Restaurant yang terletak berhampiran Pasar Keramat. Sebenarnya berebut nak bayar masa ni. Dah lah nak minta tolong dia, dia pula belanja kami makan. Segan je.. Makan siakap stim limau. Sedap sebab ikannya fresh dan tak hanyir.


Gambar ihsan google ;)

Hari ni kami plan nak ambil angin di bandar Melaka. Redah je... Plan nak tidur satu malam. Masih tercari-cari lagi hotel mana nak singgah tidur dalam internet. Banyak dah penuh :(

6 ulasan:

  1. sedapnya bubur cha-cha ngan rojak tu...nyummy!:)

    BalasPadam
  2. wah jalan2 minggu ummi, ayah n iman...best! ;)

    BalasPadam
  3. nyum..nyum..sedapnya tgk makanan tu

    BalasPadam
  4. sedapnyer rojak..lama tak mkn.. :)

    BalasPadam
  5. bubur cha cha tu nampak sedap la pulok... adoii...

    BalasPadam
  6. sungguh pun selalu jer aeon bukit tinggi tapi.. tak pernah makan kat sini.. macam sedapp jer rojak tu.. terliur dibuatnya....

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...