بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 19 Mei 2012

Kotor dan busuk

Assalamualaikum



Nak luah perkara yang dah lama terpendam. Jadilah rakyat Malaysia yang boleh jaga kebersihan tandas. Kalau sesiapa yang pernah pergi luar negara pasti lebih arif soal tandas ni. Saya juga pernah terbaca, negara kita tersenarai sebagai salah satu negara yang mempunyai tandas yang kotor.

Masih tak faham walau negara luar tandas mereka tiada paip di dalam bilik air tetapi tandas mereka masih bersih. Ada masa rasa nak muntah bila masuk dan tak jadi juga nak masuk. Sedih betul. Apa yang lebih menyedihkan tandas dalam masjid pun kotor :(

Jagalah harta awam seperti harta sendiri juga untuk keselesaan sendiri. Kesal sungguh.

Kebersihan juga ada kaitannya dengan keimanan. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. (HR Muslim)

Menjaga kebersihan suatu kewajipan.

12 ulasan:

  1. betul, kalau tandas kat malaysia ni kotor2..kecuali tandas RnR dekat haiway..

    RnR kalau kotor gak entahlaaa..

    BalasPadam
  2. Betul UI...Sis pernah masuk tandas awam,Ya Allah...keluar balik,tak jadi nak buang segala.

    BalasPadam
  3. Rnr tu sebb ada org dok cuci 24 jam cuba tak dak org cuci... emmm hampehhhhh

    BalasPadam
  4. tndas awm mmg sntiasa kotor... xlalu dibuatnya... tp nsb kt rnr tu wangi...

    BalasPadam
  5. betul2..kalau terdesak jer guna tandas awam ni..tp tandas kt highway mmg wangi sokmo..

    BalasPadam
  6. sama masalah di tempat akk .. pening bila manusia hilang kewarasan fikiran huhuh

    BalasPadam
  7. mmg pun...sbb org kita tak treat tandas awam ni mcm tandas kat rumah..itu yg jd mcm tu..selalu terpk tandas kat rumah diorg ni mcm mana yer?..

    sy every time masuk public toilet akan bilas dulu kasi hilang sket bau2 yg kurang enak pastu br guna..and after guna bukan setakat flush jer, tp bilas lagi sekali sbb risau nnti next person yg nk guna

    BalasPadam
  8. kalau tak terdesak takdenya nak singgah kat tandas awam n... terdesak sangat baru la terpaksa singgah

    BalasPadam
  9. Kotor pastu kena bayar. Sakitnya hati

    BalasPadam
  10. ibu ummi tag awk{http://afiman81.blogspot.com/2012/05/ga-amercorner-free-domain-and-aquapic.html}jom join..hadiah menarik

    BalasPadam
  11. betul juga tu....tp kenape mcmtu ek???

    BalasPadam
  12. @airynur kerana mereka fikir itu bukan harta mereka ;)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...