بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 13 Mei 2012

Kolam Air Panas Setapak

Dari kolam air panas Selayang beralih ke kolam air panas Setapak pula. Kat sini lebih sesuai untuk orang perempuan sebab ada bilik :). Orang pun tak ramai sangat.

Pada yang belum pernah cuba, bolehlah cuba, mula-mula memang rasa panas, bila dah lama sikit oklah. Rasanya semua kolam air panas serupa je panasnya. Dah namanya panaskan?

Kami (saya, mak dan adik) siap mandi. Eh! memang plan nak mandi pun. Kalau setakat kaki di Selayang pun boleh;) Mula-mula nak mandi tu jerit-jerit kepanasan. Lama- lama oklah. Kena jirus dari kaki, naik sikit-sikit hingga ke atas. Saya tak basah kepala. Tapi mak dan adik saya lagi hebat siap basah kepala lagi :)

Mesti nak tengok kan tempatnya. Lebih 10 tahun dulu datang sini, keadaannya tak banyak berubah. Terbaru ada kolam di luar khas untuk rendam kaki. Bolehlah rendam kaki sambil borak-borak :)


Alamatnya : No. 81, Jalan Ayer Panas, 53200 Kuala Lumpur
Waktu di buka : 7 pagi - 8 malam (Isnin -Ahad)

Di sinilah lokasi kolam air panas ni. Bila lalu di jalan Genting daripada Kuala Lumpur akan jumpa signboard kolam air panas setapak / jalan air panas / setapak hot spring sebelah kanan. Masuk jalan ni pandang sebelah kanan. Ianya terletak berhadapan dengan sekolah.


Pandangan dari depan. Bayar RM1 di pondok pengawal untuk masuk. Diorang ni kadang tak tanya pun. Kita yang hulur ;)


Ni lah rupa bilik yang disediakan. Nampak kolam yang kat atas tu kan? Air dalam bilik ni air yang sama dari kolam tu kira dia buat bilik mandi ni atas kolam tu lah. Macam tandas ;) ada 3 bilik je untuk orang perempuan. Kami dah booked semuanya ;) best takde orang kacau :)

Dalam bilik ni ada kerusi panjang. Bolehlah letak barang-barang kalian kat sini. Oh ya saya tak guna gayung klasik tu ;) siap cari kedai beli gayung 2 biji. Mak saya pakai gayung sponsor tu.. baiknya mak mengalah dengan anak :)


Ni pandangan dari bilik mandi belah belakang. Ada batu urut kaki. Eksyenlah lepas mandi jalan atas ni. Adeh.. Sakit. Tak habis pun pusing satu bulatan. Urat kaki dah lembut kena air panas lagi sakit nak pijak. Selalunya lepas juga pusingan ni :)


Nak balik sempat ambil gambar kat luar. Ayah Iman dan Iman bersantai di kolam kecil tu sambil rendam kaki dan borak-borak. Jumpa pula orang satu negeri. Apa lagi kecek kelate le... Iman tak rendam kaki (ayah dia sapu-sapu je)


Ni tempat rendam kaki juga. Bahagian belakang. Saya dengan kawan saya Zana rendam kaki kat sinilah sambil borak-borak.


Nak interframe jugalah orang ni ;) nak tunjuk muka lepas mandi. Rasa fresh sangat. Kulit pun terasa macam segar dan sihat je lepas mandi ;)

Ayah Iman pun dapat rasa kebaikannya :) kalau dekat mau datang berkali-kali. Rendam kaki pun jadilah. Terasa macam duduk dalam sauna. Sebab walau hanya kaki direndam satu badan berpeluh.

11 ulasan:

  1. best juga kan..nur pun dah lama tak g..hihih..

    umah nur dengan kolan air panas kat trong tu dekat je, dalam 15 minit dah sampai.. tapi punyalah mls nak g..hihih

    BalasPadam
  2. xpernah pergi lagi kolam air panas...walaupun dh 2 3 kali lalu...huhu

    BalasPadam
  3. best berendamkat kolam air panas ni.. hilang gatal2..hahahhah

    BalasPadam
  4. Slm, nak tanya camna nak gi sana... akk x penah gi sana walaupun akk penah dgr tempat tu.. apa2 pun, akk nak try kat tempat tu :)

    BalasPadam
  5. @Yang Hanani trylah, baru ni kami pergi lagi. Nak senang cari melalui google. Mesti jumpa. Tak jauh dari bandar kl

    BalasPadam
  6. ummi boleh tak bagi alamat tempat ni sebab nk bawak mak la dtg sini

    BalasPadam
  7. No. 81, Jalan Ayer Panas, 53200 Kuala Lumpur

    BalasPadam
  8. slm, dah gi ke tempat tu smlm... everything's ok tapi bilik airnya teruk x maintain.... tapi kalau kat luar ok

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...