بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 6 Mei 2012

Kisah hari pertama di Melaka

Taip cepat-cepat dalam kereta sementara nak tuju destinasi yang seterusnya ;) Semalam kami bertolak lewat sebab pakcik dari Kedah datang rumah. Kami sampai Melaka pukul 9 malam. Masa ni baru nak google hotel mana nak tidur. Banyak dah penuh. Akhirnya kami decide stay di Angsana Hotel yang terletak di Ujong Pasir. Hotel murah je tapi selesa. Jalan pun tak jem. Lepas check in keluar nak cari tempat makan. Tapi salah masuk... Bila dah masuk bandar sangkut 2 jam atas jalan. Semua jalan pun jem :(

Akhirnya balik laluan hotel semula dan bungkus je nasi goreng di kedai yang terdapat dalam gambar di bawah ni. Iman pun dah penat... Sampai bilik pukul 12 malam.. Iman pula exicted lompat-lompat atas katil... lepas tu muntah. Dah perut penuh susu... Melompat.. Memang muntah lah... Layan dia nak suruh tidur punya lah susah. Akhirnya.. Pukul 1 lebih baru tidur selepas tutup semua lampu :(













Masa siapkan entri ni kami berada di Pantai Klebang. Tunggu ayah Iman solat. Iman pula dah terlalu kepenatan.. Mengamuk nak tidur dan akhirnya tidur atas badan ayah dia yang sedang memandu. Rugilah tak dapat bergambar dengan kuda ;)


Nak tunjuk juga gambar nasi goreng kerabu yang dibungkus. Nasib baik sedap :)

12 ulasan:

  1. seronoknya...jalan-jalan kat melaka

    BalasPadam
  2. Salam UI.
    Jangan lupa makan ikan bakar kat Umbai atau di ala Kassim krystal bay Alai.

    BalasPadam
  3. selesa hotel tu..ketil pun nmpk empuk..patutlah iman lompat2..hihih

    BalasPadam
  4. @Norzie hany kami sibuk cuci mata je... Tak sempat pergi jalan2 cari makan ;)

    BalasPadam
  5. akhir bulan insyaallah kami kemelaka... wahhh pantai klebang.. kt org baru cadang nak minum coconut shake klebang dgr2 sedapp...

    BalasPadam
  6. comelnya iman..;-)..laparlak nasi grg kt bwh tu.hehe

    BalasPadam
  7. dah lama tak g melaka...last pergi melaka tahun 2007 kot..nanti nk bwk alya g jalan2 kat sana jugak la..

    ps: iman sgt encem ;)

    BalasPadam
  8. bestnya cuti2 melaka

    comelnya iman

    BalasPadam
  9. oklah.. bilik hotel tu pun nmpk luas je :-)

    BalasPadam
  10. @Masya. memang sedap.. masa kali kedua pergi pantai klebang nampak kat tepi jalan. Siap suruh ayah iman pusing beli. Iman pun suka

    BalasPadam
  11. @NoEnKena pergi weekday kalau tak kena harung jem. Sesak dah Melaka sekarang ni

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...