بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 27 Mei 2012

Kalah mata ikan buntal

Assalamualaikum



Semalam tekak rasa tak sedap. Kemudian selsema tak berhenti. Habislah satu kotak tisu yang besar tu. Hari ni satu kotak lagi menunggu untuk dihabiskan. Lepas kumur-kumur dengan bactidol (ada entri mengenai ubat ni sebelum ni) oklah tekak tak sakit. Tapi selsema masih tak berhenti. Tak makan ubat selsema takut jadi macam sebelum ni. Selsema baik tapi kahak berkumpul kat dada :(

Dalam tak sihat semalam pergi juga berjumpa rakan-rakan sekolah menengah di rumah Lynn. Berbelas tahun tak jumpa. Insyaallah akan menyusul entri mengenainya.

Balik dari rumah Lynn malam tu saya terus demam. Sedap sangat minum air sejuk ;) tak tahan juga sebab bukan badan je yang panas kaki, pinggang, badan semua sakit-sakit. Jarang demam tapi sekali kena memang teruk :( tak makan pun semalam.. tak larat.

Hari ni pagi tadi suruh AI belikan sup cendawan dengan roti. Lepas makan baru makan ubat demam. Ubat ni pernah makan sebelum ni. Lepas makan mata terus bengkak kalah mata ikan buntal.

Tadi terpaksa juga makan tapi suruh AI belah dua. Ingatkan makan separuh tak bengkak. Bengkak juga rupanya. Tapi sakit semua hilang. Nasib lah Iman tak takut ;)

Lama juga nak hilang :(

p.s: alah dengan ubat jenis-jenis panadol. Ubat yang saya makan tu namanya brufen.

11 ulasan:

  1. ooo.agaknya alergik dengan ubat tu kot...semoga cepat sembuh okay...

    BalasPadam
  2. Get well soon. Nasib baik la M tak de masalah allergic ngan ubat..

    BalasPadam
  3. moga cepat sembuh.. sian mesti allergic ngan ubat tu kot...

    BalasPadam
  4. alahai... dengan cuaca tak menentu ni mmg mudah sgt nak dpt sgt. semoga cepat sembuh ye.

    BalasPadam
  5. awk alergik dgn ubat tu kot.. sy pun pnh camtu.. smpai hbs bgkak satu badan..

    BalasPadam
  6. Allergik dengan ubat ye?

    Appaun semoga cepat sembuh ye ;)

    BalasPadam
  7. terjumpa info ni, pasal demam…. sharing is caring :) - Cara Redakan Panas Demam Dengan Mudah

    BalasPadam
  8. tang sup cendawan tu sangat tertarik.. sedapnya haih (^___^)

    BalasPadam
  9. teruk yer demamnya, akak telan panadol sebiji pas tu tdo kejap kebah dah demam,...

    nak juga sup cendawan tu, nak p PH lae..

    BalasPadam
  10. @armouris tq. Saya dah tengok. Pernah tengok bantal sejuk tu tapi tak beli :( beli bantal panas je.. Kena beli juga ni.. Oklah harganya murah.

    BalasPadam
  11. Terima kasih yang mendoakan saya.. Sayang kalian :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...