بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 28 Mei 2012

Jumpa kawan sekolah menengah

Assalamualaikum

Hari Sabtu baru ni jumpa kawan-kawan sekolah menengah saya. 6 orang yang menghadirkan diri. Sepatutnya ramai lagi tapi keadaan tak mengizinkan.

Start dapat jumpa kawan-kawan lama ni semuanya kerana facebook. Kira berjasa jugalah FB ni ;) bukan kawan je saudara mara pun ada juga.

Ini rasanya kali keempat jumpa kawan-kawan sekolah ni.. Pertama jumpa nak diskusi pasal reunion, kali kedua dah tentulah reunion kan, tapi tak ramai juga rasanya 16 orang je yang hadir. Masa tu masih ramai lagi tak jumpa dalam FB. Kali ketiga di rumah Besah (panggilan masa sekolah yang melekat hingga kini) tengok baby dia. Ada juga entri mengenainya sebelum ni ;)

Kali keempat ni Lynn offer jumpa rumah dia. Jemput yang dekat-dekat je, tapi Yati dari Melaka datang. Ala yang pandai buat kek tu. Ada sebut dalam entri sebelum ni juga. Dalam perjumpaan ni baru pertama kali jumpa dengan Lynn atau Lilin (panggilan masa sekolah) dan Nurul.

Gambar-gambar ni saya ambil dari FB Aen. Saya ada juga ambil gambar tak sempat nak upload lagi.


Sibuk nak bergambar kenangan ;) dari kiri saya, Aen (nurain), Nurul, Lot (zaila), Lynn dan Besah (habsah)


Masa ni sibuk mengadap karot kek dan brownies Yati


Saya dan Nurul. Candid ni.. gaya senyum tak nak bagi nampak gigi ;)


Bergambar sebelum balik. Yati yang bertudung hitam. Dia sampai lewat sikit. Saya dukung anak Lynn. Comel-comel anak dia. Dia pun berjodoh dengan orang Kelate macam saya ;)

Seronok jumpa kawan lama. Walaupun dah lama tak jumpa tapi mesra. Terasa macam umur 17 balik. Masa tu tahun 1993. Lama kan? Lepas ni tak tahu rumah siapa pula. Masih ramai lagi yang belum jumpa.

p.s: malam semalam pergi klinik. 1st time pergi klinik tu. Dia bagi ubat demam yang bukan jenis panadol dan antibiotik. Doktor kata kena jangkitan bakteria. Ok jugalah lepas makan beberapa jam demam hilang. Tapi masih belum pulih sepenuhnya. Badan rasa sejuk lagi bila kena aircond. Sempat lagi pergi Tesco cari bahan-bahan nak masak. Iman tidur dalam kereta. Ayah dia teman. Sepupu dari Kedah datang rumah abang dia. Jadi diorang nak datang rumah. Kenalah standby apa yang patut ;) AI sambung cuti lagi hari ni..

7 ulasan:

  1. Salam UI.
    Bestnya jumpa kawan2 lama...mmg betul Fb banyak membantu.Sis belum pernah bertemu rakan2 masa sekolah dulu...mmg rindu sgt2.

    BalasPadam
  2. seronok kan jumpa kawan lama? saya pun dah hampir 11 tahun tak jumpa kawan2 sek men...kiranya SPM tahun 2001 lah....

    BalasPadam
  3. bestnya dapat jumpa kwn2 sek... terimbau semua kennagna kan.. :-)

    BalasPadam
  4. Meriah dapat jumpa kawan lama :)
    Masing2 dah ada anak ;)

    BalasPadam
  5. salam

    bestkan dapat jumpa kawan lama

    mesti riuh rendah keadaannya.ada je topic yg nak di bincagkan.. nak2 bila ungkit kisah lama...

    BalasPadam
  6. mmasing² mendokong anak... seronokkan bile dapat jumpe kawan² lama macam ni..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...