بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 9 Mei 2012

Hobi lama kembali lagi...

Assalamualaikum

Selepas blogwalking baru nak update blog ;) takut dah update tak sempat nak singgah. Selalunya macam tu... Nanti ada yang kata saya sombong pula. Kita jenguk dia baru dia nak jenguk kita ;) lainlah dah popular macam Ben Ashaari, Lyssa Faizureen, Yuyu Zulaikha dan ramai lagi... hihi dah tentu orang tak kisah diorang singgah balik ke tak. Kalau diorang follow blog kita lagilah suka. Betul tak?

Beraninya buat statement macam ni. Tapi saya percaya kalau kita memang suka dengan blog seseorang pasti kita akan singgah. Tak kisah dia singgah blog kita ke tak. Tapi kalau dia dah selalu singgah pasti kita pun akan singgah juga ;)

Apa pun... Apa yang penting... Kerjasama. Macam slogan kartun Wonderpets yang Iman suka tengok tu.. Walaupun "kecil" tapi dengan kerjasama pasti akan berjaya ;)

Berbalik pada tajuk entri ni... Bermula minggu lepas Iman dah pandai minta suruh buka box mainan dia... Bagi je lah... Janji diam. Nasib baik box tu duduk dalam bilik kecil dekat dengan dapur, jadi tak lah berterabur satu rumah. Bersepah kat situ je.

Balik bercuti baru ni ingatkan dah lupa hobi dia tu... Tapi silap.. Itu lah perkara pertama yang dia nak buat ;) siap ajak kita main sama. Layan je lah.. Tulah takde kawan.

Mari lihat apa dia buat ... ayah dia tengok masa ni, siap suruh ambil gambar. Ummi dia advance, sebelum bagi tau dah ambil pun ;)

Sebelum bercuti





main sambil tengok cermin. Agaknya buat kawan ;) tapi memang Iman suka sangat dengan cermin. Dalam kereta pun sama. Ingat tak gambar dia depan lampu kat Melaka tu.. Dia ingat cermin sebab nampak muka dia kat situ. Siap cium lagi.. ;)


Selepas balik bercuti




untuk bukti selepas bercuti.. Iman pakai baju Melaka ;) gurau je..

6 ulasan:

  1. comelnya dia..hehe..btl2 ayu sokong dear..klu kita dha ska singgah blog tu dia xupdate kta akan singgah jgk.;-)

    BalasPadam
  2. thanks singgah blog saya td..
    kena bagi adik Iman ni baru ada kawan hehehe..
    Anak-anak saya yg diorg tu mmg geng..geng main n geng bergaduh..ni adik yg byk buli abang..bila diorg berdua, xdela diorg nk kacau sgt kita buat keje

    BalasPadam
  3. banyaknya mainan imann..!
    spanjang bcuti, iman mesti rindu mainan dia..buktinya...tetap ingt nak punggah2 mainan iman..hihihi

    BalasPadam
  4. iman..banyaknya mainan..
    saya skrg ni tak terkejar nk bw..mana yg rapat jer saya terjah dulu..

    BalasPadam
  5. trime kasih sudi follow blog kiter....terharu gi tuh...dpt teman baru lagie...
    anak2 mmg gi tuh...x kan lupe dgn benda @ barang yg mmg dia dah suker......kena layannnnnnnn.......

    BalasPadam
  6. ank kita samalah.. main sorg2.. hihi.. kat sini pulak xda budak2.. lglah sian kat alisha.. kwn dgn ibu n abh dia je lah..heehe

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...