بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 8 Mei 2012

Hari terakhir di Melaka

Hari ketiga di Melaka. Pergi A Famosa, Dataran Pahlawan, Tanjung Kling, Pantai Klebang dan rumah kawan sekolah Yati. Taukeh kek yang pernah saya buat entri mengenainya sebelum ni.

Lihat gambar yang diambil untuk perjalanan terakhir kami di Melaka ;)


Tiba-tiba je dia berdiri kat sini dan cakap cheese ;) bukan main lagi...



depan A Famosa. Panas masa ni.. tak macam semalam redup je. Nak buka mata pun susah ;)



sibuk nak naik kat meriam ni



Aksi pujuk Iman tengok kamera. Akhirnya candid je lah. Masa ni lah kalian boleh tengok senyuman ummi Iman ;)





sedang baca ABC ;) ada ada je...



Tunjuk kapal kat Iman.. pujuk suruh tengok kamera.. tak mau ;)



Candid lagi... Di Pantai Klebang. Datang buat kali kedua. Nampak macam saja posing begitu kan? Suka tengok gambar ni... hihi



ayah Iman nak sangat tengok makam hang tuah yang terletak di Tanjung Kling ni. Jadi dia pergi sorang je. Saya dan Iman tunggu dalam kereta. Kenapa nak sangat tengok. Akan dikupas kan isunya nanti. Insyaallah.



Akhirnya jumpa juga kapal selam ni. Terletak di Pantai Klebang je. Tapi disebabkan jalan yang berpasir dan kawasan under construction buat kita confused pula nak masuk. Bayar RM1 untuk masuk sini. Takde apa cuma boleh tengok dan baca sejarahnya sahaja. Ramai juga yang datang kata orang yang berniaga kat sini. Ialah macam kami juga nak tengok dan bergambar kat sini. Katanya akan ada 2 lagi kapal yang akan dipamerkan. Tempat ni diberi nama Muzium Kapal Selam.



ayah Iman khusyuk baca. Ummi Iman tengok je. AI memang suka baca sejarah



Penutup perjalanan berakhir di rumah Yati. Tak sangka dapat makan kek coklat cheese yang dia buat. Memang sedap. Siap dapat bawa balik lagi. Bestnya;)



Dalam entri sebelum ni Masya ada beritahu tentang minuman coconut shake ni.. Saya dah cuba. Memang sedap ;)



Iman pun suka. Sedap dia kata


Sekian cacatan 3 hari 2 malam di Melaka. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca dan melihatnya :) Banyak sangat tempat yang boleh dilawati. Tapi masa tak mengizinkan.

12 ulasan:

  1. wah..coconut shake tu , mmg sedap ek..ni yg teringin ni.. tapi jauh sgt... :)

    xsabar nk tggu kupasan kenapa nk sgt tgk makan tu..?

    cepat2 update. :)

    BalasPadam
  2. huuu...coconut shake tu mmg shedappp!penah rasa sekali je.
    lama x minum, sbb selalu kalau balik kg, lalu sana mesti ramai sgt org..x larat nk tunggu lama2.. :p

    BalasPadam
  3. Sorry ya 2 kali entri ni keluar. Jadi terpaksa delete satu. Saya masukkan balik CM yang sebelum ni :)

    http://www.blogger.com/profile/11399612956177048176 (masya)

    wahhh dah cuba yer... ni yang nak cari jugak ni.. kalau jadi pg hujung bulan ni .... hadoii sekarang pun dah terasa² kat tekak.. sedapp x???

    @Masya Sedap masya. Kenalah try nanti. Terima kasih bgtau. Ayah iman tanya mana saya tau. Saya cakap kat dia. Dari kawan blog. Bagus juga. Adakala blog banyak membantu.

    BalasPadam
  4. @Mummy GreenyHouse nasib baik masa kami lalu tak ramai sangat orang

    BalasPadam
  5. @Cik Nur tunggu ya... Kena cari maklumat dulu ;)

    BalasPadam
  6. Banyak juga tempat UI melawat ye,Melaka mmg banyak tempat2 bersejarah dan bandarnya pun dah cantik skg.

    BalasPadam
  7. Dulu masa pergi Melaka anak masih kecil, so nak jalan pun macam tak puas...

    Tapi bila anak dah besar dan lihat gambar-gambar percutian di blog Ummi Iman ni rasa tak sabar pula nak bercuti-cuti ke Melaka lagi...:)

    BalasPadam
  8. tak pernah rasa coconut shake... cam teringin pulak tengok iman minum :)

    BalasPadam
  9. is jugak yang xbesa makan coconut shake.. uhuk3 (T___T)

    BalasPadam
  10. Ramai dah yg promo coconut shake tu tapi kakak belum pernah rasa.. agak-agak buat sendiri boleh jadi sama rasa tak hihi...

    BalasPadam
  11. amboi..hensemnya iman..

    BalasPadam
  12. coconut shake??.. wah sedap tu.. dulu ms d trg, selalu minum.. ni dah lama xminum.. :-)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...