بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 7 Mei 2012

Hari kedua di Melaka

Semalam seharian berjalan. Letih tapi seronok sebab dah lama tak bercuti. Iman pun keletihan. Boleh tengok muka dia dah tak boleh nak senyum dalam gambar-gambar di bawah. Kecuali masa jumpa amoi Jepun tu.. bukan main lagi ;)

Lihat sebahagian gambar yang sempat dirakamkan untuk hari kedua. Dah macam pelancong ;) memang pelanconglah kan. Kategori dalam negeri hihi ;)


Pantai yang terletak di Perkampungan Protugis





Melaka River Cruise naik di Taman Rempah. Ayah Iman tengah tengok route bot. Harga tiket RM10 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 2 tahun free. Atas 2 tahun separuh harga. Info siapa nak tahu ;)









Iman monyok kepenatan. Tengah tunggu ayah solat kat surau warisan dunia. Hebat namanya ;)




Di Jonker Walk Melaka. Banyak kedai cenderamata kat sini. Beli fridge magnet je ;)



Cantik kan? Macam kat Switzerland ;)



Pakcik... Pakcik penatlah nak panggil Pakcik DiGi ni. Kawan dia panggil baru dengar. Boleh ambil gambar tak? Boleh.. Nak naik kesian. Tapi dah rezeki diorang macam tu kan?



Mulanya susah nak suruh dia berdiri kat sini. Tapi bila amoi Jepun posing dia pun sibuk lah. Iman... Iman ;)



Suka sangat duduk depan lampu ni. Muka semangat Jepun haik! hehe



Dalam bangunan Dataran Pahlawan. Seronok Iman tengok ikan kap besar-besar



Pantai Klebang di waktu senja. Masa ni Iman dah tidur. Dah tak larat tahan mata. Tewas juga akhirnya ;)


Sempat pergi Mahkota Parade malam semalam shopping sandal dan baju mandi Iman. Ummi dia pun ambil kesempatan juga beli handbag ;) ada sales. Boleh tengok dalam entri hari ketiga nanti ;) itu pun nak bagi tau ;) ya lah mesti hairan kan tengok kenapa beg dah lain. Excited nak guna ;)

On the way balik rumah... Nantikan entri untuk hari ketiga pula kami di Melaka :)


8 ulasan:

  1. bestnya..! nur xpernah sampai melaka lagi..tgk pic ni semua cntik2..tringin lak nak ke melaka..tapi xtahu bila.huhu

    BalasPadam
  2. As salam Ummi Iman,

    Pergi jenjalan kat Melaka! Seronoknye! Yg penting Iman happy! Tak pergi zoo ke? Mesti lg die suka... Amboi kemain Iman ye nak ngorat awek Jepun ke? Muka dah ade ala2 Nippon dah tu...comey... :)

    BalasPadam
  3. sk tgk iman senyum dkt gambar dkt lampu tu.. comel sgt!! :-)

    BalasPadam
  4. Salam UI.
    Bestkan jalan2 di Melaka.

    BalasPadam
  5. seronokkan jalan kat melaka tu kan...
    itu tanah air ku..(kampung kakain)lama tak balik sana...

    BalasPadam
  6. kesian iman kepenatan yer.. berjalan....

    BalasPadam
  7. @Marya Yusof ummi dia yang lebih excited dari dia ;) iman suka bab ngorat awek jepun tu je ;) tak sempat bawa iman pergi zoo. Mentang2lah ayah dgn ummi dia dah pergi sebelum ni ;) plan nak bawa zoo KL nanti.

    BalasPadam
  8. @Cik Nur Insyaallah. Akan tiba masanya sampai juga...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...