بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 10 Mei 2012

Hang Tuah wujud ke?

Ingat lagi tak saya ada nyatakan dalam entri sebelum ni kenapa ayah Iman nak sangat lawat kubur Hang Tuah masa kami pergi Melaka. Kebetulan lalu ternampak arah ke makam Hang Tuah maka AI pun beriya nak singgah mencari kepastian. Macam yang saya beritahu AI memang minat sangat dengan sejarah. Tanyalah apa sahaja Insyaallah dia boleh jawab ;)

Pernah tak terdengar atau terbaca cerita sebelum ni seorang pakar sejarah Prof Emeritus ada menyatakan yang Hang Tuah ni tak wujud.

Yang belum tahu boleh baca dalam teks di bawah ni.

Pakar sejarah: Hang Tuah, Hang Li Po tak wujud; 12:38PM Jan 17, 2012

Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuah dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (gambar di bawah) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.



Inilah sebabnya ayah Iman teringin nak tengok. Kalau tak wujud macamana ada kubur. Lepas tengok kubur ayah Iman rasa lebih jelas tentang kesamaran tersebut. Boleh baca apa yang tertera di papan tanda tersebut. Dan kalian nilai sendiri. Saya tak berani nak komen sebab tak wujud lagi di zaman tersebut ;) Lebih baik rujuk pada yang tahu kesahihannya.





sumber teks di atas dari http://www.malaysiakini.com/news/186810

11 ulasan:

  1. As salam Ummi Iman,

    No komen jgk pasal ni... Ermmm....

    BalasPadam
  2. memang pernah terdengar pasal ni dulu....tak tahu apa kesudahannya :)

    BalasPadam
  3. Salam UI.
    Pernah dengar Hang Tuah sebenarnya tak wujud...tp kalau tak wujud kenapa kuburnya ada.Entah la...

    BalasPadam
  4. peminat sejarah juga =) slm ni kita dr kecik anggap hg tuah mmg wujud oops kena balik kezmn dahulu kala kot nk tahu betul ada tak =)

    BalasPadam
  5. @Norzie hanysebenarnya kubur tu dibuat sebab orang kata dia ghaib di sini. Tapi jasadnya tak dijumpai :)

    BalasPadam
  6. Masa kakak study dulu pernah dijadikan satu kertas kerja untuk disubmit - kami masing-masing buat fakta macam-macam isu.

    Sampai kini segalanya samar apalagi bila buku SEJARAH MELAYU dgn kisah Tun sri Lanang/Demang Lebar Daun dan sebagainya tu masih diajar lagi atau tak sekarang nie...

    BalasPadam
  7. nur pun xtahu nak komen ape..takut tersalah..huhuhu

    BalasPadam
  8. emmmmm.... itulah kan.. saya pun x tahu wujud ke x sebenarnya... yg pasti hujung bulan ni confirm kami kemelaka yeahhh.......

    BalasPadam
  9. <<---peminat sejarah jugak...

    Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim kite hormati dia sebagai pakar sejarah ttp kita bangsa Melayu ni byk mewarisi cerita melalui cakap-cakap jd orang tua-tua kite dulu tak semuanye pandai menulis dan minat menulis... jd yg tak di tulis atau dpt d buktikan tak semestinye tidak benerr..

    Yer lah kan, Sejarah Melayu kite dah semakin nak d pupuskan, orang takot sebenarnye kejayaan bangse Melayu ni....

    Pernah dengar tak kate-kate ini, "Barangsiapa yg dpt menguasai sejarah maka dia akan dapat menguasai masa hadapannya"... erm macam tu lah gaknye...

    BalasPadam
  10. @Zaidi ZaimanSalam Zaidi. Terima kasih singgah di blog saya ni dan sudi beri pendapat.

    Macam pernah dengar kata-kata tu.. Nampaknya kena ada prof melayu yang kena buat kajian tentang ni pula ;)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...