بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 23 Mei 2012

Felda Residence Hot Springs Sungai Klah

Assalamualaikum

Di sinilah lokasi merehatkan minda kami... Seronoknya bersantai di luar bersama angin segar dan sejuk. Kuat pula tu.. hairan juga mana datang angin yang kuat ni...

Tadi makan malam di bandar Sungkai. Nak makan dalam ni mahal pula rasanya. Kedekut betul ;) esok malam baru makan kat sini. Kebetulan AI nak draw duit tadi.

Pssstt ada WiFi free. Tumpang sekaki ;) tapi dekat dengan kaunter pendaftaran je lah. Iman... ayah dia sedang layan menikmati suasana malam. Seronok betul dia.

Memang sesuai sangat untuk merehatkan minda di sini. Marilah... Nama tempat ni seperti yang tertera di atas. Terletak di Sungkai, Perak. Tak jauh dari exit tol Sungkai.

Mari tengok gambar yang sempat di ambil tadi. Seronok sangat... baru sampai dah banyak gambar diambil ;)

Harga bilik hari biasa RM180, peak RM220, super peak RM250. Ada villa yang tu harganya RM500 untuk har biasa. Tambah seratus untuk peak dan seratus lagi untuk super peak. Dah namanya villa semuanya lengkap macam rumah.

Bila harga bilik RM180. Pastilah bilik airnya ada bath tub. Seronok dapat berendam. Kat rumah toilet kecil nak letak tub mandi pun tak muat ;) ada kebaikan sebenarnya berendam ni. Nanti cerita.

Ni cafenya.. esok baru nak resmi untuk breakfast. Harga bilik termasuk dengan sarapan dan mandi di kolam air panas. (update: sarapan pagi banyak pilihan.. terutama untuk kanak-kanak. Rasa pun boleh tahan. Suka sambal nasi lemak sedap)

Seronok sangat Iman. Tak larat nak main kejar-kejar. Masuk bilik line internet tak ok nak upload gambar pun tak boleh. Esok je lah update.

Selamat malam...

Update: secara keseluruhannya memang puashati. Service pun bagus. Ada Spa di sini. Ayah Iman sempat lagi buat body scrub. Harga RM70

14 ulasan:

  1. As salam Ummi Iman,

    Sekali sekala memanjakan diri mmg seronok! dulu pernah plan nak buat family day di hot Spring sg Klah ni tp xjd pulak... Ntah bila agaknya dpt peluang pergi kan...

    Pssst... Paling excited sekali tentulah si dak tecik Iman tu ye :))

    BalasPadam
  2. Alahai nesti dak tecik iman tu melompat kegembiraan sepanjang di sana

    BalasPadam
  3. bestnyer...kg hubby dekat dgn sg kelah tp nory x penah lg jejak kaki kat situ..heheh..cantek gak yer tempatnyer..

    BalasPadam
  4. pergi bercuti yer.bestnya sesekali merehatkan badan dan minda.yg paling suka msti si iman.

    aiman pun klu dpt tido dekat hotel suka betul.hehe

    BalasPadam
  5. seronoknya ke sg klah yer.. boleh berendam air panas...

    kat sungkai ni kalau musim buah meriahnya.. kite org dulu beli durian sebakul besar memang murah... pg, ptg, malam makan durian huhuhuhu

    BalasPadam
  6. siyes nur xpernah g lagi..dulu mmg niat nak g, atas sebab yg xdapat di elakkan terpaksa batalkan..

    bila bc dari info akak ni, terigin lak nak g..!

    nanti upload pic byk2 sikit tau..n info yg best2...hihih

    BalasPadam
  7. mak ngah x ajak che nayli pon....ngajuk la mcm nie...ape2 pon happy holiday jgn lupa buah tangan - jambu laaaa

    BalasPadam
  8. Bestnya...sis belum pernah sampai sini.

    BalasPadam
  9. seronok rose..saya tak pernah sampai lagi..

    BalasPadam
  10. Boleh tahan gak harga bilik dia..
    Tp cantik ;)

    BalasPadam
  11. bilik yang 180 tu yang mana?kat chalet ke?

    BalasPadam
  12. Deluxe room. Takde chalet di sini

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...