بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 13 Mei 2012

D' Arabic Cafe, Restoran Arabic Food

Assalamualaikum.

Semalam (Sabtu) program jalan-jalan dan makan-makan saja. Tujuan utama nak pergi kolam air panas Selayang tapi disebabkan tempat tu open sangat jadi kami tukar plan pergi kolam air panas Setapak pula. Pernah pergi dua kali di Setapak. Pertama dengan ayah Iman. Dah lama lebih 10 tahun. Kali kedua baru-baru ni dengan kawan saya Zana yang tinggal di Bandar Baru Sentul. Ajak dia rendam kaki. Entri mengenai kolam air panas ni akan menyusul kemudian. Cerita tentang makan-makan dahulu ya.

Sebelum pergi lepas ambil mak dan adik kami singgah makan dulu di D' Arabic Cafe yang terletak tak jauh dari rumah mak iaitu Taman Kota Raja, Klang, jalan Haji Sirat. Dah 3 kali datang sini. Ayah Iman suka nasi beriani.


gambar kedai


suasana kedai


Menu saya kabsah RC. Nasi beriani bersama ayam panggang.


Menu ayah Iman chicken kabsah. Nasi beriani bersama ayam yang seperti di masak sekali dengan nasi beriani. Dah makan baru ambil gambar, sebab tu sudu tu jadi begitu :D


Menu mak dan adik saya lamb shawarma. Rasanya ok. Dagingnya lembut. Habislah mak dan adik saya makan ;)


senarai menu yang terdapat di kedai ni. Kalau nak cuba dan datang sini boleh lihat alamat kedai yang terdapat dalam menu ni.


Iman sedang kunyah sesuatu yang keras ;) dia turut sama makan nasi beriani dan ayam. Kalau nak tau dia suka nasi beriani :) Gambar sebelum makanan sampai.

Lepas makan, perut pun dah kenyang. Barulah bertolak ke Selayang. Cari kolam air panas kat sana. Baru pertama kali datang sini. Sekarang ni nak cari tempat guna khidmat maps yang ada dalam iPad. Mudah je.. pasti tak sesat ;) kagum juga dengan khidmatnya. Tak perlu beli GPS ;)

UI: Ada pertanyaan sikit. Ok ke gambar yang kalian lihat dalam entri-entri saya sejak saya post menggunakan iPad? Adik saya kata gambarnya seolah padat atau seperti di compress bila lihat dalam skrin laptop dia. Tapi dia tak klik pada gambar. Kalau klik ok ke? DiGi internet tak sempat nak top up lagi ;) tak boleh nak tengok :( kalau dalam iPad ni nampak ok gambarnya.

5 ulasan:

  1. saya suka entri makan2. hehehe...

    BalasPadam
  2. sedapnyer nasi beriani tu..! ayam dia pun nampak sadap..!

    gambar ni ok... boleh nampak kesedapan pada semua mknan..

    BalasPadam
  3. Sdap kan nasi arab ni..nory makan kat restoran SABA,Cyberjaya..sama gak menu mcm ni..skarg memang musim nasi arab kot..merata restoran arab dibuka..=)

    BalasPadam
  4. kalu mkn dkt rstorn mskan arab, mkn ns briayani, mesti ltk bwg mentah kan :-)

    sy tgk pic ok je...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...