بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 16 Mei 2012

Cara peroleh pendapatan Nuffnang

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak kongsi serba sedikit apa yang saya tahu tentang Nuffnang. Apa dia UV: Unique Visitors (pengunjung unik/kos per impression) dan apa dia BE: Buffered Earning (Metered CPM / kos per impression bermeter).

Selepas mendaftar bersama Nuffnang kalian di nasihatkan memilih Papar Iklan Global CPC dihalaman Pengurus Blog.

Masukkan ketiga-tiga iklan Nuffnang di dalam blog anda. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 jenis unit iklan, ini dapat meningkatkan peluang anda untuk dipilih ke dalam kempen.

1. header blog (LEADERBOARD)
2. sidebar blog (SKYSCRAPER)
3. antara petikan-petikan blog (LARGE RECTANGLE)

Opsyen "Papar Iklan Global CPC" akan memaparkan kempen iklan CPC yang diluluskan oleh pengiklan Nuffnang. Ini akan membenarkan anda untuk memperoleh pendapatan sementara menunggu kempen CPM daripada mereka. Jika tiada kempen CPC yang aktif bagi unit iklan tertentu, ia akan dikecilkan bagi memendekkan masa blog anda dan pelayan Nuffnang.

Bagi kempen CPM (kos per impression)

Pendapatan yang anda perolehi bergantung kepada jumlah purata pengunjung unik yang anda terima dalam minggu suatu kempen itu dibina. (boleh lihat di halaman Analitik Nuffnang)

Anda kemudian akan diatur ke “Tahap Kategori Blogger“ berdasarkan jumlah purata pengunjung unik anda. (status biasa / glitterati)

Status keahlian juga memainkan peranan dalam pengiklanan kempen kerana pihak pengiklan Nuffnang mengutamakan blog Glitterati untuk iklan mereka kerana ia merupakan sebahagian daripada program ganjaran terhadap blogger setia Nuffnang. Ahli biasa akan tetap dipilih untuk kempen iklan tetapi dalam bilangan yang lebih rendah berbanding ahli Glitterati.

Bagi setiap kempen, anda akan dibayar kadar yang tetap untuk setiap unit iklan. Jumlahnya bergantung kepada Tahap Kategori Blogger anda. Lebih tinggi tahap anda (atau lebih banyak bilangan pengunjung unik) maka lebih tinggi jumlah pendapatan yang anda dapat.

Segala maklumat mengenai Tahap Kategori Blogger dan jumlah pendapatan anda dapat dilihat melalui halaman Pendapatan CMS anda. Maklumat ini akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja setelah suatu kempen iklan itu tamat.

Bagi kempen CPC (kos per klik)

Pendapatan anda diperoleh berdasarkan setiap bilangan klik unik oleh pengunjung unik anda terhadap unit iklan yang memaparkan kempen iklan CPC.

Pendapatan anda akan dikredit ke dalam akaun selepas 3 hari kempen CPC tamat. Kempen CPC akan tamat apabila ia telah mencapai sasaran maksimum bilangan klik.

Sekiranya blog anda memaparkan iklan CPC tetapi tidak mendapat sebarang klik, maka tiada pendapatan akan diberikan.

Bagi kempen MCPM (Metered CPM / kos per impression bermeter)

Pengiklan akan membeli sejumlah set bilangan pengunjung unik daripada blog anda untuk memaparkan iklan mereka dalam tempoh minggu tertentu.

Jumlah pendapatan yang anda perolehi akan disimpan sebagai Pendapatan Terumpuk sementara kempen itu berjalan sehingga ia mencapai bilangan unik yang dibeli pengiklan daripada blog anda. Setelah blog anda selesai memberikan jumlah unik yang dikehendaki, pendapatan anda akan dikredit masuk ke dalam Pendapatan Semasa anda.

Maklumat tambahan:
1. Anda dinasihatkan rajin update blog.
2. Lebih ramai orang masuk blog melalui carian atau SEO (search engine optimisation) semakin tinggi peluang dapat BE. Saya agaklah... UV bergantung melalui carian SEO.
3. Untuk dapatkan BE kena maintain UV 100-200 sehari. Kadang-kadang nasib juga. Bergantung pada rezeki.
4. Kena selalu lawat website Nuffnang. Update halaman blogger bio dan kemas kini tinjauan di halaman pengurus blog.
5. Hantar tiket ke Nuffnang. Tak tahu macamana. Klik button belah kanan sekali yang tertulis perkataan "hubungi kami" dalam website Nuffnang.
6. Buat entri yang ada backlink ke Nuffnang. Contoh promosi kempen yang masuk ke blog anda.

Segala maklumat di atas diperolehi dari Nuffnang, pemahaman saya dan juga google. Cuma saya olah supaya kalian lebih faham. Harap ianya membantu.

Untuk yang belum ada akaun Nuffnang. Boleh mendaftar di http://www.nuffnang.com.my

Good luck!

11 ulasan:

  1. jujur, mula2 dulu, nur mmg xfaham tau pasal nuffnang ni, tapi bila dah aktif balik ni, sedikit sbanyak cuba cari apa kelebihan nuffnang ni,

    dan sekarang dah tahulah serba sedikit tentang nuffnang dan BE ni..

    dan terasa rugilah dulu tak aktif, sbb dulu byk gak dapat BE..huhuh

    BalasPadam
  2. wahh banyaknya tu baru setangah tahun dah 8 BE saya yg dah setahun pun xde BE.. sebabnya saya baru² tahun ni jer aktif.. tahun lepas tak aktif sgt hihihihi....

    BalasPadam
  3. As salam Ummi Iman,

    Dulu Marya mcm malas nak letak iklan nuffy tp hubby bising suruh letak, bkn blog glamer pun kan..hik3... Dia ckp manatau boleh kumpul duit balik Msia...hahaha... lawakkan :))

    Anyway thanks for the info!

    BalasPadam
  4. hee...nana da lama xbukak nufnang tu:)

    BalasPadam
  5. Thanks for sharing Rose... :)

    BalasPadam
  6. perkongsian yg baik tuk newbie..tapi ada jgk blogger lama yg tak tau pasal wujudnya nuffnang ni..

    BalasPadam
  7. akan kite cuba tambah segala iklan nuffnang tuh..
    tp blogger lom ramai pembaca susah sket kot...

    Ummi Iman, PB tuh bl dah beli mesti akan otomatik pakainyer,sbb sedap sgt bl guna..pastuh dah beli mahal2 mesti akan guna nyer lahh..

    bak kata kakak ipar terasa mcm model bl guna...hahaha

    BalasPadam
  8. nice info..tgok blog awak nmpak bnyak je iklan...tahniah..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...